Fill up this form :) tq.

Name:
Facebook Email Address:
Phone Number
Address
How can I help you? Lose weight
Gain weight
Improve health / skin problem
Healthy breakfast
Business opportunity

Form provided by Freedback.

Thursday, July 4, 2013

Review: Majlis Pertunangan 22.06.2013


Assalamualaikum~

Waaaaaah, lama sangat aku menyepi. Tup tup aku dah pun selamat menjadi tunangan orang. Alhamdulillah. Syukur sebab kami telah melalui satu fasa lagi. Aku dgn en tunang dah berkawan selama 7 tahun setengah. Lama mengenal hati budi masing-masing. :') 

Hari ni tak dela nak cerita semua benda kan. Aku tak rajin macam blogger lain untuk cerita satu persatu. Checklist segala. Haha. Korang yang belum melalui fasa ni atau bakal melaluinya pasti tengah pening memikirkan berapa kos, warna apa, cincin yang macam mana. :O banyaknya nak fikir.

Sebenarnya kos nak bertunang ni bergantung pada individu. Kalau nak buat family-family macam style lama tu memang mudah je. Kalau nak buat sederhana sikit ada la duit yang akan mengalir keluar. Hee..aku memang tak rajin nak survey kos orang lain. Aku & en tunang buat ikut kemampuan kami berdua. 

Aku nak tunjuk baju tunang aku untuk tatapan korang. :D sebagai inspirasi di majlis bahagia korang nanti. Jangan tanya mana aku dapat idea nak buat macam tu. Aku tak cerewet mana bila aku guna servis orang. Sebab aku paham macam mana perasaan orang yang nak memberi servis. 

 ini baju tunang saya sebelum di beading ^___^

Aku tak tahu kenapa aku pilih warna ni. Warna memang pilihan kedua waktu tu. Aku tengok page The Sweet Kurung terus aku jatuh hati dengan design ni. Ada 4 pilihan warna. Pink, orange peach, green mint & kelabu. Tanya kawan-kawan office, diorang pilih yang ini. So, aku terus tanya en tunang dan dia kata OK! Hehe.

Hari-hari aku mengoogle mencari idea mana lah tempat yang sesuai untuk aku tempah tudung. Hari-hari jugak aku memikir warna apa untuk tudung sebab kawan office kata jangan ambik warna sama dengan baju. Kang nampak aku macam pokok. Cessss, pokok?? Adakah sebab aku kurusss.

Syukur aku jumpa jugak orang yang boleh settelkan pasal tudung aku. Aku jumpa page Vivadhea dari belog b2b. Terus aku buat order. Takut tak sempat siap kalau aku masih tangguh-tangguh. Pemilihan warna tudung Vivadhea yang buat. Hanya orang kreatif boleh buat keputusan. Aku yang tak berapa ni hanya mengikut. Dan akhirnya aku dapat la tudung yang ini.

ini shawl halfmoon peach pink saya ;D
 
Nak dijadikan cerita baju aku tu kosong. So memang tak menarik langsung. Aku pun tanya Vivadhea boleh ke beadingkan baju aku. Aku bagi gambaran nak letak kat belah mana untuk baju aku tu. Lace ape, manik macam mana sume aku tak tanya. Ikut lah mana yang nampak cantik di mata. Tak sangka baju yang aku dapat buat aku jatuh hati. Dari rasa nak sewakan lepas guna, terus rasa nak simpan untuk diri sendiri je. Begini jadinya selepas di beading oleh Vivadhea.

saya suka design beading dari Vivadhea. Menarik! :)
 
Kita mesti rasa confident bila orang cakap, eh cantiknye baju kau. Wah, warna menarik lah. Tanya kat mana kau tempah & bla bla bla lagi soalan yang menjela-jela. Alhamdulillah sekali lagi, Allah makbulkan doa kami untuk menjadikan hubungan ini lebih serius. Menghitung hari untuk hari bahagia pulak? Oh belum. Yang itu kami tak hitung lagi. Semoga Allah mudahkan urusan kami untuk mendirikan rumahtangga bersama. :")
 
 
Thanks untuk The Sweet Kurung & Vivadhea yang telah memenuhi citarasa hatiku. Nak tunjuk gambar aku pakai baju tu tapi nanti-nanti lah. Sekian. xoxo.
 

Thursday, May 17, 2012

Aku, Achilles Tendon & Herbalife :)

Syukur Alhamdulillah aku masih dapat menghirup udara di bumi Allah ni lagi. Apa perkaitan cerita aku kali ni dengan Herbalife? Korang mesti baca tuk tahu kisah selanjutnye taw. Aku ni mmg banyak sangat masalah kesihatan. Dari tetiba berat aku mendadak turun masa blaja kat U dulu, aku ada masalah buang air sbb kurang minum air kosong, aku ade masalah rambut gugur, resdung dari sekolah menengah, gastrik dari darjah 3, period pain & kalau aku list kan lagi, sampai esok tak sudah. Penyakit paling latest pnh aku dpt kat U ialah achilles tendon. Bukan main sakit lagi taw. Melayu ckp masalah keradangan. Last kene tahun lepas tpi aku dah lupa bulan brapa. Tak silap before aku consume Herbalife.


Masa tu Allah je yang tahu betapa peritnya aku menahan segala kesakitan dalam badan ni. Luaran nampak je sihat. Tapi dalaman macam kereta buruk yg lama tak service. Adoi, nak jumpa doktor takut. Nak try produk lagi lah takut sbb zaman sekarang ni produk macam-macam jenis. Salah invest duit kat produk, result tak dapat, duit melayang. Hati lagi la kan, jadi bengang & tak tenteram. Tapi entah kenapa tahun lepas dalam pertengahan tahun tu. Aku mula menilik-nilik produk Herbalife ni. Ape lah Herbalife ni? Boleh ke tolong aku yg byk masalah kesihatan ni? Sedangkan kawan2 aku dah cuba mcm2 produk pun tak berkesan.


Barulah aku faham. Produk Herbalife ni paling basic adalah F1 iaitu nutrisi. Semua peringkat umur boleh guna  Herbalife ni. Ibu mengandung amek F1, byk la susu korang n sng nak breastfeeding nti. Ade gak F3 tuk gain muscle n shaping body. Ade tea mix tuk antioksida n bgus tuk org yg nk lose weight yg ada mslh resdung or muka jerawat teruk. Ada aloe tuk cuci usus kita yg kotor tah macam mana rupanya. "korang bygkan longkang yg tersumbat tu, cube masuk kan tangan skali, tengok apa hasilnya" Masyaallah! Mcm tu la usus kalau tak bersihkan. Ada omega 3 n NW formula yg bantu orang yg nak elak masalah jantung. Klu ada mslh jantung amek NW formula, memudahkan saluran darah nk ke jantung berfungsi. So masalah jantung tu akan berkurangan atau hilang terus sbb da baiki. :) Ada jugak calcium plus. Sesapa nak kuatkn tulang bagai tu, baik korang guna Herbalife produk je. Sbbnya if korang prefer amek susu tuk dptkn calcium, korang akan dapat lemak sekali. Ini masalahnya bila ada pakej lemak. Tulang kuat, lemak tepu pun dapat. Haha. Tak sangka kn! Gambar2 produk di lain entry eh.

Sambung balik pasal masalah kesihatan aku tadi. Mula2 nak try sebab rambut je. Aku dah tak tahan sangat byk gler gugur. Haish! For the first time aku pun consume F1, syampu aloe n conditioner. Memula aku tak perasan perubahan kat diri aku. Bila coach tanya baru aku dgn sendirinya terfikir n cakap. Eh, aku dah tak bersin pagi2 n hidung tak gatal. Gastrik aku makin kurang la. Dulu siap terbongkok2 bila menahan lapar. Period pain dah tak berterusan. First day je cm semacam but the next day ok je. Lama2 aku jadi jatuh cinta dgn Herbalife. Aku try consume yg lain plak. Paling best aku mesti akan minum air kosong paling kurang 2 liter sehari & kalau tak de air di sisiku aku akan meracau2 cari air kosong. Dulu ape aku kisah. Sebotol kecik pun ssh nak habis. Dari sehari ke sehari aku tengok badan aku makin sihat. Aku makin happy. Lately, aku rasa kaki aku makin ok. Mujur aku tak ikut cakap doktor tuk g jumpa pakar. Aku nak tengok adakah masalah achilles tendon ni akan serang aku lagi ke tak. Buat masa ni selepas aku consume Herbalife, petanda-petanda keradangan tu tak de la pulak. Insyaallah, aku yakin kaki aku akan ok mcm biasa. Amin.

So, pada sesapa yang baca entry aku ni. Kalau korang nak tanya lebih lanjut pasal Herbalife boleh tanya aku. Aku akan membantu korang sebaiknya. If ada sedara mara korang yg perlukan penyelesaian tuk masalah kesihatan atau korang minat nak buat part time job Herbalife contact je aku. Okeyh! Malu bertanya sesat jalan taw. :D



Sekian,
Siska Personal Wellness Coach Herbalife
019-3673490

Thursday, April 26, 2012

Wow! mereka dah berjaya dgn usaha sendiri!

Syukur kepada Allah sebab aku masih mampu lagi untuk menaip entry kali ni. Memang aku akui yang aku dah lama tak post entry dan korang pun macam dah tak sudi nak komen kat belog aku. >< majukkkkk la. Sebenarnya aku lama menyepi sebab aku mencari langkahku dalam HERBALIFE. Mungkin ada dalam kalangan pembaca belog aku ni ragu-ragu dengan produk kesihatan yang aku akan ceritakan ni. Tapi kalau dah Prof Dr Muhaya pun guna produk HERBALIFE, ape pun tak boleh korang nak sangkal eh. "hehehe" gelak jahat sebab tak kan seorang Prof nak guna produk sembarangan kan. Dah terbukti kehebatan  produk ini dan ALLAH lah yang mengizinkan segalanya. ALHAMDULILLAH.

Mula-mula sekali aku nak tunjuk kat korang beberapa testimoni pengguna produk HERBALIFE ni.
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
 Lelaki boleh dapat otot yang lebih mantap mengalahkan otot ahli sukan
:
:
:
:
Orang yang sama, baju yang sama tapi selepas mengambil nutrisi HERBALIFE, berlaku proses reshaping. Hambek ko, rugi sape yang reject dolu-dolu. Skrg dh jadi milik orang. Tahniah kak. :)
:
:
:
:
Orang mengandung pun boleh ambil shake nutrisi ni, lagi bagus supaya berat badan maintain gituuuu. Yang membesar perut je, part lain tak perlu risau lagi. :D
:
:
:
:
Lihat perubahan pada kulit mukanya. Tindak balas apabila kita ambil nutrisi. Masalah jerawat makin berkurangan dan akan hilang. Alhamdulillah, muka makin cantik.
:
:
:
:
Dia pun sama ada masalah muka. Now see, makin berubah ke arah positifkan. :)
:
:
:
:
Baby pun boleh, kata nutrisi kan. Bukan ubat pun. Sape kata ubat, korang totally wrong. 


So inilah antara testimoni-testimoni yang ada. Mereka ni sume berjaya dgn usaha sendiri dan pertolongan dri  yang Maha Kuasa. Kalau korang rasa nak tengok dengan mata kepala sendiri, JOM IKUT PEGI EVENT. Ada customer day untuk korang nilai dan cuba sendiri produk Herbalife ni.

CHANGE YOUR LIFE NOW, ASK ME HOW!
siska : 019-3673490
^.^

Tuesday, March 13, 2012

Begin with Herbalife

Salam. nak bagitahu korang semua para-para blogger..... :D

IF I CAN HELP U TO:


BE HEALTHY
LOSE WEIGHT
GAIN WEIGHT
MAINTAIN WEIGHT
RESHAPE YOUR BODY
IMPROVE SKIN COMPLEXION


OR


EARN EXTRA INCOME

PLEASE LET ME KNOW (:

p/s: sesape yang nak kawin dan nak dapat shape chantek di hari istimewa anda, atau korang memang nak jana pendapatan, atau korang memang nak dapatkan tubuh badan yang sihat tanpa membazir wang bayar bil hospital atau beli ubat kat farmasi semata-mata banyak penyakit. JOM TANYA SAYA! 

siska-0193673490
contact saya untuk keterangan lanjut. SEKIAN :)

Wednesday, March 7, 2012

I Need to write it back :)

Hello everybody. First of all i nak say sorry sesangat kat korang sume becoz i da lama tak update belog i ni. Act, bukan tak nak update, tpi keje melambak-lambak kat office i tu. So, mmg tak sempat nak berbelog nih. Ape kata uolsss bagi idea pe yg patut i storyyyykan.

:) :) :) :)

ni senyuman tuk korang sume. I akan pastikan i active kembali dalam dunia belog ni. Dulu rajin bangat nak storyyyy moryyy ngan korang. Tapi sekarang zaman kehambaran bagi belog i ni. Ape la nasib ko kan belog. Usang, berhabuk, ditinggalkan. Pe lagi???? Sampai password pun da lupe. Ape la mude lgi da nyayuk tuan ko ni kan belog....

SO u Guyyyyyyyyssss,,please support me to be active again kkkkkkkkkk. I need to write it back. ><

Friday, August 5, 2011

satu kepuasan

salam ramadhan al-mubarak buat semua rakan-rakan blogger. Dah lama menyepi daripada mencoretkan sesuatu di sini. Tuntutan bekerja membataskan masa untuk mencoret kata-kata. Hari ni, alhamdulillah....ada juga rezekinya. :)

sekarang sy sdg bekerja sbg guru kafa. mengajar pagi dan petang. berhadapan dgn kanak-kanak yang pelbagai lagak dan gaya cukup memberi kepuasan kpd sy untuk memberi ilmu pd mereka. yang penting kita enjoyyyyyyyy memberi mereka ilmu.

mmg benar, tanpa guru siapalah kita. tanpa guru ke mana lah kita?

:) selamat berpuasa!

Tuesday, July 12, 2011

Tuesday, June 21, 2011

selesai sudah~

alhamdulillah
bersyukur kepada ALLAH
akhirnya telah selesai
program sijil falak 2011

malam ni nak balik rumah
doakan keselamatanku
nanti ada kesempatan
blog akan di update
dengan cerita-cerita mengenai falak

:)

Sunday, June 5, 2011

tunggang terbalik!

hai korang. hari ni cuti yang cukup membosankan. xde kenderaan. perut lapar. xde benda nak makan. hoho. cukup perfect semuanya. now, kepala dah start sakit dan perut pun dah berbunyi-bunyi merduuuu sesangat. haduuuui yaiiii,semuanya macam kapal karam. tak tahu nak cakap ape dah. mengadu kat belog jelah. hahaha.

hari tu, aku dok buat surat tuk hantar kat U yang aku mohon. nak kabonye, aku dah lama tak buat surat rasmi ni. bahasa melayu pulak. dah 3 tahun tinggal semua tu. sampaikan ayat aku tuk surat yang aku nak hantar ni dah jadi macam ayat tak tersusun. dah name pun aku kat U blaja guna bahasa arab. langsung terus jadi mirip-mirip ayat arab la kan. just imagine it! muahahahaha. kelakar je bila aku baca balik surat yang tak jadi tu.


p/s: ayat aku, life aku hari ni, sume tunggang terbalik! >< help me please!

Sunday, May 29, 2011

penyakit~

aku paling benci orang ade penyakit yang satu ni. penyakit sombong bongkak. kalau kau rasa diri kau bagus sangat sampai orang lain tak boleh berkawan dengan kau, kau salah! totally wrong! tak kisah la kau lagi tua ke, kau adik ke, kau sebaya ke. heyyyy....agak-agak la kalau nak hukum orang! kau ingat perbuatan kau tu mulia ke? tolongggggg la. jangan rasa semua yang kau buat tu betul. sedangkan sebenarnya salah.

dalam hidup ni, tolong belajar menerima orang sekeliling. padahal orang tu tak da masalah pun dengan kau. sudi nak kenal kau dengan lebih rapat. tapi kau,buat perangai macam tu! memang tak patut. aku rasa kau patut tambah lagi ilmu pengetahuan bab silaturrahim ni. supaya nanti hidup kau aman damai tenteram.

bukan niat aku nak mengomel panjang kat sini. tapi aku rasa kau patut tahu. hukum karma memang wujud. apa yang kau buat kat orang, kau pasti dapat rasa balik satu masa nanti. tunggu je lah ye. sekarang kau tak belajar menerima orang, satu masa nanti orang lain pulak yang susah nak menerima kau. kena batang hidung sendiri baru kau tahu.

makanya, janganlah belagak sombong dan belajarlah menerima kehadiran orang lain dalam hidup kau. benda tu tak susah pun nak buat. cuma diri kau tu je yang degil tak bertempat. sekian.



p/s: aku sayang kau sebab tu aku pesan benda ni. supaya kau tahu erti silaturrahim. :)

Monday, May 23, 2011

kenapa menyepi?

salam buat korang sume
da lame sangat aku menyepi tinggalkan belog aku ni
hari ni terasa nak update sikitttttt
sikit pun jadila kan

aku tak berapa sihat la
da seminggu sakittttt 
tapi aku gagahkan jugak diri ni
dugaan betol bile dapat penyakit berderet2 ni

memula aku demam 
baru nak kebah aku dah selesema plus pening kepala
tak memasal datang pulak batuk-batuk
dan yang paling dassssyat sekali
aku muntah pukul 4 pagi tadi

badan aku yang kerempeng ni dah naik lemah
lemaaaaaah sesangat taw
namun apekan daya kena jugak tabah
sebab sekarang aku ade kursus
3 minggu woooooo

tu je la story stakat ni
doakan aku cepat sembuh ye
;)

p/s: sakit tu kan dpt menghapuskan dosa kecik kite.

Monday, April 25, 2011

Keluarga kecilku~

Salam. Minggu ni minggu yang agak pack dengan exam. Minggu depan last paper n minggu terakhir bersama dengan geng dakwah 2008/2011. Terlalu banyak kenangan yang pahit dan manis telah dilalui bersama. Pengalaman mematangkan diri. Pengalaman banyak mengajar hakikat kehidupan di dunia ini. Tak pernah timbul rasa kesal mengenali semua geng dakwah 2008/2011. Korang banyak bagi nasihat & peringatan kat aku. Sayang korang sumeeeeeeeeeeeee. XD

 ~inilah keluarga kecilku~

Dalam gambar tuh tak cukup sorang la...Nanti bile ktorang dah tangkap gambar yg baru. Aku tukar gambar ni okeyh. Dengan keluarga kecil inilah, aku menangis, aku ketawa, aku bersedih, aku gembira. Inilah keluarga kecil yang paling aku sayang. Memang kalau buat program ape pun, kite mesti riang ria sporting habissssssss. Aku sedang menghitung hari untuk detik terakhir kita bersama. Kesedihan yang tak terungkap dek mulut tetapi hati mengetahuinya. 

~ ukhwah kita akan tetap mekar~

Lepas tamat pengajian kat UNISZA ni, korang sume jangan lupe dengan aku ye. Paling penting reunion kelas kitaaaaaaaa 5 tahun dari sekarang tau. Aku nak tengok kite sume dah jadi ape masa tuh. Psssst, mungkinkah suri rumah tangga yang berjaya. kehkehkeh. Atau memasing sibuk dengan kerjaya yang mantap-mantap. * tyme tuh mesti banyak sponser punye. Kan masing-masing dah kerja. Lagi best & meriah reunion kita masa tuh. Eh, aku dah banyak melalut ni. Nanti kite sambung story lagi ye. Wassalam.

 ~lagu bingkisan rindu ni untuk geng dakwah 2008/2011~

p/s: macam mana perasaan korang sume? tsk tsk

Thursday, April 21, 2011

mood swing suam-suam kuku~

salam. hari ini hari pertama exam. paper first memang dah killer subjek. NAHU SOROF. aku dah macam zombi tak dapat nak jawab sangat paper ni. grrrrrr,apesal lah susah sangat soalan tuh. *nama pun exam* memang la susah kan. tapi hakikatnye hari pertama je mood dah tak ok. sume pasal carry mark yang macam hampeh. tak semangat langsung nak jawab exam. =-="

apesal aku macam ni. patutnye sem last ni bersemangat jitu padu kukuh teguh sumelah nak jawab final exam. ni tidakkkkk. maybe sbb paper first yang dah menspoilerkan mood aku ni. bersabo je la yopppp. kalau tidak, mahu giler jadinye kan. ape pun, aku tetap kena "aja2 fighting" dengan diri sendiri jugak. untuk menaikkan semangat aku yang dah luntur hancussss lebusss. 

fighting for final exam!
chaiyok2!

walau ape pun, tetap kena naikkan semangat ini. setakat nak berjuang dalam final exam pun dah lembek mcm jeli, macam mana nak jadi pejuang dalam Islam? ha...ko jawablah sendiri. kene kat batang hidung sendiri kan. jadi, kembalilah wahai semangatku! aku nak habiskan final exam ni sampai 3 mei 2011. okeyh! lepas tuh..horreyyyyyyyyyyyyyyyyyyy. 




p/s: balik kampung oooooo balik kampung ooooooo balik kampung 'nak balik kg' uhuk uhuk.

Tuesday, April 19, 2011

alhamdulillah~

itu sahaja yang mampu terucap buat masa ini


akhirnya tesis telah diterima sepenuhnya


moga-moga dapat A


Insyaallah


doakan yang terbaik buat kami

:)

Monday, April 18, 2011

tesis kami~

tesis kami

hope sumenye berjalan lancar esok

hope penyelia kami "Dr.Daud Ismail" terima tesis kami

YA ALLAH

permudahkan urusan kami sekalian makhlukmu

ameen~

Friday, April 15, 2011

kisah si penjual kasut~

siti: pak cik,kasut cute-cute ni brape harganye?

pak cik: yang tu rm25 je dik. saiz ade sampai saiz 40.

siti: murahnye, sy cube kejap ye. eh, muat la pulak. harga pun murah. pak cik,rm20 la ye.

pak cik: boleh la..boleh la rm20.

tetibe bini pak cik sound pak cik depan siti. eh, knp rm20 pulak. sambik buat muke ketat plus mulut muncung ke depan.

pak cik: ala, tak pe la. bia la harga tu pun.

siti: eh mak cik ni. kang tak beli kang. XD *dlm hati jela* pak cik,nah rm20. terima kasih ye pak cik.

pak cik: sama-sama. pak cik jual.

mak cik masih dengan muke tak brapa puas hati. mungkin dlm hatinya berkata *apelah laki aku bagi harga macam tu, sikit la untung nanti*.


moral of the story: kalau pak cik yang jual memang boley dapat murah tapi kalau mak cik agak-agak boley dapat murah tak? lelaki kalau bab2 berniaga boley berkompromi okey, kalau perempuan agak susah. tapi bukan sume perempuan macam tu. heeee~

Saturday, April 9, 2011

kebetulankah?

macam mana nak mulakan ye. dari semalam rasa nak bercerita kat belog. tapi nak memulakan jalan cerita tu agak samar-samar. takpela,aku cube jugak nak cerita. aku tak pastilah korang penah atau tak, mengalami kejadian seperti ni. kalau ade yang mengalaminya,sila berkongsi dgn aku ye. hee~ bajet macam aku sorang je yang mengalaminya. 

mungkin benda yang berlaku ni kebetulan je. tapi aku memang benar-benar menghargainya. macam ni la. memula aku namakan dulu orang tu sebagai mr.A. sila perasan lebey ye mr.A jika anda membaca post ini. hahahaha...sebab kalau bukan anda yg nak perasan sape lagi kan. XD inilah kisahnya.


kira-kira empat tahun yg lalu,aku pun kenal la mr.A ni. sepanjang aku berkawan ngan dia aku mane penah nak tanye pasal ko lahir bile la, kat mana la, itu la, ini la. *maleh den nak menyibuk hal ekau* sekali selepas setahun kenal,,,caittttt rerupenye mr.A punye tarikh lahir sama ngan aku la. mungkin korang rasa bese je. tapi bagi aku cam best la kan. bukan setakat hari,bulan n tahun je yang sama tapiiiii waktu lahir pun dekat-dekat. mr.A lahir 2 jam awl dari aku. dye lahir pukul 4 lebey pagi, aku plak lahir pukul 6 lebey pagi. 22.9.1990. hahaha,cam dah berjanji plak kan. ;D

yang menambahkan lagi perasaan kebetulan aku tuh sebab jenis darah kami pun sama jugak. yang ni aku tahu mase aku nak sambung blaja. yelah,,kan kene check jenis darah la,,hape la. banyak sangat nak kene check. pastu aku terpikir la nak tanya mr.A kan. Tengok-tengok sama pulak. jenis darah kami " O positif  " walah wehhhh,,,sesenang nanti kalau aku perlukan darah aku cari jela mr.A ni. pssssttt,,mr.A dermakan darah kat i je tau. jgn derma kat org lain tau....weeeeee~

nak tergelak sengsorang je bila aku mengenangkan pasal benda ni. mujur la kite tak sama hospital ye. tapi masih lahir di negeri yang sama la. agak-agak kalau lahir sama hospital,,mau masa hari kejadian mak2 kite berebut bilik bersalin n duk katil sebelah-sebelah je. hahahahaha...boley gak kenal awal-awal sket. *bajet mcm dah pandai berckp je masa tu*.

camtu la ceritanya pasal kebetulankah? aku pun xsure pasal benda2 mcm ni. Aku doakan aku ngan mr.A terus berkawan lagi. ade jodoh kite kawinnnn ye...woi! gatal bebenor nih. takdela,,aku doakan je. kata-kata tu kan doa. ALLAH mendengar segala doa hamba-hambanya. mr.A jgn marah eyhhhhh. Kite pun memang merancang ke arah itu kan. sama-samalah berdoa kepada Yg Maha Esa. =)

p/s: kite sama2 memperbaiki diri ye mr.A. ALLAH tahu jika niat kita baik. Yg penting teruskan berdoa supaya hajat kita dimakbulkan.

Tuesday, April 5, 2011

terus menempuhinya~

Kadang-kadang seperti benar-benar tersungkur. Terus menyembah bumi. Kadang-kadang merasakan langsung tiada kekuatan. Terus sepi seorang diri. Kadang-kadang hilang kewarasan. Terus berfikir yang bukan-bukan. Begitulah manusia. Sedikit dilanda badai seolah dilambung ombak tsunami. Terlalu banyak diuji lantas hilang keyakinan diri.

 

Adat kehidupan di dunia. Terkadang di atas, di bawah dan di atas semula. Semua itu telah ditentukan oleh ALLAH.  Mungkin kita merasakan kita terlalu hebat dan amat mudah untuk menindas orang lain. Mungkin kita merasakan kita terlalu kerdil sehingga terus berdiam diri meskipun ditindas orang lain. Tidak penting siapa menindas atau siapa tertindas. Tapi yang penting ingatlah ALLAH tidak pernah berbuat sedemikian kepada kita sekalian manusia melainkan kita yang menzalimi diri sendiri.

Sewajarnya kita menilai diri sendiri. Sejauh manakah perilaku kita di dunia ini. Melihat kelemahan dan kekurangan diri serta melihat kelebihan dan kekuatan diri orang lain. Supaya kita boleh memperbetulkannya dan sentiasa menerima kehadiran orang lain dalam kehidupan. Bukankah itu lebih baik?

p/s: YA ALLAH,,daku menilai diriku sendiri. Daku terus menempuhinya. Jauhi daku daripada perasaan benci. Dekatkan daku dengan perasaan sayang kepada teman-temanku ini. :)

Saturday, April 2, 2011

counting the day~

macam tak percaya
tinggal sebulan lebih je lagi
setelah 3 tahun menetap di Kuala Terengganu
oh,,tidak ku sangka
pengajian ku di UNISZA bakal berakhir



 bersusah payah mengharungi
pelbagai cabaran hidup di sini
namun kehidupan perlu diteruskan
walau sesukar mana sekalipun
aku tahu aku mampu menghadapinya

dugaan datang dan pergi
silih berganti meniti hari
aku kini mengira detik waktu
andai masih diberi peluang
hulurkan tanganmu menerima diriku
sesungguhnya aku hanya manusia biasa
terimalah aku seadanya

p/s: sayu je rasa bila nak dekat habis blaja ni. YA ALLAH daku bersyukur krn masih diberikan nafas untuk meneruskan perjalanan di dunia ini. Berikan daku ketabahan~

Thursday, March 31, 2011

sakit kepala?

sejak dua menjak ni
aku selalu sakit kepala
sakit yang amat sangat
tak dapat nak gambarkan macam mana
sakit tu kat sebelah kanan

mungkin orang lain rasa biasa
tapi bagi aku sakit kepala ni lain
aku sendiri rasa gusar
kenapa aku selalu sakit kepala
aku tak pernah buat pemeriksaan lagi
takut nak dengar jawapan dari doktor
gerun kalau aku benar-benar sakit
aku sakit ke?


p/s: ade ke yg kisah kalau aku sakit? mungkin ade yg suke. huh!