Fill up this form :) tq.

Name:
Facebook Email Address:
Phone Number
Address
How can I help you? Lose weight
Gain weight
Improve health / skin problem
Healthy breakfast
Business opportunity

Form provided by Freedback.

Wednesday, August 11, 2010

al-kisah hikayat gigi~


Semalam nak cerita memang tak sempat. Hari ni ada peluang di depan mata. Memang rasa nak luahkan. Teringat zaman kecik2 masa pegi check gigi. Ohhhhh,,,,,indahnya saat itu. Jgn harap nak dapat peluang tu lagi. Bila dah besar ni semua kena uruskan sendiri. Tak de sape nak take care melainkan DIRI SENDIRI la...memang semput la time ni. Lagi2,sy yg amat tidak mempunyai lesen dan kenderaan. Sgt susah nak bergerak.

DAh2,,melalut pulak..sebenarnya dari hari tu gigi ni semacam je. G tanye klinik gigi swasta kat bandar kuala terengganu tu...chettt...........ade ke rm60. *-* berpinar mata den donga hargo ea. Sabar je la tunggu lg beberapa hari. At last,ade gak kwn yg baik hati menghantarkan ke klinik kerajaan. #khas tuk mirah..thanks my friend. Tapi....penuh kekesalan di klinik kerajaan tu.

SAYA RASA KLINIK KERAJAAN PATUT LAKUKAN PERUBAHAN
maleh den nak koba an apo yg ekau patut buek
LU PIKIR LA SENDIRI
bak kato NABIL

Hati dah sebak dah. Jiwa dah gundah. Kalau tak dapat check gak pe masalah gigi ni sy mmg tak leh wat ape. Asyik fikir jek. Jadi,mirah pun bawak g klinik gigi swasta kat batu enam. Suke sebab doktor tu perempuan. Kat dlm klinik sy pulak lg lebih drpd dr tu. Padahal dia lg tahu mane gigi sy yg bermasalah. Rupa2nya gigi sensitif la. Tu yg rasa SENGAL je memanjang. Alahai gigi...time2 mcm ni la engko nk tuan tanah kedaung ni keluarkn duit utkmu.

Tapi yg bagusnya service ok tau. Tak la mahal cm kat bandar tu. ALHAMDULILLAH, gigi dah ok sekarang. Kene jaga elok2 lps ni. TAK MAU G KLINIK GIGI LG.. Malula sbb dah besar2 pun tak reti2 jaga gigi. Semua sebab gigi.

~hujan pada hari pertama berpuasa, mcm mana nak beli makanan ni.
sy tak da payung la.


ku merindui kehadiranmu~


hadirmu tanpaku sedari
menggamit kasih cinta bersemi
hadir RAMADHAN amat dinanti
anugerah dari ILLAHI

hari ni walaupun penat
tetap jua pegi TARAWIKH
alhamdulillah
nikmat iman dan islam
masih tetap bersamaku
semoga ALLAH
merahmatiku

doaku jua agar
ku dapat teruskan setiap hari
solat TARAWIKH
tanpa bosan dan jemu
INSYAALLAH

kepada semua kawan-kawan
yang mengenali diri ini
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

ahlan wasahlan ya ramadhan
disini ku ketahui kemampuan diri ini
disini ku sedari kelemahan selama ini
ku harap dapat ku perbaiki
agar kehidupanku lebih disinari
cahaya sang pelangi
riang berwarna-warni





Friday, August 6, 2010

tunggang langgang 1

bila badan rasa tak sedap
sejak dua hari lepas lagi
sume kerja tak menjadi
asyik menagih ubat demam je
sampai orang muak jelak
tengok muke yg sama mintak
........ngee........
thanks my housemate semua
tolong bagi ubat
tolong beli mihun sup sedap kafe tu
no wonder la sy sayang anda semua
hope akan sihat esok
sy tak suke begini
nak buat ape pun tak seronok
apatah lagi nak menjamah air sejuk
outchhhhhhhhhh
ku rindu ais lemon tea makcik kafe
sy mahu sihat seperti BIASA..


Thursday, August 5, 2010

conteng 1

pening
buntu
tertekan
keliru

apekah semua ini?
aku tak tahu
aku benci
menghadapinya

what goes around
comes around
i feel it first
u feel it back

kemudian
baru kau tahu
betapa peritnya perasaanku

YA RABB..
AKU BERLINDUNG KEPADAMU


Tuesday, August 3, 2010

akukah yang terPILIH

selayaknya DIA menentukan
atas segala perjalanan di tanah rata ini
kita melangkah mengikut derapan kaki
menabur seribu perbuatan di sini
terkadang kita jatuh
lalu bangkit kembali
terkadang kita teguh
sehingga terlupa melihat kanan dan kiri
apakah kita selamanya berkuasa
mungkin esok kita kecundang
di tanah rata ini

hidup ini bagaikan roda
terkadang di atas
terkadang di bawah
untuk berada di tingkat mana
di tanah rata ini
semestinya DIA lebih mengetahui
siapakah yang terPILIH?







Sunday, August 1, 2010

_: terkenang-kenang :_

kali pertama sy pandang..
sy terus jatuh hati..
masa tu sy tingkatan 3..
sy nak sangat dekat padanya..
sy ingat sy tak mampu..
rupanya,,sy berjaya..
dengan
CUBAAN PERTAMA
:
:
:
:
:
:
:
DEBAT DALAM KENANGAN



sy rindu dengan debat..
dunia sy sejak sekolah lg..
masa sekolah sy mesti jdi first speaker..
tak nak jadi yang lain..
bila masuk u..
sy beralih arah..
jadi second speaker..
tapi tu cerita lama..

sy berehat seketika..
entah bila baru hati terbuka..
untuk berdebat semula..

Saturday, July 31, 2010

tAnPA aRAh~

ku tak pernah abaikan..
ku tak pernah membezakan..
mengapa??
letak ku dalam kekeliruan..
ku tak tahu..
apakah tak cukup lagi pengorbananku..
ku tunjukkan tauladan..
ku juga yang dipersalahkan..
ku cuba yang terbaik..
ku buktikan kemampuan..
ku juga yang masih dipersalahkan..
bukan ku yang buat dia itu gagal..
itu kehendak dirinya..
salah ku kah??
ku puas pujuk..
ubah dia itu,ubah dia ini,
supaya kelak kita gembira..
tapi...
mengapa masih diberi manja?
sehingga kini...
ku juga yang masih salah..
mengapa letakkan diriku tersepit antara dua..
ah!!!!!!!!!!
ku buntu..
ku hilang arah..
apakah ini dugaan ku lagi..
ku tak mampu..
memberi senyuman yg terselit kepahitan..
tak siapa fahami masalahku..
ku perlu sokongan,dorongan,kekuatan..
tapi tak siapa yg peduli..
hari ini hari ku..
hari esok hari kamu..
YA ALLAH..tabahkan daku..


Wednesday, July 28, 2010

katak panggil la hujan...

katak oh katak...panggil la hujan...ha!! tu la kata2 yg sering kite dengar kan..apesal la sy kata mcm tu ea?? sume gara2 ketiadaan air kat blok yg sy tinggal ni...name je blok baru yang canggih manggih la kate kan..tpi...airnya tak ade..sejak balik ke sini a.k.a UNiSZA.Sy pun tak pasti ape yg berlaku sebenarnya..

dah la daku ni duk kat tinggat 5...naik turun tangga la jawabnya kalau nak g mandi...walaupun kat blok lama ada air...tapi,,jauh la...kalau g mandi tu rase cam tak berbaloi plak..sbb bila dah mandi,,take time jalan kaki n naik tangga sampai tingkat 5 pastu berpeluh2 balik....aduiyai...sampai bilakah nak jadi begini...daku sudah tak larat lagi..

gara2 ketiadaan air,,maka kaki ku makin lenguh..perut ku cepat lapar..badan ku rasa lemah..mmg air penting sangat2...so,,sy sangat berharap agar esok dah ada air...kalau tak de gak,,nampaknya kene la sy menapak lagi ke blok lame utk mandi...

p/s: YA ALLAH,,sesungguhnya ujian yg Engkau berikan adalah untuk melihat siapa kah antara umatmu yang mampu BERSABAR....~sabar lah wahai hati

Wednesday, July 21, 2010

takdir vs nasib



salam muhibbah...hehe,,muhibbah bagai2 la pulak kan..hari ni sy ada satu topik menarik tuk dikongsikan..mungkin ada dalam kalangan anda yang dah tahu tapi ada juga yang belum tahu..sy mendapat maklumat ini dari satu program yang sy hadiri pada minggu lepas..program ini diselia dibawah take charge sdn bhd oleh motivator ny iaitu Encik Rizal..

semasa program berlangsung,,ada satu slot yang amat sy minati..slot takdir nasib dan pilihan..kata beliau,,dalam hidup ini hanya ada takdir dan pilihan..sy juga bersetuju dgn kata2 beliau..sebabnya,,setiap keputusan yang kita buat bermula dgn pilihan kita. walaupun dalam keadaan terpaksa kita masih membuat pilihan..iaitu pilihan utk mengikut atau tak terhadap sesuatu yg kita tak suka tu..then dari pilihan tu la adanya takdir..

dalam islam,,takdir ialah qada dan qadar yang Allah dah tentukan pada kita..semuanya telah tertulis semenjak kita tak wujud lg didunia..jadi,,kita tak boleh salahkan takdir..nasib pulak?? tak pernah wujud dalam hidup manusia tau..sesiapa yg taksub dgn nasib2 ni boleh dikategorikan sebagai syirik kecil...jauhkan la dri semua itu...yakin lah dgn apa yang Allah dah tentukan pada kita..

berdoa dan berusaha dalam hidup itu lah yg lebih baik,,sebagai kunci kejayaan la katakan..sbb dlm quran pun ada menyatakan,,Allah takkan mengubah takdir sesuatu kaum itu melainkan kaum itu yg mengubahnya..kunci utk sampai kepada allah adalah SOLAT..selain itu kita juga kena bertawakal..renung2kan..dan selamat beramal...



Thursday, July 15, 2010

layout

salam...
tukar layout lg..
nak cerita banyak kat cni..
tpi malas lg nak taip panjang2..
apela kan...
sy ni tak bape pandai berblogging..



Tuesday, July 13, 2010

thanks to u~



p/s:thanks to kak ziera..ngeee...
tpi malas nak jwb soalan2 tu..aci tak?
hope aci la eyh...
alalalalalalalalalal....
da.....

Friday, July 9, 2010

saya dah berhenti kerja~

satu hari..
mase bln 5..
12.5.2010
saya pun mula bekerja..
di hospimart shoppe seremban..
dalam hospital tuanku ja'afar..
skejap wat waffle..
jap g jdi cashier..
pastu wat pop corn..
sweet corn pun ada..
mmg best..
saya kerja sampai 30.6.2010..
GAJI?
alhamdulillah..
bila dikira2...
dalam rm1300 lbey2 sket la...
mmg tak rugi bile kerja..
so,,skrg da stop..
nak balik u..
continue my study..
t saya tunjuk gmbar2 nya ye...
k,la..
daa,,,,,,
salam buat semua..

Sunday, June 20, 2010

penat a.k.a tired

uargh,,,,,,,,,,,,,malasnya nak keje malam ni
penat majlis kawin n kenduri ni tak habis lg
kenapa la cpt sgt nak ari ahad
huhuhuhuhuhuhuh
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
..
..
SAPE BOLEH GANTI SAYA PEGI KEJE????

Friday, May 28, 2010

hospimart shoppe~

kenapa sy dah lama tak berblogging?
adakah kerana cuti?
TIDAK
adakah kerana malas?
TIDAK
adakah kerana penat?
YA

act,skrg ni keje la...
tu la yg menghalang sy...
klu tak........
cnfm sy akan menulis kat blog...

PENAT PENAT PENAT
asyk berdiri jek tyme keje...
pastu keje ada shif plak...
esok shif malam ar....
huk2....
MALASNYE....

em,,ok lah..
t smbg story mory...
nk wt keje lain....
daaaaaaaaaaa
salam

Sunday, May 9, 2010

i'm coming for speaking muet exam

pagi ini saya sampai ke terengganu
pukul 5.00 pagi
tunggu dan tunggu dan tunggu
balik UDM naik teksi
kami naik berLIMA
maka sorang kena RM5
huk2,,pagi2 dah kena pau dengan en.pemandu
ESOK..
jam 7.30 pagi bertarikh 10 mei 2010
saya akan mengambil
speaking muet exam
DOAKAN SAYA BERJAYA
MALAM ESOK
saya akan balik semula ke n9
meneruskan cuti
tapi tak berapa nak cuti
SEBAB
dah dapat KERJA SAMBILAN
jadi aktiviti berblogging akan ditangguhkan
sekian sahaja~


P/S:kamu semua sentiasalah doakan saya ya...

Thursday, April 29, 2010

amat mudah kan ~

mudah sangat
teramat2 la mudah
menghamburkan kata2
pada seseorang yang kita sangka biasa
tak mengapa berbuat begitu
bisik hati kecil itu

kadang kala
perbuatan kita menguris rasa
membawa duka
mencorak gulana
membuatkan suasana tegang seketika

apakah keadaan ini
bisa ditempuhi
oleh semua?
mungkin bisa atau mungkin tidak

oh tuhan
rendahkan egoku
kuatkan hatiku
bantulah daku untuk berubah
kerana
.......I CAN'T STAND ANYMORE.......

p/s:perasaan ingin MATI semakin tinggi



Wednesday, April 28, 2010

pacing and finding~

aloppsssssss
salam buat semua
hari ni spnjg hari dok mengemas barang
sem depan kna duk bilik lain
hoppfully dpt blok lama jek
tak mboh duk blok baru
t kene tambah yuran
em,,tdi sempat la kemas purse
skali jumpe RM10
alhamdulillah
mmg rezeki dikala kekeringan ni
dan sy terjumpa list brg keinginan sy
dan bila sy tgok blik
bagaikan tak percaya
semuanya sy dah miliki
ANDA PERCAYA TAK?
klu kita ada keinginan
kita tulis dlm kertas n simpan kertas tu
wlupun lmbat tpi bila wat check list blik kat kertas tu
anda akan dapati apa yg anda ingini tu
ANDA DAPAT TAU
Insyaallah dgn IZIN ALLAH...
ok la,,sy nak sambung keje sy ni..
t sy story lg ye...



Friday, April 23, 2010

down sangat sekarang ni~

Memang kita tak boleh lari dari kenyataan~LANGIT TAK SELALU CERAH~sy sgt DOWN skrg ni dan blog ni lah tempat untuk sy meluahkannya.Walaupun sy tahu tak da sape nak dgr luahan sy.Sy juga manusia biasa.Punya HATI n PERASAAN.

Sy harap awk BACA apa yg sy TULIS ni..Bukan nak tunjuk yang sy BERANI meluahkan di sini tpi sy sendiri tak de tempat lain utk ceritakan.Lagipn,tak de sesiapa yg sudi baca.Hari ni sy menangis sepuas hati.Seteruk2nya sehingga sy tak lalu nak makan n sy sgt sakit kepala.

Sy rasa feeling ini lebih teruk drpd stay up malam2 dgn perut yg lapar.Kenapa la sume ni terjadi.Padahal,sy anggap ia satu benda yg boleh membuatkan kita sama-sama selesa.Kenapa awk perlu kecik hati sgt2? Padahal,lg byk sy makan hati n sabar krn awk.

Pernah ke awk tahu n faham semua yg berlaku dlm hidup sy? Pernah ke awk kaji n selidik betul2 latar belakang family n kehidupan sy dari kecik sampai besar? Pernah ke awk tahu kesusahan sy sebagai ank sulung n juga sorg pempuan yg lemah? Lupakah awak yg sy ni datang dri FAMILY BROKEN!! Lupakah awk?

Sedari kecik sampai lah sekarang,terlalu bnyk yg pahit yg perlu ditelan.Sy tahu masalah msti dtg dlm hidup.Tapi klu masalah tu tak putus2 macam mana? Boleh ke awk tanggung? boleh ke awk hadapi mcm sy hadapi?

Ye.....sy akui mmg sy sorg yg lemah.Semua org nampak sy lemah.Ye....memang sy sorg yg cemburu..mmg sy sensitif..mmg sy bukan sorg yang penyabar..Tpi at least,sy cuba control walaupun awk tak tahu sy dah cuba..Sy cuba perbaiki kelemahan diri sy ni.Tp,ada awk support utk sy berubah?

Sy dah penat utk semua ni.Sy dah penat utk jdi hipokrit di mata manusia.Biarla,,ALLAH lebih tahu tentang sy.ALLAH lebih faham sy ni manusia yg terkandas dengan ujiannya ataupun tak. Sy nak lupakan segalanya.Sy nak lebih dekat ALLAH.Sy teringin nak kembali jadi sy semasa zaman sekolah.

Yang tak kenal apa itu hiburan.Yang tak tahu ape itu keseronokkan..Yang tak tahu apa yang ada pada dunia luar ni.Klu diberi pilihan dalam hidup sy utk sy putarkan masa,PASTI sy memilih utk tidak mengenali awk.PASTI sy TAK AKAN MENGENALI AWK TAHU TAK.Biar sy hadapi sendirian mcm zaman dulu2.Biar sy nangis sorang2 tanpa teman mcm dulu2.

Akhir sekali,DELETE LA SY DARI HIDUP AWK.Sy terima pilihan itu seadanya.Sy redha atas apa yang berlaku.Biar nilai keakraban itu PUTUS.Biar semuanya berlalu pergi.Sy tak sanggup MENGHADAPINYA lg.

Thursday, April 22, 2010

attention please~

hari paling GUMBIRA!!!
sy nak bagitahu
..............SATU DUNIA.............

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
TODAY IS MY LAST ARABIC PAPER
fuh...sangat bersyukur kepada YANG MAHA ESA
still bg kemampuan utk sy menjawabny
ALLAH MAHA MENGETAHUI
APA YANG TIDAK KITA KETAHUI




p/s:tak pernah berjaga sepanjang malam..takut pengsan je...







Sunday, April 18, 2010

mampukah~

FIRST PAPER
da membuatkan hatiku gerun
NEXT PAPER??
pun membuatkan JIWA bergelora
oh,,YA ALLAH...
PERMUDAHKAN DAKU
untuk menduduki PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER INI
jauhkan daku dari perasaan STRESS...
TABAHKAN DIRIKU...
amin,,,



p/s:xm betul2 menganggu emosi...

Friday, April 16, 2010

SELAMAT HARI LAHIR KAK LONG~


kepada PEMILIK NAMA
ATIRAH NORHASHIM
disini saya mengucapkan
SELAMAT HARI LAHIR YG KE-22
Semoga kak long dimurahkan rezeki
mendapat kebahagiaan dunia n akhirat
sesungguhnya,banyak lagi yang kita akan tempuhi di dunia ini
saya doakan kak long dapat mengharungi dugaan dan cabaran hidup


Tuesday, April 13, 2010

kepeningan tahap melampau~

urgh!!
memang sakit kepala sangat2
hari ni hari terakhir tuk test
TEST ok!!
belum FINAL lg...
suddently,,
pening melanda sebabnya
siang tadi tak makan sgt...
hati tak keruan kerana TEST...
lg beberapa hari nk FINAL...
mengapa tidak ada kerehatan???
SELAGI TAK FINAL EXAM...
JANGAN MIMPI NAK REHAT OK???
PAHAM!!

so,,untuk diri dan KAWAN-KAWAN
disini saya menyusun SEPULUH JARI
MEMOHON KEMAAFAN KEPADA SEMUA
semoga kita semua dapat result yang
LEBIH GEMPAK!!!
CHAIYOK2 utk FINAL EXAM!!!

Monday, April 12, 2010

melodi bersama~

Duhai kekanda usah membisu
Mengapakah bersedih
Duhai kekanda ku rasa sayu
Mengapa kau begitu
Dinihari petang menanti
Ku kesepian

Duhai adik kau tak mengerti
Mengapa ku begini
Kukenangkan kisah silam
Memori indah bersama
Apakah saat itu mungkin berulang
Ku harap saat itu akan berulang

Kiasan hidup ibarat roda
Kekadang di atas di bawah di atas semula
Redha dan syukur apa kehendak-Nya
Itulah tanda kasih sayang kita

Tutur katamu itu penuh bermakna
Kini hilanglah kerinduan di jiwa
Wahai kekanda tenangnya di hatiku
Melihat wajahmu kembali ceria

Lagu : AMAR
Lirik : AMAR
Album : Kiasan Naluri
Amar (Duet Bersama Adik Mohd Amir Shakirin B. Nasir)

Tuesday, April 6, 2010

berHAk kah kiTA?

pernah tak kita fikir
bila Allah marah dgn kita
pernah tak kita fikir
bila Allah benci dgn sikap kita
pernah tak kita fikir
bila Allah sedih melihat tingkah laku kita

kita LUPA
Allah tidak sekejam itu
Allah masih memberi ruang untuk kita bertaubat
Allah tetap beri kita rezeki hidup di dunia
Allah lindungi kita sebagai hambaNya
Kita tak ada beza darjat disisi Allah
Kita dilihat serupa
cuma kita berbeza dari sudut pahala dan dosa

berHAk kah kita?
membenci sesama manusia
sedangkan Allah tak buat begitu pada hambanya
terimalah orang di sekeliling kita seadanya
hilangkan rasa benci di dalam hati
buang jauh2 segala itu
biarlah siapa pun orang disekeliling kita
TERIMALAH...
DENGAN SEADANYA...

p/s:kita hanya manusia biasa

Monday, April 5, 2010

zikir~


Perkataan ZIKIR ialah dalam bahasa Arab yang bererti atau membawa makna, "sebut" dan "INGAT".

Sebut itu baik pada mulut atau pun dalam hati.

Ingat itu ialah di dalam hati atau di dalam minda tentang sesuatu apa-apa yang disebutkan.

Sembahyang (solat), membaca al-Quran dan berpuasa juga termasuk dalam definasi "zikir" kepada Allah.

Tujuan zikir ialah untuk ingat akan kebesaran Allah, di mana bila kita mengingatkan kebesaranNya, maka dengan sendirinya pula kita tahu akan kedudukan dan martabat diri kita.

Hadis At-Turmizi dan Ibnu Majah dan disahihkan oleh Al-Hakim, dari Abu Darda',"Tiadakah kuberitahukan kepada kamu tentang amal yang paling bersih disisi Tuhanmu dan paling tinggi mengangkat darjatmu, dan lebih baik bagimu dari berperang melawan musuh, lantas kamu memenggal leher mereka dan merekapun memenggal lehermu?"
Para Sahabat menjawab,"Khabarkan kepada kami."
Rasulullah S.A.W. pun bersabda,"zikrullah ."

"Ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat kepadaMu dan bersyukurlah kepadaKu dan jangan kamu mengingkari- Ku." Al-Baqarah 152

"Hai orang-orang yang berIman, berzikirlah dengan menyebut nama Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang." Al-Ahzab 41-42

"Maka apabila kamu telah menyelesaikan solatmu, ingatlah Allah di masa berdiri, di masa duduk dan di masa berbaring." Surah Ab-Nisa' 103

Thursday, April 1, 2010

antara ikutan dengan fahaman~




salam buat semua...

saya tak pandai bermadah kata...

saya cuma nak ingatkan anda semua...

juga diri saya yang sering alpa...

apakah itu april fool?

teringat zaman sekolah dahulu kala...

kawan2 kenakan saya...

semuanya gara2 april fool...

bila ditanya mengapa buat begitu pada saya?

jawapannya serba tak kena...

saja2 ikut orang lain juga...

tengok??

itu tandanya kita buat tu main redah je..

cuba anda cari...

disebalik hari april fool...

pasti anda takkan terikut lagi...



p/s: april fool mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol.Setelah bertapak berkurun-kurunnya di Granada,Sepanyol,kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.





Wednesday, March 31, 2010

lega seketika~

test nahu??

today....

result??

tak tahu...

feeling??

ok...

confident tak??

a'ha...

little bit...

p/s:byk lg test,tasmi',presentation n assignment yg tgh menunggu b4 FINAL EXAM bermula ok..i need more energy to settle it...omg...bile nak reda sume ni...lega seketika~ngee

Monday, March 29, 2010

black paper hati merana~

GERAM

BENCI

TAK SUKA

KECEWA

MERANA

ARghhhhhhhh...................

KENAPA SUSAH SANGAT AWAK NAK BERHENTI
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.MEROKOK.

p/s:tahu kan merokok tu membahayakan kesihatan...knp tak sayang nyawa sendiri?
knp tak nak jaga diri sendiri?
ingat Allah bagi nyawa ni FREE2 je ke?
kan kita dah tahu tanggungjawab kita....
BERUBAHLAH!!!

Saturday, March 20, 2010

usah membangau lagi 2...

Assalamualaikum...
usah membangau lagi??
hari ni saya rasa nak bagitahu apa yang dimaksudkan dengan tajuk diatas..
setelah semingggu ku tinggalkan dengan penuh tanda tanya...
em,,,begini...
masihkah anda ingat dengan lagu bangau oh bangau??
si bangau yang menyalahkan ikan yang tak mahu timbul...
dan pada rangkap terakhir ular pun kata..
memang makanan aku...
apa yang kita nampak disini??

1.menuding jari pada yg lain
2.merasakan dia tidak bersalah
3.sudah nasib badan

ATAU APA??

sebenarnya saya telah menghadiri satu bengkel..
kira mcm motivasi diri..penceramah tu pesan mcm tajuk entry kat atas...
sebab katanya..dalam HIDUP kita ni tak da erti NASIB..
semuanya berdasarkan PILIHAN DAN TAKDIR..
bermakna..tiap2 apa yg berlaku ke atas kita adalah berdasarkan
PILIHAN KITA dan melaluinya akan terjadilah TAKDIR..
TAKDIR BAIK atau TAKDIR BURUK..
semua itu bermula dengan pilihan kita..
jadi,,klu ada sesuatu yg buruk terjadi kita tak blh salahkan yg lain..
salahkanlah diri sendiri yg tersalah buat pilihan hingga mewujudkan kegagalan..

akhirnya saya berfikir...memang betul apa yg penceramah tu ckp..
patut lah ALLAH dah menyediakan kita SOLAT ISTIHARAH..
bertujuan utk kita membuat pilihan..
betul kan???
ALLAH sendiri dah sediakan jalan untuk membantu kita...
bermakna lepas ni..klu kita gagal dalam sesuatu perkara..
jgn salahkan benda lain...
tapi..
SALAHKAN DIRI SENDIRI..
ok??
tak bermakna kita KALAH...
tak bermakna kita LEMAH..
tapi bermakna..
KITA BELAJAR DARI KESILAPAN..

p/s:saya juga masih belajar untuk tidak menyalahkan yg lain..sama2 lah kita cuba ye..apepun saya juga insan biasa yg tidak lari dari melakukan kesilapan..maafkan saya ye..




Saturday, March 13, 2010

USAH MEMBANGAU LAGI~



salam pagi hari...
USAH MEMBANGAU LAGI...
mulakan hari ni dengan semangat baru...
npe sy ckp usah membangau lagi???
kita tunggu entry yang seterusnya...
hehe
fikir-fikir dulu maknanya...
siapa yang rasa-rasa tahu...
jangan segan untuk memberi respon...
ok semua!!!
let's begin...........................

Monday, March 8, 2010

aDakah???



salam buat semua....
hari ini rasa nak cerita sikit pasal bab perempuan ni...
this is not a joke ok??
i need 2 story it coz klu tak makin ramai la pompuan yang tak tahu ikut undang agama iaitu HUKUM ALLAH n negara kita MALAYSIA...begini,,as a women kita kena la tahu yang mana satu nafsu n yang mana satu pengorbanan...kenapa sy cakap macam tu? sebab perempuan ni apabila sudah hilang kawalan diri maka dia boleh melakukan apa saja mengikut kehendak hati..yela,,,klu tak takde la timbul isu buang anak..anak mati kene disebabkan pakwe..n sebagainya.Sebagai seorang perempuan,,wajar sy katakan anda MESTI menyiapkan diri dengan ILMU AGAMA yg banyak..sebab perempuan ni nafsu 9 n akalnya 1 je...atas sebab2 itulah sy katakan sedemikian..tahu kah anda? surat khabar hari ini menyatakan bahawa ibu bapa kini kurang perasaan kasih sayang terhadap anak kandung?? Bg sy keadaan seperti ini tak sepatutnya berlaku.Yelah,,seorang perempuan iaitu wanita dan bergelar seorang ibu tak sayang anak kandung??Bukan kah wanita ini dikurniakan perasaan kasih sayang yang amat tinggi...huh,,nampak sangat wanita sekarang lebih pentingkan kepuasan nafsu n melupakan tanggungjawab mereka...hmm,,bagi sy..seorang wanita yang telah terlanjur tidak patut membuang anak mereka begitu sahaja..sebab nak tutup malu maka buang anak macam buang sampah...JANGAN....tolonglah..jangan buat macam tu..anda telah membunuh satu nyawa..bukankah membunuh itu tergolong dalam DOSA BESAR...banyak lagi cara lain untuk anda selesaikan masalah dah terlanjur ni..walaupun pada hakikatnya atas kehendak sendiri...contohnya anda mengadu pada orang yang arif dalam bab agama untuk membantu anda..jika tidak,,anda ambil keputusan bersama pasangan anda itu untuk berkahwin..atau sekiranya anda tak mampu nak jaga bayi itu,,rujuk pada jabatan kebajikan masyarakat..kan banyak cara tu selain anda tambah dosa lagi...em,,bagi pasangan yang telah berkahwin pula...em,,sy tahu sy belum kahwin..but base on my experience as a daughter...sy dapat simpulkan di sini bahawa untuk mengekalkan sebuah perkahwinan itu pasangan tersebut mestilah saling memahami,,tolak ansur,,sentiasa suburkan kasih sayang,,jangan pernah bosan,,saling tegur menegur atas kesilapan masing2 n menerima secara terbuka,,cari jalan penyelesaian yang terbaik n jangan sesekali mengambil keputusan bercerai selagi kita mampu untuk mengatasi masalah yang berlaku itu..hmm,,punca penceraianlah yang telah menyebabkan anak2 pada hari ini hilang kawalan diri..banyak anak2 yang menjadi liar dan terbiar akibat ibu bapa yang bercerai..jadi,,sy mohon kepada ibu bapa di luar sana untuk berkorban demi anak2...jangan biarkan anak2 kita musnah disebabkan nafsu kita sendiri...kasihani lah anak2 yang masih panjang perjalanan hidup mereka..jangan jadikan masalah anda sebagai alasan untuk membiarkan anak2 anda..hmm,,sy sebagai anak turut bersedih andai sesebuah institusi kekeluargaan itu runtuh...bukan kah anda yang mencipta kebahagiaan itu?? dan anda juga yang akan menciptakan kedukaan?? jadi,,jauhilah kedukaan itu..korbankan segala2nya demi anak2 anda ok...SAYA SAYANG KELUARGA SAYA~

Saturday, March 6, 2010

dunia baruku~

oh my goodness....
i da tukar layout lg...
why???
juz nak bertukar ke DUNIA BARU...
i mean dunia penulisan la...
nak bg mood lebih keceriaan...
pabila menulis something...
hehehehe
phew,,,,legany dpt menulis...
walaupn as short as this kn...
ngee~
yg penting i puas...
by now on..
MALAS
nak pk dah apa org nak ckp...
bcoz,they don't know me...
don't understand me...
don't know my probs at home...
yg MEREKA tahu...
katakan apa sahaja tentang diriku ini...
YUPS....
opsss,,,byk sgt i da termelalut...
tpi tak pe,,bcoz mane ad org nak bce blog yg mcm ni kan...
tambah2 lg yg ditulis oleh ku...
lg la tak de sape nak bace...
BLOG...kau la tempat aku meluahkan isi hatiku ini...
tempat bermanja-manja...
setelah aku merintih pada YANG ESA...

Wednesday, March 3, 2010

mud ku berlari-lari~

em,,sy baru lepas test nahu tpi yang sangat mengecewakan sy tak yakin pn dengan mana-mana jawapan sy tu..sy rasa sedih sangat dan tak tahu nak luahkan kat sape..nak luahkan kat kawan takut kawan sy kata sy ni suka menangis n cnfm ayat biasa yang didengar "sabarla,,,bende da lepas..len kali usaha lagi..."em,,sy bkn tak redha dengan ujian yang Allah bagi pada sy..cuma sy terkilan sebab sy tak mampu ingat mcm org lain..sy ni tak kuat sgt daya ingatan..em,,bkn sy tak nak cuba blaja sendiri subjek nahu tu,,cuma kwn sy bz ngan presentation n sy pn sama jgk..jdi sy tak dapat la nak fokus btul2 tuk tanya semua yg msuk test tu..siang td bru dpt tanya dgn kawan sy tu..jdi nya otak sy mmg tak mampu nk ingat semua skali...sy cuba yg terbaik tpi stakt tu la tahap kemampuan sy...jdi,,blog ni la yg jadi tempat luahan hati sy..hmm,,sy tak tahu nak luahkan mcm mana lg perasaan ni..tak pnh sy rasa teruk smpai mcm ni skali...sy harap sgt Allah akan bantu sy..sy tak nak gagal dalam subjek nahu..sekurang-kurangnya dpt c pn sy da amat puas hati..sy cuba dan terus cuba untuk faham nahu tapi disebabkan sy kurang basic dlm bab nahu sejak sekolah lg menyebbkan sy tak dpt nak aplikasikan dlm test tdi..mase jawab test tdi hanya Allah je la yang tahu macam mana perasaan sy..teramat-amat la tak ok sampai sy menangis mase taip entry ini...sy mmg tak larat nak cerita lanjut lg..t ada kesempatan,,sy akan cerita lg ye..biarlah sy melayan perasaan sy ini...sebab tak da sape yang faham dengan sy..dan tak da sape yang akan faham apa yg sy rasa...org di sekeliling sy tak tahu apa yang sy hadapi sepanjang kehidupan sy selama 20 thun ni...biar sy dgn diri sy SENDIRIAN....

Thursday, February 25, 2010

~tanpa motif

pening
blur
bingung
atau
diriku yang dah tak keruan..........
oh kehidupan.....
test+presentation+class
bila nak habis sume ni
saya sudah tidak tahan lagi
kenapa???
sebab saya rasa
STOP!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
buang semua perasaan mcm ni
ini menunjukkan anda tidak BERSYUKUR
jadi,,,,,
Ingatlah,,,sume itu ada HIKMAHNYA



p/s:kak ros2....upin kate btul3,,,hehehe
bersyukur ye dalam hidup ni...

Wednesday, February 10, 2010

yea...yea..balik kampung!!

suka yang amat sangat...
sampai tak terkata apa-apa...
sebab hari ini saya balik rumah...
sempena cuti hari raya cina...
GONG SI FAT CHOI ma...
p/s:opss...tak reti eja la...
SERONOKNYA.......
ape pun peringatan untuk diri sendiri...

1.jangan suke s
angat cik siska oii
2.after cuti ada test DAKWAH n NAHU SOROF
3.kene ulangkaji walaupun cuti...wargh.......tak nak la cm2
4.upgrade skill memasak di rumah
5.jangan asyik berjalan je ingat sket tanggungjawab tu

maka dengan ini saya isytiharkan CUTI.........................dan tiada aktiviti berblogging sepanjang cuti ini....
accept,,jika diri ini rajin untuk mengupdated ok???






p/s:pada 21 februari ini penulis buku DIARI SUFI akan berada di MPH MID VELLY pada pukul 2 petang..
datangla beramai2 untuk menyokong penulis keluaran MUSTREAD ini ok....coz buku DIARI SUFI tu best sangat..saya sudah membacanya...(npe skema je ayat ni...hehe)

Monday, February 8, 2010

miss my home~


Ya Allah....i juz miss my home...
i want 2 go back right now.....
but i can't go back yet.....
juz bcoz i have 2 more days 2 attend class....
outch....why???? i need my mom....
my granma also..... am i touching???
yups,,,,,,,,,coz need relax...at my home k..


p/s:i live at a village...so harmony...ahakz...

Friday, February 5, 2010

sOmbONg itU MembUNuh DIRI


1. Orang Yang Sombong Telah Mengabaikan Perintah Allah subhanahu wata’ala. Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri (angkuh).” (QS. 31:18)

2. Orang Yang Sombong Menjadi Penghuni Neraka. Tidak akan masuk surga siapa saja yang di dalam hatinya terdapat sedikit kesombongan.” (HR. Muslim)

3. Orang Yang Sombong Pintu Hatinya Terkunci & Tertutup. “Demikianah Allah mengunci mati pintu hati orang yang sombong dan sewenang-wenang” (QS. Ghafir 35)

4. Kesombongan Membawa Kepada Kehinaan Di Dunia & Di Akhirat. Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombongkan dirinya di dunia ini tanpa alasan yang benar dari tanda-tanda kekuasaanku”. (QS. Al-’Araf: 146)



jadi...tak kan nak jd sombong lg kan...ingat lah kita diciptakan dimuka bumi ini untuk beribadah kepada ALLAH...siapalah kita untuk menyombong diri?? buat anda semua,,hari ini setelah kita sedar maka janganlah jadi orang yang sombong...jangan sombong sbb anda pandai...jangan sombong untuk berkawan dengan orang lain...jangan sombong untuk kekayaan yang anda miliki...jangan sombong andai anda rasa taraf anda lebih tinggi...kerana ALLAH tidak pernah menyukai orang-orang yang sombong.....



p/s:pesanan ini juga buat diriku...sbg insan yg naif disisi ALLAH..saya juga pernah melakukan kesilapan

Saturday, January 30, 2010

...:ku dapat jua buku itu:...

ALHAMDULILLAH...dapat juga saya bertemu+berjumpa+berkasih+berpegangan dengan buku yang memang membuatkan diriku jadi gila sekejap..hehe..punyalah banyak halangan nak dapat buku ni...setelah ku godek2 dari tingkat 1 kat bahagian religion sampaila ke tingkat 3 bahagian rujukan...ku dapat jua menemuimu wahai sang buku yang pemalu macam tuan puteri sekapur sireh daa......LOTEH DEN CHAGHIE EKAU TAU TAK.....actually,saya nak buat assignment akidah. dapat plak tajuk pasal isu kafir-mengkafir ni..dan bahan yg saya dapat pulak dalam bentuk soft copy..mana boleh macam tu kan2,,,nanti saya kene pakai mata second pulak..cukup la yang sepasang ALLAH da kurniakan ni.So,i need 2 find the hard copy...buku la kan jawabnya..cari kat library kat u ni tak jumpa2...tah tersorok kat mane tah...pastu bertekad la nak g kat library negeri yang memang tak pernah2 ku masuki semenjak belajar kat negeri terengganu.Makanya ini lah pertama kali saya menjejakkan kaki kat library tu.Sumenya sebab sebuah buku je..Andai kau tak ku temui wahai buku sudah pasti lagi conform saya akan menangis.Sebabnya saya tak jumpa awak la en,buku....hari yang penuh dengan cabaran ibarat satu eksplorace mencari benda tersembunyi...CARI2....cari sampai jumpe k..tak jumpa tanyalah kaunter pertanyaan..SEKIAN

Saturday, January 23, 2010

walaupun diri disakiti~




mak selalu pesan : SABAR.....+.....TABAH.....+......DUGAAN......+....BLA2......tpi sejauh mana kita dapat bersabar? Nak senyum walaupun diri disakiti? SUNGGUH.....diriku tak mampu....diri ini belum mampu menandingi kesabaran Rasulullah...mengapa perlu sakitkan hati seseorang andai dia tak pernah melakukannya pada kita...adakah sebab tarafku tidak sama denganmu maka engkau perlakukan diriku begitu? atau.....engkau merasakan diriku tidak layak bergaul denganmu? siapa kamu? rajakah? menterikah? ulamakah? sehingga diriku tidak pantas bergaul denganmu? em,,namun mak.....akan ku ingat pesanmu itu...akan ku semat dalam hatiku...akan kucuba melakukannya sesukar mana pun dugaan yang bakal ku tempuhi...mak,,,diriku amat memerlukanmu ketika ini...sangat2 memerlukan mak.....andai mak ada di sebelahku sekarang akan ku pelukmu erat2....kerana mak lah inspirasi kekuatan diriku selama ini...terima kasih mak kerana melahirkan,mendidik,membesarkan diriku sehingga ke hari ini....


p/s:maaf termelalut kerana kerinduan yang amat sangat dengan mak yang tersayang....ngee~

Friday, January 22, 2010

....:homesick:....

miss my home....
miss my mummy.....
miss my granma....
miss my sister.....
miss my brother.....
miss my cats.....


i miss them so much................how long my journey here..............
uhuh.....until the 10 feb.......i will wait that day come.......
because i just miss them very much..............

Thursday, January 21, 2010

buatmu tanda ingatan~


Kita sibuk,lantaran waktu yang suntuk......
Kita celaru,lantaran waktu yang cemburu....
Kita kecamuk,lantaran waktu yang kalut....
Kita kebas,lantaran waktu yang pantas.....

Namun Hakikatnya......

Allah hanya minta waktu lima kali sahaja.....
sehari semalam untukNya....
Allah hanya panggil bila azan berbunyi,
juga cuma lima kali semalam.....
Allah hanya minta waktu bila-bila perlu untuk kita berdoa kepadaNya....
Allah hanya minta waktu bila kita lapang untuk kita menambah amalan.....
menghadapNya..

Jadi mengapa persis Allah memberi waktu yang tidak cukup...
Sedang waktu itu adalah milik Allah seluruhnya...



p/s:dipetik dari buku DIARI SUFI,penulisan SITI MUNAZAKIAH




Tuesday, January 19, 2010

SELAMAT HARI LAHIR SAHABATKU...

salam,,,terpanggil untuk mengepost entri kali ini kerana sahabat baik ku akan menyambut hari lahirnya pada esok hari...iaitu tanggal 20hb....SElamat HAri LAhir ye....yg ke....................20........
haha....ko da tue la mastura....cmne ni...(^_^)

xpelakan...yg penting ko da semakin dewasa...bakal menempuh kehidupan yang lebih mencabar lagi...btul tak semua???? Yana,,,,ape pn...aku nak ucapkan semoga ko panjang umur+murah rezeki+ceria selalu+berbahagia dalam kehidupankmu+berjaya dunia dan akhirat....ko la sahabat aku yang aku sayang.....

ok,,,,take care of ur self!!!!! daaaaaaaaaa..............hehe


p/s:individu yang dimaksudkan ialah lyana mastura...maaf yana gambarmu tak dpt di upload coz tetibe jem..


















Thursday, January 14, 2010

menangis.....

sabar~
sabar~
sabar~

tapi sekarang sudah tidak sabar~
lantas,,,apa yang diriku mampu lakukan ialah.....



m.e.n.a.n.g.i.s

Friday, January 8, 2010

seindah dirimu WANITA...~

DUHAI WANITA...
WANITA LEBIH CEPAT DARIPADA LELAKI DALAM MENANGIS DAN DALAM MENGINGATKAN PERISTIWA YANG MENYEBABKAN DIA MENANGIS DAN TERTAWA BILA IA MAMPU...WANITA JUGA ADALAH BINTANG DAN PELITA BAGI LELAKI...TANPA PELITA,,,MAKA BERMALAMLAH DALAM KEGELAPAN...

lihatlah,,,betapa tingginya nilai seorang wanita itu...walaupun wanita sering dilabelkan sebagai seorang yang lemah dan tidak upaya namun wanita itu juga lah yang seringkali bangkit kembali untuk meletakkan nilainya di tempat yang tinggi...jika tidak,,,masakan wanita diberi satu ungkapan yang cukup bermakna..."wanita yang menghayunkan buaian itulah yang mampu mengoncang dunia"...ya,,,wanita bukanlah lemah sebagaimana yang disangka...wanita ada kekuatan yang tersendiri...yang tidak ada pada seorang lelaki...

kini,,walaupun seorang wanita itu bekerjaya namun tanggungjawabnya tidak pernah diabaikan...
wanita tetap memasak,mencuci dan mendidik anak-anak...selepas habis bekerja...wanita tidak pernah mengeluh..malah,,wanita membantu suaminya dalam mencari rezeki....wanita tidak pernah berhenti bekerja...sehinggalah waktu tidurnya...

duhai suami,,,,fahamilah isterimu itu...dia lebih penat menguruskan segala-galanya...kerana dia insan yang lemah...namun engkau wahai suami punya tenaga dan kekuatan diri...apalah salahnya engkau menghargai isterimu...cukuplah dia yang satu...jangan cuba menambah lagi jika engkau sebenarnya tak mampu...letakkan akalmu dulu barulah fikirkan nafsu...jika letakmu nafsu dahulu...kelak rumahtanggamu rebah menyembah bumi....

Thursday, January 7, 2010

diriku menongkah arus....ngee~

syukur alhamdulillah...
sy masih dipanjangkan usia oleh yang Maha Esa...em,,sy bersemangat untuk entri kali ini disebabkan kerajinan sy menukar layout yang terbaru ini..sebenarnya sy sudah lama berniat untuk menukar layout blog ini tetapi atas kemalasan yang timbul di dalam diri maka sy simpan hasrat itu sehinggalah ke semalam..akhirnya Allah menggerakkan hati ini untuk menukarnya.

sy cukup gembira..bertepatanlah dengan tahun 2010 ini.pasti akan ada perubahan..termasuklah blog ini..hehehe
*pujian kepada diri sendiri kerana berjaya...btul3....kata hatiku...sy begitu suka membaca blog orang lain...bagi sy,blog2 mereka ini lah yang akan menjadi inspirasi untuk sy meneruskan aktiviti berblogging ini...bukan mudah untuk istiqamah sebab sy tidaklah begitu minat untuk berkongsi isi hati ini..tetapi itu bukan satu penghalang..kan3....

bak kata pepatah...nak berblogging bukan mudah tetapi bukan mustahil...
*pepatah ini hanya terdapat dalam teratak setinggi kesyukuranku...huahuahua...rekaan semata2 wahai semua...yelah,kalau kita nak,,, pasti semuanya akan berjalan dengan lancarkan..begitu jugalah sy yang telah berjaya menongkah arus dalam blog sendirikan..jadi,apa tunggu lagi...pada yang sudah lama meninggalkan aktiviti berblogging sy sarankan anda meneruskan kembali aktiviti ini ok...sebab,tidak rugi anda menyalurkan tips atau ilmu yang anda ada...ganjaran yang diperolehi sudah pastilah pahala...daa.....

Monday, January 4, 2010

lemas.....~

urgh.....
lemas dgn laptop ni.....
arituh da baiki.....
gne antivirus yg xpnh gne sblm ni....
lastly...ak merana coz tyme nk update....
cnfm lembab...
eiii...sbar2..xsbar2...
kejap sbar kejap xsbar....
bile nak jdi penyabar.....
sabar je la ngan ko antivirus....
klu tak kerana puluhan ringgit ak beli ko....
da lame ku tukar yg lain....

pesanan dari penaja:nama antivirus dirahsiakan untuk kesenangan semua pihak..
kang kalo ak sebut kene hentam plak..hehehe

Thursday, December 31, 2009

ketahuilah ttg 1 JANUARI..tahun baru..

JANGAN Sambut 1 Januari, Kenapa?

Jgn Sambut 1 Januari Kenapa
Posted By : DilaDellila (Dila, Delli


Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh saudara Zulkifli Nordin. Dibawah
ini adalah intipati kuliah beliau yang sempat disalin.

Diantara lain, beliau mengupas ayat 120, surah Al Baqarah, mafhumnya :-
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau
suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka yang
telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk
Allah ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya
jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu
yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah
engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan
memberi pertolongan kepada mu.

Beliau juga menyebut hadith Rasulullah SAW yang berbunyi, lebih kurang :
UmatKu dilalaikan tanpa disedari seperti semut hitam diatas batu hitam
dimalam yang gelap. Siang ia Islam, malam ia kufur; dan siang ia kufur,
malam ia Islam. Yahudi & Nasarah yang tidak redha akan Islam kita akan
menggunakan apa saja cara untuk menyesatkan kita. Sekarang mereka
menggunakan cara yang begitu halus sampai kita sendiri tidak sedar yang
kita telah mengikuti mereka. Tengok saja disekeliling kita ...
Contohnya,haribulan. Berapa ramai yang tahu bahawa cara tarikh Masehi
ini ada kaitannya dengan tuhan mereka

21hb Ogos 2002 AD. Apa maksud AD dibelakang? Makna AD ialah "Anno
Domini" bahasa Latin yang bermaksud "Anno" ialah aku/saya dan "Domini"
ialah tuhan dilahirkan. Jadi 21hb Ogos 2002 boleh diertikan sebagai"...
. beberapa hari setelah tuhan aku dilahirkan. "
Nauzubillah ... . Insaflah kita kerana secara halus kita mungkin
termasukdalam kategori umat Nabi Muhammad SAW seperti diatas. Sebab
tulah kita dianjurkan supaya beristighfar selalu.

Bila sampai 31 Disember, berapa ramaikah umat Islam yang meraikan tahun
baru? Tetapi sedarkah mereka bahawa telah difatwakan oleh
Sheikh-ul-Azhar, Sheikh Tantawi, Sheikh Yusof al-Qardhawi dan ulama2
contemporary bahawa menyambut 31 Dis. bererti menyambut ulangtahun hari
jadi tuhan Yahudi & Nasarah? Bagi mereka yang tidak tahu, hukumnya
fasik, tetapi bagi mereka yang tahu (kita sekarang sudah
tahu) hukumnya ialah MURTAD. Nauzubillah.

Sesungguhnya yang baik itu adalah dari Allah S.W.T dan yang kurang serta
salah dan silap adalah dari kelemahan saya sendiri.

Wallahualam.

subjek sem 4...

ak nak intro kat sume..my subjek tuk sem ni...
sem ni ak juz 15 jam kdit but...3 sbjek ak adalah
3 jam kdit pnye sbjek...hahaha..so,,peringat la
wahai diri sendiri tuk majukan diri ye..huhu

-> al-quran & tajwid
-> aqidah 2
-> fiqh 2
-> nahu & soraf 1
-> islam & masyarakat melayu
-> dakwah

p/s:ak blaja fiqh munakahat la weh..
pasal perkahwinan...best...haha
blm gatal nak kawin ye...



Wednesday, December 30, 2009

uhuk2....uhuk....blog berhabuk...

tada.........finally,,ak menulis jgk tuk blog ni...
mmg da lame tinggalkan semenjak cti sem...
mane tak nye...tyme cuti,tuan pnye blog pn
cti skali da....xde mase nak layan blog2 ni...
cti sem lpas agak best....coz ak menghabiskan
mase ak dgn jayeny...bg markah lbey sket coz ak brjaye tau...
blom thu la nak tlis pe dlm blog ni tuk thun baru..
rase janggal plak tau..nak tlis2 ni...sbb musababny
msti la coz ak lame sgt cuti...hahaha...
k,la..t ad mase ak cter la kat ko ye blog...
ko la pengarng jntungku....pengubat kala sunyi...