Fill up this form :) tq.

Name:
Facebook Email Address:
Phone Number
Address
How can I help you? Lose weight
Gain weight
Improve health / skin problem
Healthy breakfast
Business opportunity

Form provided by Freedback.

Saturday, November 6, 2010

khas untuk awak~

tahniah awak
akhirnya awak sambung jugak blaja
DIPLOMA OF ENGINEERING TECHNOLOGY IN ELECTRICAL AND ELECTRONICS
saya suka awak sambung blaja
tapi dalam masa yg sama saya juga sedih

MyEm0.Com
saya rasa takut
betul ke ni awk nak sambung blaja lg
dapat tak kita capai matlamat kita berdua ni?
saya masih tertanya-tanya
MyEm0.Com
  
saya tahu perjalanan kita masih jauh
saya tahu banyak lg perkara yg nak kita capai
sebelum sampai kpd matlamat kita
saya doakan semuanya berjalan lancar
MyEm0.Com
tatkala ini saya masih lagi bersedih
awak satu-satunya insan yg dah banyak tlg saya
awak banyak simpan rahsia masalah saya
awak juga lah harapan dan kekuatan saya
selepas 
YG MAHA PENCIPTA
saya berharap selepas awak sambung blaja nti
keadaannya masih sama
tak kan berubah walaupun sekelumit
matlamat kita
semoga tercapai akhirnya
YA ALLAH
seandainya benar dia milikku
satukan diriku dgn dirinya
dan seandainya dia bukan untukku
tetapkanlah hatiku dengan ketentuanmu
amin ya rabbal 'alamin

Friday, November 5, 2010

muka baru

SUKE
memang suke
sangat-sangat suke

http://www.emocutez.com

mane tak nye kan
muke baru tuh
aiiiiitttttttttt
tak kan tak nampak lgi kot
http://www.emocutez.com

kalau readers tak nampak
buat-buat nampak boleh?
cube komen sikit
kat muka baru ni

http://www.emocutez.com
pLeaSE.....
komen tau..tau..tau
haha
aduyai,,merayu pulak
buat je la muke tak malu
http://www.emocutez.com
kalau tak
kite nangis nanti
kite cume
nak pandangan je
hehe
http://www.emocutez.com

ok la,,daaaaaaaaaa
salam
^_^

Thursday, November 4, 2010

♥♥hati ini milik siapa♥♥

HATI
milik YG MAHA ESA
YG MAHA MENCIPTA
diberi kpd kita 
yg bernama 
MANUSIA

kadang-kala 
SUKAR
utk menjaga hati
kita suka mengotorinya
kita suka merosakkannya

hati ini
siapa yg ketahui
hanyalah pemiliknya
hati memendam
sejuta rasa

bila hati 
sudah tidak mampu lagi
bila hati
sudah tersasar mati
kembalilah kpd fitrah yg asli
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:


bibir mampu tersenyum
namun hati siapalah yg tahu
^_^














Wednesday, November 3, 2010

mari menjadi manusia

Bercakap memang mudah. Benar, kita manusia tapi belum tentu kita ada sifat kemanusiaan.
Manusia dan kemanusiaan, hakikatnya dua benda berbeza.
Manusia diciptakan Allah, bukan untuk bermain-main atau tiada tujuan.
Ramai manusia kabur dan tidak nampak apa tujuan dia hidup.
Maka, dia mudah berputus asa. Hidupnya sukar, penuh dengan duka, tidak kenal erti ketenangan dan tidak bahagia.
Jiwanya kosong, tercari-cari matlamat hidup.
Faktor utama ialah kerana tidak tahu.
Moga-moga artikel pendek ini berjaya merubah keadaan kita yang "'tidak tahu" menjadi  "tahu".
Firman Allah dalam surah Al-Mukminun ayat 115.
"Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu bermain-main (tanpa ada maksud) dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
Suatu ayat sindir, Allah tujukan kepada kita untuk kita sama-sama muhasabah diri.
Secara asasnya, manusia diciptakan Allah dengan 3 komponen, iaitu Hati, Akal dan Jasad.
Ketiga-tiga komponen ini ada tugas dan peranan. Peranan hati ialah untuk membuat pilihan. Firman Allah dalam surah Al-Kahfi ayat 29. 
" ... maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya.."
Dalam hidup,manusia diberi pelbagai  pilihan.
Pilihan samada untuk mengalihkan pandangan atau tidak  apabila ternampak aurat  manusia, membuat pilihan sama ada mahu bercakap atau diam apabila mendengar azan, membuat pilihan samada mahu menegur atau lari apabila mendengar orang mengumpat, dan lain-lain.
Siapa kata dia tiada pilihan, maka dia pembohong. Pilihan sentiasa ada, cuma kekuatan saja yang kadang ada kadang tiada. Kerana itulah wujud "'dosa terpaksa".
Peranan Akal pula ialah untuk berfikir. Berfikir akan baik buruk sesuatu benda. Memikirkan kesan dan akibat dan memikirkan bagaimana mahu mendapat redha Allah. Firman Allah dalam surah Al-Isra' ayat 36
"Dan janganlah engkau mengikut sesuatu yang kamu tidak tahu. Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu akan ditanya tentang apa yang dilakukannya".
Sangat jelas, peranan akal untuk berfikir dan menilai sesuatu, sebelum bertindak. Contohnya, jika aku tinggal solat, apa kesannya kepada aku? Jika aku bercouple, apa kesannya kepada aku?
Jika aku tengok filem tu, apa kesannya kepada aku? Semua persoalan ini harus dinilai oleh akal.
Akhir sekali, peranan jasad iaitu untuk beramal. Tipulah jika kita mengaku kita beriman, tapi tidak beramal.
Tipulah jika kita mengaku beriman tapi tidak dibuktikan dengan perbuatan.
Rasanya tidak perlu huraian yang panjang bagi amal. Cukuplah kita faham bahawa kita tidak dikira beriman selagi kita belum melaksanakan tuntutan iman.
Dengan wujudnya 3 komponen penting ini dalam diri manusia, layaklah manusia menjadi sebaik-baik makhluk, berbeza dengan haiwan. Namun, dengan anugerah hati, akal dan jasad ini, Allah telah memberi kita amanah  sejak kita di alam roh hingga hujung nyawa.
Amanah yang memerlukan kepada pengorbanan dan perjuangan.
Apakah amanah-amanah itu?
Ia adalah tuntutan ibadah dan menjadi khalifah.
Firman Allah dalam surah Adz-Zariyat ayat 56 :
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku".
Tiada persoalan, tiada bantahan. Jelas.
Selain beribadah, kita juga adalah khalifah di muka bumi ini. Ini dinyatakan dengan jelas oleh Allah dalam ayat ke 30 dalam surah al-Baqarah;
"Aku hendak menjadikan khalifah dimuka bumi ini".
Sesuatu yang kita harus hayati ialah bagaimana untuk kita melaksanakan dua perkara dalam satu masa, iaitu beribadah dan menjadi khalifah.
Secara teori, ia mudah kerana menjadi khalifah itu sendiri ialah ibadah kerana segala perbuatan kita adalah ibadah kepada Allah s.w.t. Kita diperintah oleh Allah untuk memakmurkan bumi.
Maka, jika orang tanya saya apa matlamat hidup saya, saya akan menjawab saya mahu menjadi manusia yang bermanfaat.
Matlamat hidup,tujuan hidup dan apa yang saya kejar di dunia ini hanyalah apa yang Allah suruh- iaitu menjadi manusia yang bermanfaat dan sentiasa beribadah kepada-Nya.
Akhir sekali, selepas kita diberikan amanah, Allah menyediakan balasan kepada kepada kita. Jelas, orang-orang yang berusaha menunaikan amanah, Allah sediakan syurga dan bagi manusia yang tidak tahu, tidak mahu dan tidak peduli dengan amanah ini, Allah sediakan neraka. (Nauzubillah).

Kesimpulan

Saya juga masih mencuba-cuba untuk menjadi manusia. Manusia yang ada "fungsi", ada matlamat dan ada tujuan.
Ia memang tidak mudah, tapi cukuplah jika Allah tahu saya berusaha dan akan terus berusaha sehingga saya mati.
Semoga usaha saya ini diterima Allah s.w.t.

nota kaki:artikal ini adalah drpd laman web ILUVISLAM ^_^

ape nak jadi ni? dagang bayi pulak?

salam buat semua..agak-agak mendidih la bila baca kes pemer'DAGANG'an ORG ni...ingat ape? Bayi tu barang ke ape..nak dijual beli. Dalang yg melakukan jenayah ni bukan nya tak da akal. tapi tak reti guna akal yang ada kot. Bayi tu dijual dgn harga RM21,000. WAH!!! begitu sekali nilaian seorg MANUSIA yg bernama BAYI ye.. ALLAH yg mencipta kita syg ooooooiiiiiii. bukan kita sendiri. kita ni tak berhak langsung nak amik kesempatan tau. kita ni hamba yg naif je. huhu....


sy ni sekadar memberi pendapat je. anda nak terima atau tidak itu TERPULANG. manusia yg telah diberi AKAL untuk berfikir,namun tak pernah nak gunakan dgn sebaiknya. apakah kamu tidak mengetahui yg kamu akan dihisab amalan mu di akhirat kelak. manusia mmg tak pernah puas dgn apa yg dimiliki. hatta,diberikan benda paling bernilai pun kita masih tak reti nak BERSYUKUR lg. perkara ni mmg realiti ye...so,jgn nak menafikan.

jadi,sebagai manusia byk-byk kan la berDOA pd ALLAH. supaya kita ni dijauhi drpd perasaan serba TAK CUKUP ni. amalkan baca MATHURAT. klu tak tahu ape itu mathurat SILA BERTANYA YA. malu bertanya sesat jalan tau. bila dah tanya,bru nampak JALANnya.

jika nak tahu dgn lebih lanjut berita ni,silalah merajinkan diri baca akhbar2 online yg ada ye. pasti anda akan tahu ceritanya. ^_^

heart

Tuesday, November 2, 2010

TV Alhijrah dilancar hari ini



Jamil (tengah) dan Bukhari (dua dari kanan) bersama-sama wakil syarikat penerbitan yang membekalkan kandungan untuk saluran TV Alhijrah.
Saluran TV yang dikhususkan untuk program bercorak kerohanian


SEBAGAI sesi pengenalan, stesen televisyen kerohanian, TV Alhijrah yang pernah diperkatakan sebelum ini akan mula beroperasi mulai jam 3 petang ini sehingga 12 tengah malam.
Selepas hampir dua tahun diperkatakan mengenai kewujudan stesen ini, TV Alhijrah operasi siaran sepenuhnya pada Disember yang akan menyajikan pelbagai program berbeza dengan memberikan perspektif Islam.
TV Alhijrah ditubuhkan sebagai syarikat yang dikenali sebagai Alhijrah Media Corporation dan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan serta diletakkan di bawah penguasaan Jabatan Perdana Menteri (JPN).

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kewujudan stesen televisyen berlandaskan Islam itu sebagai memberi pilihan kepada penonton yang menekankan nilai Islam di dalamnya.

“TV Alhijrah ini adalah untuk memberi pilihan kepada penonton tempatan dan mensasarkan kepada semua peringkat usia. Golongan muda, remaja dan kanak-kanak adalah golongan terbesar yang menonton iaitu sebanyak 63 peratus dan selebihnya adalah penonton biasa.

“Saluran TV ini mengutamakan kandungan yang memberi manfaat kepada penonton dan pada masa yang sama menarik golongan sasar. Walaupun baru beroperasi, 60 peratus daripada kandungan adalah terbitan tempatan, 40 peratus adalah kandungan asing. TV Aalhijrah sendiri menerbitkan 30 peratus daripada jumlah keseluruhan,” katanya pada majlis sidang media pertama TV Alhijrah untuk diperkenalkan kepada media baru-baru ini.
Menurut Jamil Khir, kandungan yang terkandung di dalam TV Alhijrah tidak hanya menumpukan kepada rancangan berbentuk panduan dan bimbingan semata malah merangkumi pelbagai bentuk.

“Bahan-bahan yang terkandung di dalam saluran TV ini juga turut meliputi drama, filem, ehwal semasa, dokumentari, berita, animasi dan hiburan yang menjanjikan kelainan.

“Bagi golongan bukan Islam, TV Alhijrah akan memperincikan mengenai Islam sebagai agama yang menggalakkan melakukan kebaikan, keadilan dan perpaduan,” katanya.

TV Alhijrah yang juga stesen televisyen percuma (FTA) akan berpusat dan bersiaran penuh dari Pusat Islam Kuala Lumpur.

Menyentuh soal dana penubuhan TV Alhijrah, beliau berkata, sebagai permulaan memang kerajaan menyalurkan sumber kewangannya. Disebabkan perancangan sudah dibuat dengan teliti dan mengambil kira pelbagai aspek, dana sebanyak RM60 juta dilaburkan untuk penubuhan TV Alhijrah.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Alhijrah Media Corporation, Bukhari Che Muda, berkata lokasi yang strategik di ibu negara menjadikan ia stesen televisyen pertama dilahirkan dari inspirasi bercirikan Islam.

“TV Alhijrah juga bakal ditonton melalui siaran Astro dan melalui medium baru seperti internet serta telefon bimbit. Lima transmisi bersedia memancarkan siaran di Lembah Klang, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak. Ini mencakupi 55 peratus penonton di negara ini,” katanya.

Bukhari menambah, setakat ini persediaan rapi sudah dilakukan untuk menyertai stesen TV lain menyalurkan pelbagai maklumat serta program ilmiah kepada masyarakat.

“Bersandarkan ruang dan peluang yang ada, saya akan memastikan penonton mendapat apa yang mereka mahu. Saluran TV ini juga akan berusaha gigih memberikan yang terbaik dan memenuhi kehendak penonton.

“Terima kasih kepada karyawan dan penggiat seni tanah air yang sudi bekerjasama dengan TV Alhijrah bagi menyemarakkan industri penyiaran tanah air. TVAH sentiasa membuka peluang kepada karyawan tempatan menghasilkan produk mereka untuk disiarkan,” katanya.

Pada majlis itu juga, 11 syarikat penerbitan diberikan penghargaan untuk membekalkan kandungan untuk TV Alhjirah iaitu Nissay Ventures Sdn Bhd, Zeel Production Sdn Bhd, KL Motion Sdn Bhd, Miracle Media Sdn Bhd, Rumah Karya Citra, Karyawan Bestari Sdn Bhd, Wayang Studios Intl, Ezar Sdn Bhd Manjafilm Sdn Bhd, dan Les Copaque Production.       


p/s: sumber berita harian online

Monday, November 1, 2010

perlu ke sampai macam ni

http://www.emocutez.com
ni betul-betul gile blaja ni
mentang-mentang nak FINAL EXAM

http://www.emocutez.com
pastu bila dah tak masuk dlm otak
jadi GILA betul-betul

http://www.emocutez.com
tak pun sampai terMUNTAH-muntah 
sbb banyak subjek yg nak ingat

http://www.emocutez.com
stress sangat-sangat
bagaikan dah tak de jalan penyelesaian

http://www.emocutez.com
last-last menangis jugak
sebab tak tahan dah
asyik kena blaja je

tapi,tu sume dugaan la..dlm hidup ni. nak blaja mane ade yg senang. semuanya bermula dgn kesusahan,keperitan,kepayahan.barulah boleh capai kejayaan.

http://www.emocutez.com
akhirnya,,,BERJAYA dapat ape yg kita nak kan

http://www.emocutez.com
kita pun SUKA sangat-sangat
dan 
bolehlah 
:
:
:
:
:
:
:
:
http://www.emocutez.com
TIDO LENA

^_^



Brek tak makan...!



Pemandu bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan tujuh penumpang di Kilometer 38 Genting Sempah berhampiran susur ke Genting Highlands dekat sini malam tadi, disahkan tidak memiliki lesen memandu.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Che Hussin Omar berkata, polis dimaklumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bahawa pemandu berusia 40-an itu tidak mempunyai lesen memandu selepas membuat semakan.
Beliau berkata, lelaki terbabit sebelum ini mengaku kepada polis bahawa dia mempunyai lesen memandu namun semakan dengan JPJ menunjukkan sebaliknya.
“Sehubungan itu, kita telah menahan pemandu terbabit untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara merbahaya yang boleh menyebabkan kematian.
“Di bawah seksyen ini, pemandu terbabit boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Che Hussin berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan pemandu bas itu memandu laju sebagai punca kemalangan.
“Kita belum lagi mengambil keterangan daripada saksi-saksi kemalangan yang terselamat kerana keadaan belum mengizinkan memandangkan ramai masih tidak stabil dan trauma.
“Selain itu, kita masih menunggu laporan kotak hitam dan pemeriksaan fizikal bas daripada Puspakom (Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer Sdn. Bhd.),” katanya.
Beliau berkata, selain pemandu, pengusaha syarikat bas persiaran terbabit turut boleh dikenakan tindakan jika membenarkan pemandu tiada lesen membawa kenderaan mereka.
“Selain itu, tindakan juga boleh dikenakan jika membenarkan bas yang mempunyai masalah teknikal untuk beroperasi,” ujar beliau.

p/s: sumber dari utusan malaysia online

Sunday, October 31, 2010

kalah bukan bermakna lemah

woitttttttt.....wooooooooooooooiiiiiiiiiiiiiiiiittttttttttttttt
HOBIN JANG HOBIN
biar pun kita kalah yg penting kita dah USAHA
tahun depan cuba lagi ye
^_^


semalam lpas je habis perlawanan bola sepak tu,ade je yg msg...sahih2 lagi confirm la kwn2 yg org KELANTAN. masing2 dok bg msg ckp kelantan menang,'gomo kelate gomo'. aku pun tumpang la gembira. bak kata kwn2 senegeri ngan aku...kito sajo yo bagi monang...

ape -ape pun,kalah menang memang adat la dlm pertandingan. rezeki kita tak de nak menang ye tak? jadi,tahun hadapan masih ade. CUBA LAGI tuk wat yg terbaik. kan hidup ini ibarat roda. kadang-kadang kita di atas,kadang-kadang kita di bawah. itulah LUMRAH HIDUP namanya.


benar,kita ni hamba je. pelah yg kita tahu kan. hanya secubit je benda yg kita tahu dalam dunia ni. ALLAH MAHA MENGETAHUI segala-galanya. jangan lah kita berputus asa ye. waaaaaaaaaaaahhhhaaaaaaaaiiii pasukan negeri sembilan. terimalah kekalahan itu seadanya dgn TABAH dan SABAR.

Thursday, October 28, 2010

saje-saje boleh?


saje-saje nak tepek gambar ni kat BLOG
sebab
aku SUKA tengok 
lagi SATU sem sahaja lgi kita akan BERSAMA
selebihnya?
HALUAN masing-masing
ooooohhhhhhhh
saaaaaaaaaaayuuuuuuuuuuuuu
SAHABAT
penyeri sebuah kehidupan
sunyilah hidup TANPANYA
^_^

bahagia dalam duka

untuk kesekian kalinya
AKU SANGAT SUKA 
^_^
sebabnya
HARI INI
last kelas untuk SEM 5
BAHAGIA
maka bermula lah
CUTI 3 MINGGU
=_=
tetttttt
NAMUN
ke'BZ'an tetap melanda
TESIS
FINAL EXAM
uuuuuwaaaaaaaaaaaaaaaaghhhh
DUKA
LARA
mesti ditempuhi jua
FIGHT FOR FINAL

p/s:wishes to all my friends..DO THE BEST K...ALLAH will always by our side


Wednesday, October 27, 2010

ETP: Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina

NOTA KEPALA: baru je aku cerita pasal mencegah lebih baik daripada mengubati,,tengok2 kerajaan kita nak buat PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI. byk kn kelab malam? spa? inikah yg dinamakan NEGARA ISLAM. wahai PEMIMPIN, ketahuilah ALLAH akan MENYOAL tentang KEPIMPINANMU. banyak lg CARA lain untuk kita MAJUKAN EKONOMI NEGARA. ini sekadar PANDANGAN AKU. pandangan ANDA bagaimana? sila KOMEN.


PETIKAN DARIPADA MALAYSIAKINI.COM  :

Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.

Langkah itu dijangka mendapat bantahan golongan konservatif agama yang sebelum ini telah berulang-kali berdemonstrasi membantah kehadiran penghibur antarabangsa. Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika - Adam Lambert yang seorang 'gay'.

Satu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabnagsa ke negara ini.

Mulai suku terakhir 2010, acara antarabangsa yang menampilkan penghibur antarabangsa yang memenuhi tiga kriteria minimum dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).

Kriteria berkenaan adalah:
  • Penarafan kelas A berasaskan pada kedudukan 100 teratas carta Billboard sejak lima tahun yang lalu;
  • Menarik 2,500 penonton bagi setiap acara; dan
  • Telah membuat pertunjukan di tiga tempat antarabangsa.
Selain mematuhi syarat Puspal, mereka bakal tertakluk kepada “garis panduan yang lebih fleksibel”, pelepasan cukai, perlonggaran daripada imigresen untuk menjadikan Malaysia hub majlis acara antarabangsa.
Untuk meminda garis panduan Puspal, seperti yang dicadangkan, jawatankuasa Puspal akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang terlibat (majlis tempatan, Jabatan Imigresen, dan Kementerian Kewangan). Kementerian Pelancongan akan memantau dan menjejak proses pelaksanaan.

Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan

Lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.

Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

"Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu.

Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan

Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.

Menerusi kerjasama dengan Greater KL/KV NKEA, dipersetujui bahawa lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan baharu ialah kawasan di sekitar Central Market.
Kawasan ini akan direkabentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan.

Tuesday, October 26, 2010

ape patut kita semua buat ?

mencegah atau mengubati?
aku rasa kita patut MENCEGAH
bukan tertumpu semata-mata
dengan MENGUBATI


bukan aku nak CAKAP ikut SEDAP mulut
aku cuba memberi PANDANGAN
harap tak ada yg TERSINGGUNG
ok?

bila kita intai,kita tinjau dan kita teliti satu persatu kes yg melibatkan REMAJA hari ni,fuuuuuhhhhh....memang BANYAK + MENINGKAT. aku tengok kes yg SAMA pun dah naik MELUAT ko tahu. bukan niat aku nak kutuk rakyat negara sendiri tapi FIKIR kan lah,,KENAPA? WHY? LIMAZA? kejadian buang anak,anak lari ikut lelaki,anak itu,anak ini bla bla bla bla......TAK SELESAI LAGI. semua ni sebab kita lebih utamakan MENGUBATI daripada MENCEGAH.

MENCEGAH ni lebih kurang mcm ni la..ko tak sakit pun tapi ko wat senaman,ko makan makanan seimbang, pendek kata ko dah jaga la sumenya untuk mengelak kan ko daripada dapat MACAM2 PENYAKIT. tapi kalu MENGUBATI ni,ko da dapat MACAM2 PENYAKIT barulah ko terhegeh-hegeh nak cari ubat,nak kawal sakit ko,wat rawatan sane sini. tu la BEZA dua benda ni.

bagi pandangan aku la,remaja ni kalau kita didik dgn ilmu agama,cara pergaulan dlm islam,dan semua lah yg islam dah anjurkan.INSYAALLAH,dgn izin ALLAH..kita dapat kurangkan segala masalah gejala sosial ni. tapi,klu kita biar kan,kita tak didik,kita tak tunjuk jalan dan cara yg betul,mmg CONFIRM la masalah yg kita hadapi ni tak kan berkurang sampai bile-bile.

sbb tu la kita ni kene percaya peraturan yg ALLAH dah tetapkan kat dunia ni da cukup terbaik dah. kite ni je yg tak nak ikut sume tu. bile bala bencana dah datang barulah kite nak cari jalan penyelesaian. padahal ALLAH dah bagi dah cara nak mencegah drpd bala bencana tu WUJUD. jadi,jom la sam-sama kita kembali kpd fitrah kita sbg manusia. kita perlukan ALLAH untuk mendidik kita.

p/s:MARI MENJADI HAMBA~
slogan hilal asyraf ^_^



Saturday, October 23, 2010

tanda-tanda hati kita keras

disebabkan sy sangat rajin baca iluvislam.com hari ni,jadi sy pun ambik kesempatan untuk meng'COPY' artikel ini buat peringatan kita semua. so,harap-harap ia memberi iktibar dan manfaat dalam hidup kita ye. ^_^



Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan. Ia juga adalah tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil serta ketenangan dan kebimbangan. Hati merupakan sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati.



Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan
Terutamanya malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunat. Allah telah menyifatkan kaum munafik dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran
Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali. Mereka juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberikan peringatan, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman-Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat
Segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego, individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah
Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah diperlekehkan orang lain, tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

p/s: SAMA-SAMA BERSIHKAN HATI ^_^

feeling 1



saya sedang MENABAHKAN DIRI ini. jadi,sy harapkan SOKONGAN anda  sekalian. bila dah BACA entry ringkas berbentuk PESANAN ini,silalah MEMBERI sy SOKONGAN dan DORONGAN. harap-harapnya ANDA semua MEMBANTU sy. sekian,terima kasih.

p/s: mood adalah seperti lalang...jom NAIK kan SEMANGAT sy OK! ^_^

Friday, October 22, 2010

wajib tabah!

hari ni entry LUAHAN RASA
dri semalam mmg SAKIT KEPALA
aku tak sekuat mane
tah la EMOSI MELAMPAU kot

 tapi cmne aku nak HADAPI
banyak sangat benda yg MENGASAK aku
tuk beKERJA KERAS
sume nak SETTLE minggu DEPAN 

1.test tayyarat ghair islamiyyah
2.present nahu sorof
3.kuiz matan 
4.kuiz nahu sorof
5.assignment fiqh jenayah
6.lakonan mandarin
7.oral test mandarin
8.draft tesis
9.test fiqh

senarai punye la PANJANG menjela-jela
sume GARA-GARA minggu depan minggu last kelas
pastu da START cuti 3 minggu
last skali
FINAL EXAM!


p/s: bagaikan mahu pengsan
aku WAJIB TABAH!
YA ALLAH,berikan daku kekuatan dan ketabahan
AMIN.










Thursday, October 21, 2010

award buatku! ^-^



aku agak EMOSI hari ni. disebabkan HORMON2 yg tak berapa nak stabil...aku nak lepaskan TENSION...maka aku nak mengadap la BLOG aku ni. TETIBE cik nia BAGI aku AWARD. wahhhhhhhhhh,,,cik nia dah mengKOOLkn aku skrg ni. walaupun tak bape ok lg,,pape pun TQ cik nia.

soalan-soalan yg diajukan simple je:

1.slogan nape sy suke memoriseorangpemuda?
 > setelah dinilai2 blog ni agak SEMPOI..

2.reaksi lepas dapat award ni?
> tak sangka sangat2 coz baru pas SEDEY2 tau.

3.tag 15 bogger lain


Monday, October 18, 2010

santapan

sekali lagi aku akan mencoretkan sesuatu di sini. hati berkata jari jemari menterjemah. aku lebih selesa menggunakan kata nama 'aku'. biar org nak kata apa. aku selesa begini.

santapan? benar,,,manusia perlukan santapan. bukan raja-raja sahaja yg bersantap. kita juga perlukan santapan. santapan ROHANI dan JASMANI. jom kita perhalusi satu persatu. apekah bezanya dua santapan ini?

nak tahu ape tu SANTAPAN ROHANI..macam ni ye kawan-kawan. kalau dah namanya pun rohani mestilah yg dalam2 ni.*eh2....yg dah fikir kuning tu sila ubah ye ^-^* maknanya jiwa,dalaman kita,hati kita...segalanya yg tak nampak tu. perasan tak? bila kita dah lama tak bersantap dgn SANTAPAN ROHANI ni ape jadi dgn kita. pasti kita akan rasa kekosongan dlm hidup. seolah-olah tak ada hala tuju.

 alangkah sunyinya hidup tanpanya kan

ape agaknya contoh-contoh SANTAPAN ROHANI ni...em,,misalnya kita dengarlah ceramah agama ke,baca buku-buku yg berunsur ketuhanan,solat,membaca al-quran, semua ni antaranya lah yg boleh men'genyang'kan dalaman kita yg dah lama lapar ni. cume kite je yg tak berapa nak lapar sedar kan diri. ingat lah bahawa tujuan kita hidup kat dunia ni semata-mata untuk berIBADAH kpd ALLAH. 

beralih pula kpd SANTAPAN JASMANI ye..ni tak de kaitan langsung dgn sukan-sukan ni. bila kita bercakap soal jasmani. mestilah fizikal kita kan. makan mmg keperluan sebagai seorang manusia a.k.a makhluk ALLAH kat dunia ni. SANTAPAN JASMANI la maksudnya. tapi MEMADAI lah sekadar yg PERLU sahaja. byk tau yg nabi pesan.

''makan sebelum lapar.....berhenti sebelum kenyang" ni la yg selalu dipesan kat kita. sebab ape tu? sebab bila dah kenyang melampau tahap terduduk,bersandar kat dinding. alamat nya tak de la kite-kite semua ni nak beribadah dgn penuh khusyuk n tawadhuk. tu la sebab kita tak leh makan terus-terusan sampai tak ingat sekeliling.

mmg best bila ckp pasal makan

jadi nye..dah tahu kan beza kedua-dua jenis SANTAPAN ni kan. cuma sebagai kesimpulannya..takut pulak anda semua tak paham apesal lah aku cakap pasal benda ni kan. bila kita nak laksanakan santapan rohani dalam diri kita jgn terlebih-lebih dgn santapan jasmani.

tak memasal semua kerja tak jadi. dan ketahuilah bahawa pentingnya santapan jasmani dalam diri setiap individu muslim. kalau kita nak sejahtera di dunia dan di akhirat. ^-^ ok...

p/s: aku juga sedang memperbaiki diri. sama-samalah kita.

Sunday, October 17, 2010

yalal chin meninggal dunia

ALOR GAJAH: Pelakon dan dramatis terkenal, Yalal Chin meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, Kuala Lumpur pada jam 12.15 pagi semalam akibat sakit jantung.

Allahyarham Yalal atau nama sebenar, Yalal Abu Chin, 67, sebelum ini diletakkan di bawah pengawasan rapi Unit Rawatan Jantung (CCU) HUKM selepas mengadu sakit dada ketika mengambil wuduk untuk menunaikan solat Subuh di rumahnya pada 3 Oktober lalu.
Isterinya, Suriani Mohd Yusof, 37, yang berada di sisi Yalal ketika suaminya itu menghembuskan nafas terakhir, berkata kehilangan pelakon itu memang sesuatu yang mengejutkan. 
"Cuma arwah ada menepuk-nepuk bahu saya sebagai isyarat yang mungkin membawa maksud supaya menjaga diri dengan baik jika dia pergi buat selama-lamanya," katanya ketika ditemui di Taman Paya Rumput Indah, Bertam, dekat sini semalam.

Jenazah Allahyarham dibawa dari HUKM ke Melaka kira-kira jam 3.30 pagi dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kelemak, Alor Gajah, kira-kira jam 11.00 pagi semalam. Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Wira Othman Muhamad dan isteri, Datin Wira Halimah Baba turut melawat.

Suriani yang menetap di Bandar Enstek, Sepang, berkata, dia tidak memikirkan sebarang perkara sejak arwah dimasukkan ke hospital kerana serangan jantung disebabkan doktor memberikan suaminya ubat hingga menyebabkan Yalal berada dalam keadaan separa sedar.

Katanya, arwah bukan koma cuma doktor berbuat demikian supaya dia dapat menenangkan diri, sekali gus menurunkan tekanan darah tingginya, selain percakapannya juga tidak lancar.
"Dia seorang suami yang baik dan kami banyak kenangan indah bersama. Dia juga diibaratkan sebagai tok guru atau cikgu kerana banyak memberi tunjuk ajar terutama kepada mereka yang aktif dalam bidang teater," katanya yang mempunyai 12 anak berusia 16 hingga 48 tahun hasil perkongsian hidup dengan arwah.

Yalal yang pernah muncul dalam filem Paloh dan Wanita Bertudung Hitam turut membabitkan diri dalam bidang pengarahan, pengurus produksi dan jururunding skrip. Beliau baru selesai menjalani penggambaran filem cereka, Misteri Jalan Lama arahan Afdlin Shauki, terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd itu.



p/s: BERITA INI DIAMBIL DARIPADA BERITA HARIAN ONLINE

kekuatan

di manakah letaknya?
di hati
di minda
di seluruh anggota
atau 
di sebalik 

KATA-KATA

pasti
setiap yg bernyawa ada kekuatan tersendiri
jgn dihina
jgn dipandang rendah
jgn disalah erti

KELAK
pahala melayang pergi
dosa bertimbun dibahu kiri

MAHU BEGITU?

Saturday, October 16, 2010

gunakan kelebihan yg ade ( ^^ ,)v

wahai adik2,abang2,kakak2, dan segala yg namenya manusia. Ini ade pesanan buat anda semua. Pesanan ini ditaja sepenuhnya oleh kekuatan jari-jemari utk menaip ye. harap2 anda semua bace........JGN tak bace ye.

begini, PERTAMA SEKALI...cube check diri anda. tgok la gne CERMIN ke,TANYE kwn ke,FIKIR sndiri ke.....apekah kelebihan yg anda miliki? bila dah tahu..senang la keje sy pasni..ngeee...

contohnya ye,,anda ni pandai melukis. tak kire la gne pensil ke...laptop ke..lukislah sesuatu yg boleh membantu dlm berdakwah. wlupun anda rasa tak layak, tpi ape salahnya kita mencuba. bukankah kita ini hamba ALLAH. jom kita sebarkan perkara baik yg ada dlm islam. contohnya mcm dlm blog dr.cinta kita ni..aahaaaaaaaaaa,,,kan bagus salurkan dlm bentuk begini. klu nak thu bkk blog beliau ye. http://dirikudrcinta.blogspot.com/

                                                      
tak pun,,,bakat melukis tak de pulak. mungkin anda pandai bercakap. apelah salahnya kita ckp benda2 baik. ye tak? bukan sy suruh anda bg ceramah. tapi....mulakan dgn diri kita untuk ckp yg baik2..nak pahala free tak? mesti lah nak kan...ni la namenya berdakwah pd diri sendiri..n lg bgus klu dpt wat kpd org ramai.

dan utk yg terakhir skali,,emmm....maksud sy contoh yg terakhir ye...hehe. mungkin anda pandai menulis..ye tak ye kan....menulis. blh jugak kita dpt pahala dri sini. tulis tu biarla benda yg bg manfaat kebaikan pada org lain. mcm penulis2 bahan ilmiah yg ada kat negara kita ni. tu maknanya mereka menggunakan kelebihan yg mereka ada. luahkan potensi diri anda utk mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat ye.



so..kesimpulannya....GUNAKAN KELEBIHAN  YG ADE.
untuk manfaat bersama
JOM MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

p/s semua ini peringatan buat diri sy juga. sy budak baru belajar,mana yg salah sila maafkan.

Friday, October 15, 2010

terkesima aku semalam

SEBAB inilah kali kedua aku mendengar slot ceramah oleh individu yg pd asalnya bukan beragama ISLAM. tetapi setelah diberi hidayah oleh ALLAH maka ALHAMDULILAH akhirnya mereka menjadi seorg muslim.
ohhhh,,,SUNGGUH mmg aku terlopong "terkesima" bila dengar kata-kata mereka.

tajuk yg dibentangkan semalam "KEINDAHAN ISLAM DAN KEAJAIBAN AL-QURAN,APA KATA NON-MUSIM". Beliau iaitu Brother Lim Jooi Soon telah memeluk Islam sejak berumur 27 thn.

apa yg aku nak cakap bukanlah berkaitan dgn tajuk ceramah tu. tpi tentang cara penyampaian brother Lim. beliau yg mualaf pun boleh sebut satu persatu surah n ayat dlm AL-Quran tapi kite? yg dah diberi kelebihan,lahir dlm keluarga islam pun tak mampu lg wat cmtu. bkn stakat brother Lim je, ade sorg lg iaitu ustaz shahkirit. beliau pun mualaf jgk. tapi skill lg hebat dri kita yg azali lg islam.

jadi...meh2 la kite sume yg asli lg pure lg ape lg??? meng'UPGRADE' diri kita sbg seorg ISLAM. jgn jadi islam pada nama tapi jadi lah islam yg sejati bak kata ustaz sy ye....hope2 kite sume ni boleh + mampu + kuat + gagah + DLL utk BERUBAH.

sape lagi weh........nak ubah kite??? cube ckp? DIRI KITA je yg mampu ubah. NIAT KERANA ALLAH tu penting. biar sume perbuatan diberkati. tak nak ke pahala free? bile kita niat je nak wt sstu kbaikan n wlupn tak wat lg malaikat da catat da pahala tuk kita.

ok lah,,celoteh panjang2 nti di lain entry ye... ^-^

Tuesday, October 12, 2010

kEliRu

hati sedang berbolak balik

tak tahu antara dua

kalau aku kata ya

tekanan di sana

kalau aku kata tidak

tekanan di sini

jadi

yang mana harus aku pilih?

ya atau tidak?

p/s: keliru nak balik cuti atau tak...

kemalangan ngeri 10.10.2010

malam semalam sy baca dlm akhbar

berita harian online

ketika itu disahkan hanya 11 org shj yg maut

tiada laporan dibuat di akhbar

bila baca akhbar pagi ni

kesemuanya adalah 12 org

kawasan kejadian

adalah sekitar tempat tinggal sy

gambar2 tak dpt sy upload

sbb ngeri sgt gmbar nya

sy tak ade keberanian

ambil lah iktibar drpd kejadian ni

p/s: kuasa ALLAH adalah kun fa ya kun. ingatlah semua yg berlaku atas kehendak-NYA.
AL_FATIHAH BUAT MANGSA YG TERKORBAN


Monday, October 11, 2010

temperature rising!

dah tak tahan..betul-betul tak tahan. mcm mane aku nak sabar lg. tiap-tiap hari mengadap benda yg sama.

klu anak aku tak pe jugak. tak kisah deh. ni makhluk lain tau. asal bangun pagi je ade, asal habis kelas je ade.

apelah yg ko makan ea...sampai 2 kali sehari pulak tu. klu dapat gaji tak pe jugak. ni tak. menghabiskan tisu aku setiap hari.

adoyai..................................mendidih darah ni. tapi bile fikir-fikir balik. tak dapat ape pun bila aku marah. kene terima je la.

klu ko ade akal tak pe gak. tpi kesian,ko ade otak tapi tak de akal. apelah yg patut aku buat ye??
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
DENGAN CICAK NI!!!

P/S: pecah termometer klu mcm ni je selalu.

Saturday, October 9, 2010

i'm going to kill my self!

bila tak da iman

bila hilang pedoman

bila jiwa sesat barat

bila hati sentap

ohhhhhhhhh

dah tak nampak segalanya

rasa macam nak tumbang

esok

ada tamrin balaghah lg

malah

dgn bangganya

aku!!!!!!!

TAK BACE SEPATAH HABUK PUN

p/s: kepala berpusing 360 darjah...

Friday, October 8, 2010

hajat ~

Alhamdulillah segala puji bagi ALLAH.

semalam hari terakhir utk puasa 6 (^-^) bersyukur kepada ALLAH krn masih diberi ruang dan peluang untuk beribadah kepadanya.

drpd sebelum raya lagi ada hajat di hati yg tak tercapai. bukan krn hajat tu sukar sgt cuma byk halangan-halangan yg menyebabkan hajat terbantut.

disebabkan assignment + test + kuiz + present dll menjadi penyebab sy malas nak bergerak ke pasar malam tuk sempurnakan hajat tu.

bila dah terseksa dan merana ditambah pulak dgn sedikit ruang-ruang kosong yg ada maka sy pun ingat nak la melangkah ke pasar malam smlm.

tapi akhirnya org lain yg tolong sempurnakan hajat sy.

terima kasih daun keladi kpd rumate n classmate kak izzah. diorg la yg tlg sy.hehe. jadi,smlm sy berbuka puasa dgn mereka.

dapat jugak sy makan NASI DAGANG yg dah lama sy hajat kan. ibarat mengidam la jgk. alang-alang tu, sy pesan rangka ayam n coconut shake.



NASI DAGANG tu sbnrnya rm2. tapi sgt la sikit bg sy. jadi smlm beli rm3. hambek ko........
kata nak besarkan badan. jdi,ape salahnya beli mknan byk2 kan. yg penting semua HABIS.

dgn jayanya sy menghabiskan semua itu dan ditambah pula dgn ice cream cornetto ye.

perfect! at last kekenyangan.

p/s: YA ALLAH hambamu bersyukur di atas segala pemberianmu. ameen~



Thursday, October 7, 2010

hitam putih

berkecamuk

berserabut

berserabai

berbulu lak aiiiiiiiiii

tengok soalan test tadi

adoyai

apesal la senang sangat kan

huk huk #_#

kabur biji mata ni

bila dah tahu hitam putihnya nanti

entah-entah

terkeluar pulak

air mata

p/s:mood selepas test macam lalang

Sunday, October 3, 2010

mulakan hari mu

dengan BISMILLAH

niat yg IKHLAS KERANA ALLAH

lantas

SETIAP derapan kakimu itu

adalah PAHALA

tak mahu kah engkau PAHALA PERCUMA

maka

SETIAP PERBUATAN BAIKMU ITU

berNIATlah KERANA ALLAH

sesungguhnya ALLAH ITU MAHA PEMURAH

kepada HAMBA-HAMBANYA =)

Thursday, September 30, 2010

"KCB" edisi ramadhan jadi kegilaan~

syukur ke hadrat ILLAHI...

jari ini masih mampu menari2 pada keyboard lappy ni

walaupun kepala masih sakit *toink toink




al kisah nya begini, sebelum cuti raya hari tu kawan2 sy sibuk tgok cerita kcb ni. ingatkan yg movie punya, rupa-rupanya yg edisi ramadhan. jadi dgn penuh semangatnya sy pun ambil la sampai episod 18. best jgk mase tengok kat rumah tu.

bila dah lepas raya, kawan2 sy sibuk mengalahkan menteri pulak...hehe. tengok sambungan nya sampai lah episod 39. yg sy ni masih terkedek-kedek macam itik pulang petang nak tgok. mane tak nye, jenuh mata nak tgok lama-lama.

dan sejak dua menjak a.k.a bru kot dlm 2 hari, masing-masing bersungguh-sungguh nak tgok lg sambungan nya. episod 40 sampai lah endingnya 56. cari punya cari, download punye download, adalah sorg kwn ni dah savekn dari episod 40 smpai 52.alhamdulillah...tak lah susah lgi cik mirah kita nak tunggu. dapat dia tgok kan. enjoy ye cik mirah.

nanti sy downloadkan yg selebihnya ye..

bgus gak bila ter'gila'kan cerita ni. byk memberi pengajaran pada kita. ceritanya sangat sinonim dlm masyarakat. sgt mendekatkan diri pada MAHA ESA. suke bila tgok kehidupan bermasyarakat yg nak sgt2 pada islam.

sy pun nak juga sebuah biah solehah dlm keluarga sy kelak..

doakan ye kawan-kawan..AMIN,INSYAALLAH.

Monday, September 27, 2010

susur galur raya dakwah sem 5 :P

ada yang kata: pesssss.....pesssss....ni last la kita sambut raya sama-sama...

ada yang berbunyi: owhhhhh.....pasti saya akan rindu nak beraya dgn kamu semua

ada juga yang akan bercakap: saat indah beraya bersama tak kan ku lupa

tahun ini tahun akhir kita sekelas beraya bersama. walaupun yg akhir tapi terlalu banyak kenangan yang tak dapat dilupakan. yg pahit,yg manis,yg masam,yg masin...jika tak digaulkan bersama,taklah dinamakan KEHIDUPAN kan..betul tak kawan-kawan?

hmm,,mud sedih melanda bila saya tengok semua gambar kelas kita..drpd sem 1 sampailah sem 5..kalau dapat diputarkan saat suka duka itu,,alangkah syahdunya..rasa nak papar semuanya..
ingat tak gmbar ni? masa kita sem 1...





*cute-cute lagi sume mase ni tau*


kemudian masa terus berlalu dan berlalu sehinggalah kita semua sem 3...mase tu lagi lah banyak perkara yang telah mengajar saya erti kehidupan..dan yg paling penting,,kita sama-sama lagi sambut hari raya..

tengok gambar pun dah tahu betapa kita tak akan dapat mengulang kembali kenangan ini..hanya gambar sbgai pengubat rindu di hati....betapa saya sayangkan anda semua...sahabat saya dunia akhirat...ingat lgi mase kita g raya rumah lecturer?




* wink2*

ohhhhh....dan yg ini part paling tak nak cerita sebenarnya..tpi,,apakan daya..saya cerita jugak lah..hari khamis yg lepas..adalah hari terakhir kami sambut raya sama-sama..lepas ni,,sume tu jdi bahan nak cerita kat anak cucu je la..hehe..

paling melucukan..sy dapat KAPAK BESAR a.k.a tikar mengkuang rupanya...kreatif dak2 kelas saya ni balut hadiah..sampai tak dapat teka apa isi disebaliknya..kpd smua rakan2,,terima kasih daun keladi..ada peluang,,kita beraya bersama lagi..*mungkin masa tu dah bawak anak2* :)





*masing2 lapar ni*


dan sampai sini jelah cerita saya kali ini...gambar kapak tak dapat ambil...ada sedikit masalah teknikal...harap maaf ye...hehe...


p/s: maafkan segala salah dan silap saya~

Tuesday, September 21, 2010

serangan di ambang 22 september

asyik ke sana ke mari
berbekalkan tisu sajek
air batu masih diminum
walaupun
keadaan tak mengizinkan
ahhhhhhh
SERANGAN
selepas
balik dari cuti hari raya
:
:
:
:
:
:
:
hidung yg tersumbat

tekan yang gatal-gatal nak batuk
:
:
:
:
LAGHIE2 TAK ADO AIR KEK BLOK DEN
adoyai
ni ko hadiah yg den dapek di ambang 22 september?
tak patot boto tau
sampai sakit tulang blakang den
gagho2 mengangkek air
SAMPAI TINGKAT 5!!!


p/s:SELAMAT HARI LAHIR SAYA DAN KAMU
22 SEPTEMBER 2010
*tak sangka same kan...kan...
terharunya :P

Wednesday, September 15, 2010

saya dah besar lah :D

adik bradik sy 3 org n sy adalah anak yg sulung okeh...tapi dlm rmh sy la yg paling kecik...

smlam sy timbang berat sy dan dgn sedihnya hanya 37kg sajek...klu boleh nak tepek gambar mesin tuh tapi lupe nak snap picture lorh...

dan dgn tak semena2 ade satu mase dlm tmpoh 24 jam smlm...sy tlh ditegur..."cukup tak umur 17 nih" dia ingat sy kecik ker dah besar tau...sy bkn 17 tpi bakal 20thn pd 22hb ni...

jgn dinilai diriku ini dgn saiz ku...kih3...nilai la dgn tahun lahir sy...baru la hepi sket PADAN tau...

dgn ini saya sertakan bukti2 kukuh bahawa ini lah saiz sy:






p/s: org len sibuk nak kurus tapi sy sibuk nak tambah berat :)

Friday, September 10, 2010

seLaMat HAri rAyA (^-^)



tak tersangka-sangka betul la walupun dah tahu hakikat sekejap je masa sebulan berlalu. Rindu betul nak solat terawikh lagi ngan nak buka puasa sama2 dgn kwn-kwn.
Thn ni last berpuasa kat UNISZA. Thn depan blum tentu lagi sbb tak tahu sy akan sambung blaja kat mane plak lpas ni. Sayu je rasa hati ni. eh,,dah2...esok kan hari bahagia. HARI RAYA. jgn sedih ye cik siska.

tahun ni,adik lelaki sy beraya kat surabaya. Dia ikut ayah sy balik kg kat INDONESIA. sy pun patutny kena pegi tapi tak sampai hati nak tinggalkan mak,nenek n adik perempuan sy kat kg ni. Jadi,sy beraya kat n9 jela kan..hehe..thun ni tak bape best sbb mak lang sy masuk hospital. dia sakit jantung n paru2. mak lang sy dah la tak de anak or suami jdi terpaksala nenek sy jaga kat hospital. doa sy semoga mak lang cepat sembuh n redha dgn ketentuan ILLAHI.

di HARI LEBARAN ini sy ingin mengambil kesempatan menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada sesiapa yang mengenali diri ini atas kesilapan dan kesalahan sy yang telah lalu. semoga lebaran kali ini memberikan kegembiraan buat kita semua.Maafkan sy kerana sy hanya insan biasa yg tak lari daripada melakukan kesilapan..











Sunday, September 5, 2010

tak nak hitung hari lagi

dah masuk hari ke-3
kat umah
ow,,baju raya dah ambik
kasut raya dah beli
tudung raya takkkkkkkk lagi
hukhuk
guane ni??

lagi brapa hari puasa?
lagi 4 hari yek...
sekejap je dah nak tinggal kan RAMADHAN
sedihnya
bulan ramadhan pastiku merinduimu
tak nak hitung hari lagi
sebab
tak nak tinggalkan RAMADHAN
*-*

Monday, August 30, 2010

hati-hati dengan HATI~

wahai HATI
raja dalam tubuh badan ini
benarlah
kalau ikut kata hati
kadang-kadang
boleh mati

jangan biarkan
nafsu menguasai HATI
kelak
diri terbabas
susah nak kembali
pada jalan
ILLAHI

p/s:jagalah hati~


Saturday, August 21, 2010

di manakah nilai kemanusiaan?

TERKEJUT!!

TERPERANJAT!!

TERGAMAM!!

tu la perkataan yg mampu sy ungkapkan
betapa hati ini sayu melihat seorang bayi
yg tidak bersalah
MENINGGAL DUNIA
diletak di tempat awam
dgn kesan lebam di badannya
dipercayai didera

LEBIH MENJADIKAN SY TERKESIMA
lokasi kejadian sgt dekat dgn kediaman sy
laluan sy apabila sy balik ke rmh
oh sungguh hati sy tak keruan
tempat sy bermain sejak kecil
menjadi tumpuan
bukan sebab yg baik
tapi
BURUK

di manakah nilai kemanusiaan?
di bulan Ramadhan yg mulia
tak pernahkah terpalit di hati kecil
utk memohon ampun pd ALLAH?
atas dosa2 yg kita lakukan
knp tak pernah fikir
walau mcm mana anda rasa rahsia anda akan tersimpan
pasti ALLAH akan membongkarkan
sbb perbuatan anda lebih teruk dri BINATANG
binatang pun tahu sygkan anak
ingatlah,,ramai lg pasangan diluar sana yg mahukan anak
tapi anda?
bila dah ada anak dibunuh2 pula
patutlah wujud kata2
"kalau aku tahu kau tak jadi manusia kecik2 lagi aku dah cekik2 kau,
masa kecik tak nak mati dah besar menyusahkan org"
mungkin sebab kata2 ni bayi itu diperlakukan begitu
takut2 dh besar nanti
MENYUSAHKAN.



p/s:anak2 adalah anugerah ALLAH yg tidak ternilai
anak2 permata ayah bonda
merekalah yg akan mendoakan kita kelak

Wednesday, August 18, 2010

sedar kah atau separa sedar atau tak sedar langsung?

sejak beberapa hari lepas
banyak kes kemalangan yg berlaku
banyak kes melibatkan kekeluargaan terjadi
banyak juga kes pembuangan bayi
hari ini masih dengan berita yang sama
kemalangan dan pembuangan bayi

apakah tindakan susulan kita semua
tidak ada permuafakatan langsung
alangkah bagusnya kita adakan forum perbincangan
ttg masalah pembuangan bayi
kita ambil tahu pendapat rakyat
kita guna pakai jika ia bermanfaat
biar negara kita selamat

malaysia aman?
saya rasa belum dari segi dalaman
masih banyak kepincangan
sebab idea rakyat tidak diperlukan
itu hakikatnya untuk ditelan
sebab itu banyak masalah tidak dapat diselesaikan
hanya pemberitahuan tanpa tindakan susulan

sy berharap ada pihak tampil kehadapan
agar masalah negara kita dapat diredakan
semua harus bermula dari penerapan nilai keagamaan
barulah aman institusi kekeluargaan
tiada lagi bayi yang ditinggalkan

sedar ke
separa sedar ke
tak sedar langsung

kita ni golongan yang mana?
sama-sama lah kita fikirkan
yang berat sama dipikul
yang ringan sama dijinjing
muafakat membawa berkat
negara aman selamat

p/s:sebarang kekasaran bahasa harap dimaafi..



Saturday, August 14, 2010

bila kita tak kenal PENCIPTA~

hari ni baca entry kak long
ada satu nama yg kat c2
salleh grego samsa
ingat kan ape la
skali selidik punye selidik
amat bagus bahasanyadi facebook itu
moga ALLAH memberi petunjuk dan hidayah padanya
banyak faktor yg jdi penyebab dia jadi begitu
jgn lah kita menuding jari dan menghinanya
sepatutnya kita berusaha mencari jalan
untuk mengubah pandangannya
"sesungguhnya tidak beriman seseorang itu
sehingga dia mengasihi saudaranya
sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri"
bila ALLAH kata kunfayakun
maka itulah kejadiannya
hari ini hari dia
jgn sampai esok
hari kita pula
jauhkan mengumpat ttg dirinya
sebaliknya marilah kita mengambil iktibar
dan mencari jalan penyelesaian
agar individu sepertinya
TERHAPUS