Fill up this form :) tq.

Name:
Facebook Email Address:
Phone Number
Address
How can I help you? Lose weight
Gain weight
Improve health / skin problem
Healthy breakfast
Business opportunity

Form provided by Freedback.

Monday, August 30, 2010

hati-hati dengan HATI~

wahai HATI
raja dalam tubuh badan ini
benarlah
kalau ikut kata hati
kadang-kadang
boleh mati

jangan biarkan
nafsu menguasai HATI
kelak
diri terbabas
susah nak kembali
pada jalan
ILLAHI

p/s:jagalah hati~


Saturday, August 21, 2010

di manakah nilai kemanusiaan?

TERKEJUT!!

TERPERANJAT!!

TERGAMAM!!

tu la perkataan yg mampu sy ungkapkan
betapa hati ini sayu melihat seorang bayi
yg tidak bersalah
MENINGGAL DUNIA
diletak di tempat awam
dgn kesan lebam di badannya
dipercayai didera

LEBIH MENJADIKAN SY TERKESIMA
lokasi kejadian sgt dekat dgn kediaman sy
laluan sy apabila sy balik ke rmh
oh sungguh hati sy tak keruan
tempat sy bermain sejak kecil
menjadi tumpuan
bukan sebab yg baik
tapi
BURUK

di manakah nilai kemanusiaan?
di bulan Ramadhan yg mulia
tak pernahkah terpalit di hati kecil
utk memohon ampun pd ALLAH?
atas dosa2 yg kita lakukan
knp tak pernah fikir
walau mcm mana anda rasa rahsia anda akan tersimpan
pasti ALLAH akan membongkarkan
sbb perbuatan anda lebih teruk dri BINATANG
binatang pun tahu sygkan anak
ingatlah,,ramai lg pasangan diluar sana yg mahukan anak
tapi anda?
bila dah ada anak dibunuh2 pula
patutlah wujud kata2
"kalau aku tahu kau tak jadi manusia kecik2 lagi aku dah cekik2 kau,
masa kecik tak nak mati dah besar menyusahkan org"
mungkin sebab kata2 ni bayi itu diperlakukan begitu
takut2 dh besar nanti
MENYUSAHKAN.



p/s:anak2 adalah anugerah ALLAH yg tidak ternilai
anak2 permata ayah bonda
merekalah yg akan mendoakan kita kelak

Wednesday, August 18, 2010

sedar kah atau separa sedar atau tak sedar langsung?

sejak beberapa hari lepas
banyak kes kemalangan yg berlaku
banyak kes melibatkan kekeluargaan terjadi
banyak juga kes pembuangan bayi
hari ini masih dengan berita yang sama
kemalangan dan pembuangan bayi

apakah tindakan susulan kita semua
tidak ada permuafakatan langsung
alangkah bagusnya kita adakan forum perbincangan
ttg masalah pembuangan bayi
kita ambil tahu pendapat rakyat
kita guna pakai jika ia bermanfaat
biar negara kita selamat

malaysia aman?
saya rasa belum dari segi dalaman
masih banyak kepincangan
sebab idea rakyat tidak diperlukan
itu hakikatnya untuk ditelan
sebab itu banyak masalah tidak dapat diselesaikan
hanya pemberitahuan tanpa tindakan susulan

sy berharap ada pihak tampil kehadapan
agar masalah negara kita dapat diredakan
semua harus bermula dari penerapan nilai keagamaan
barulah aman institusi kekeluargaan
tiada lagi bayi yang ditinggalkan

sedar ke
separa sedar ke
tak sedar langsung

kita ni golongan yang mana?
sama-sama lah kita fikirkan
yang berat sama dipikul
yang ringan sama dijinjing
muafakat membawa berkat
negara aman selamat

p/s:sebarang kekasaran bahasa harap dimaafi..



Saturday, August 14, 2010

bila kita tak kenal PENCIPTA~

hari ni baca entry kak long
ada satu nama yg kat c2
salleh grego samsa
ingat kan ape la
skali selidik punye selidik
amat bagus bahasanyadi facebook itu
moga ALLAH memberi petunjuk dan hidayah padanya
banyak faktor yg jdi penyebab dia jadi begitu
jgn lah kita menuding jari dan menghinanya
sepatutnya kita berusaha mencari jalan
untuk mengubah pandangannya
"sesungguhnya tidak beriman seseorang itu
sehingga dia mengasihi saudaranya
sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri"
bila ALLAH kata kunfayakun
maka itulah kejadiannya
hari ini hari dia
jgn sampai esok
hari kita pula
jauhkan mengumpat ttg dirinya
sebaliknya marilah kita mengambil iktibar
dan mencari jalan penyelesaian
agar individu sepertinya
TERHAPUS

Wednesday, August 11, 2010

al-kisah hikayat gigi~


Semalam nak cerita memang tak sempat. Hari ni ada peluang di depan mata. Memang rasa nak luahkan. Teringat zaman kecik2 masa pegi check gigi. Ohhhhh,,,,,indahnya saat itu. Jgn harap nak dapat peluang tu lagi. Bila dah besar ni semua kena uruskan sendiri. Tak de sape nak take care melainkan DIRI SENDIRI la...memang semput la time ni. Lagi2,sy yg amat tidak mempunyai lesen dan kenderaan. Sgt susah nak bergerak.

DAh2,,melalut pulak..sebenarnya dari hari tu gigi ni semacam je. G tanye klinik gigi swasta kat bandar kuala terengganu tu...chettt...........ade ke rm60. *-* berpinar mata den donga hargo ea. Sabar je la tunggu lg beberapa hari. At last,ade gak kwn yg baik hati menghantarkan ke klinik kerajaan. #khas tuk mirah..thanks my friend. Tapi....penuh kekesalan di klinik kerajaan tu.

SAYA RASA KLINIK KERAJAAN PATUT LAKUKAN PERUBAHAN
maleh den nak koba an apo yg ekau patut buek
LU PIKIR LA SENDIRI
bak kato NABIL

Hati dah sebak dah. Jiwa dah gundah. Kalau tak dapat check gak pe masalah gigi ni sy mmg tak leh wat ape. Asyik fikir jek. Jadi,mirah pun bawak g klinik gigi swasta kat batu enam. Suke sebab doktor tu perempuan. Kat dlm klinik sy pulak lg lebih drpd dr tu. Padahal dia lg tahu mane gigi sy yg bermasalah. Rupa2nya gigi sensitif la. Tu yg rasa SENGAL je memanjang. Alahai gigi...time2 mcm ni la engko nk tuan tanah kedaung ni keluarkn duit utkmu.

Tapi yg bagusnya service ok tau. Tak la mahal cm kat bandar tu. ALHAMDULILLAH, gigi dah ok sekarang. Kene jaga elok2 lps ni. TAK MAU G KLINIK GIGI LG.. Malula sbb dah besar2 pun tak reti2 jaga gigi. Semua sebab gigi.

~hujan pada hari pertama berpuasa, mcm mana nak beli makanan ni.
sy tak da payung la.


ku merindui kehadiranmu~


hadirmu tanpaku sedari
menggamit kasih cinta bersemi
hadir RAMADHAN amat dinanti
anugerah dari ILLAHI

hari ni walaupun penat
tetap jua pegi TARAWIKH
alhamdulillah
nikmat iman dan islam
masih tetap bersamaku
semoga ALLAH
merahmatiku

doaku jua agar
ku dapat teruskan setiap hari
solat TARAWIKH
tanpa bosan dan jemu
INSYAALLAH

kepada semua kawan-kawan
yang mengenali diri ini
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

ahlan wasahlan ya ramadhan
disini ku ketahui kemampuan diri ini
disini ku sedari kelemahan selama ini
ku harap dapat ku perbaiki
agar kehidupanku lebih disinari
cahaya sang pelangi
riang berwarna-warni





Friday, August 6, 2010

tunggang langgang 1

bila badan rasa tak sedap
sejak dua hari lepas lagi
sume kerja tak menjadi
asyik menagih ubat demam je
sampai orang muak jelak
tengok muke yg sama mintak
........ngee........
thanks my housemate semua
tolong bagi ubat
tolong beli mihun sup sedap kafe tu
no wonder la sy sayang anda semua
hope akan sihat esok
sy tak suke begini
nak buat ape pun tak seronok
apatah lagi nak menjamah air sejuk
outchhhhhhhhhh
ku rindu ais lemon tea makcik kafe
sy mahu sihat seperti BIASA..


Thursday, August 5, 2010

conteng 1

pening
buntu
tertekan
keliru

apekah semua ini?
aku tak tahu
aku benci
menghadapinya

what goes around
comes around
i feel it first
u feel it back

kemudian
baru kau tahu
betapa peritnya perasaanku

YA RABB..
AKU BERLINDUNG KEPADAMU


Tuesday, August 3, 2010

akukah yang terPILIH

selayaknya DIA menentukan
atas segala perjalanan di tanah rata ini
kita melangkah mengikut derapan kaki
menabur seribu perbuatan di sini
terkadang kita jatuh
lalu bangkit kembali
terkadang kita teguh
sehingga terlupa melihat kanan dan kiri
apakah kita selamanya berkuasa
mungkin esok kita kecundang
di tanah rata ini

hidup ini bagaikan roda
terkadang di atas
terkadang di bawah
untuk berada di tingkat mana
di tanah rata ini
semestinya DIA lebih mengetahui
siapakah yang terPILIH?







Sunday, August 1, 2010

_: terkenang-kenang :_

kali pertama sy pandang..
sy terus jatuh hati..
masa tu sy tingkatan 3..
sy nak sangat dekat padanya..
sy ingat sy tak mampu..
rupanya,,sy berjaya..
dengan
CUBAAN PERTAMA
:
:
:
:
:
:
:
DEBAT DALAM KENANGAN



sy rindu dengan debat..
dunia sy sejak sekolah lg..
masa sekolah sy mesti jdi first speaker..
tak nak jadi yang lain..
bila masuk u..
sy beralih arah..
jadi second speaker..
tapi tu cerita lama..

sy berehat seketika..
entah bila baru hati terbuka..
untuk berdebat semula..