Fill up this form :) tq.

Name:
Facebook Email Address:
Phone Number
Address
How can I help you? Lose weight
Gain weight
Improve health / skin problem
Healthy breakfast
Business opportunity

Form provided by Freedback.

Monday, November 29, 2010

horrreeeeeeyyyy!!!!

perangai apakah ini
oooohhhhh terujaaaaanyaaaa
kenapa ni
sukaaaaa terlebihhhhhh
ehhhh jangan suka sangatttt
beluuuummmm lagi la
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
kalau memang dah dasar tak sabar-sabar tu
memang macam ni la perangai
issshhhh....isssshhhh.....issshhhhh
ubah la wehhh
sebenarnyakan
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
FINAL EXAM HABIS ESOK

p/s: klu dasar tak sabar2 tu..semua nak cakap awal2...jgn lupa tesis ye...
tengah tunggu tu...dushhh..adehh...lupa daaa...TESIS ku...

Sunday, November 28, 2010

award BEST blog =)

ALHAMDULILLAH
segala puji bagi ALLAH
sila lawat blog dia okeyh?
sebab dia yg bagi sy award ni
hehe

buka je blog
terus tengok shoutbox
sapelah yg sudi singgah blog saya
yang tak seberapa ni
tup2 dapat award BEST blog nih


blog aku ni tak ada yang BEST pun
blog ni cuma tempat aku nak meluahkan segala perasaan aku
apa yang hati aku ada terdetik tu
aku pun tulis kat sini
ada jugak yang sudi memberi komen n nasihat
aku suka sangat bila korang para blogger ni bagi respon
kawan2 di alam maya pun ok pe?
betul tak..hehe

okeyh la ye
so,,aku nak bg award ni pada yg jadi FOLLOWER aku.
bila korang-korang yg dah follow aku tu nampak je entry ni
pe lagi kan
cepat-cepat respon komen kat entry ni ye
dan terus amek award tu
^_^

p/s: terima kasih daun keladi..lain kali bagi award lagi tauuuuuu...  

Saturday, November 27, 2010

macam mana hidup tanpa dugaan?

pada malam yg hening ni,,tiba-tiba aku rasa macam nak membebel pasal benda ni. aku pernah pergi satu program tu,,ingat lagi kata-kata tuan penceramah.."hidup ni macam main bola sepak..kalau tak ada pihak lawan tuk bersaing dengan kita..tak ada makna lah gol tu" ibaratnya..bila main tu tak ada pesaing,,tak ada rintangan dan cabaran,,maka tak seronok lah bermain kan. 

masalah,dugaan,ujian,musibah atau sewaktu dengannya tu adalah perencah dalam kehidupan kita. bayangkan bila kita tengok cerita kan,,jalan ceritanya dari mula sampai akhir tak ada konflik langsung dan terus tamat. konfirm sampai bila-bila pun kita menyampah dengan cerita tu. sebab cerita tu tak ada perencahnya. tawar dan hambar je.oh,,anggaplah masalah itu sebagai sesuatu yang positif. itu adalah kata-kata pakar motifasi ye.

tapi aku tetap aku. sebagai manusia biasa aku juga tak lari dari menghadapi pelbagai masalah dalam hidup. dari masalah keluarga,masalah kawan-kawan,masalah belajar,masalah perhubungan dan masalah masalah lain. tetap akan aku,kamu,mereka dan sesiapa sahaja hadapi. dan sebenarnya aku sedang dalam dilema.
blog ini juga lah jadi tempat aku meluahkan rasa. =.=


kusut..aku betul-betul sedang kusut. aku tak tahu macam mana nak menghadapinya. aku cuba menjadi positif,,tapi aku tak berdaya. aku tetap mengalirkan air mata. hati ini hanya aku yang tahu. perasaan ini hanya aku yang tanggung. apa salah aku? tak boleh ke aku nak menikmati sebuah kebahagiaan. kesian lah pada aku. sejak kecil asyik melihat kehancuran di depan mata. aku fobia dengan keadaan itu. aku tak nak merasainya. perit....teramat-amat perit.

~ sampai bila harus begini..aku sedar ujian datang dan pergi..namun aku perlukan ruang untuk mengecapi sebuah kebahagiaan juga. YA ALLAH,,berikan daku kebahagiaan.

Thursday, November 25, 2010

berapa lama lagi nak SABAR ni?

semenjak hari ahad MALAM hari tu
sampailah ke hari INI
walau setitik pun AIR memang tak keluar 
agak-agaknya sampai bila la blok aku ni tak ada AIR

setiap hari memang bangun AWAL
pukul 5 pagi aku dah macam orang KURANG siuman
mencari-cari AIR di merata-rata tempat
ohhhhhh AIR muncul lah dikauuuuuu

minggu ni musim aku FINAL EXAM
masa-masa macam ni la nak dapat DUGAAN
MENCABAR betul kehidupan aku
aku jadi seorang yang menghargaiiiiiiii AIR

berapa lama lagi nak SABAR ni?
kaki aku dah mula CRAMP bagai
aku duk tingkat LIMA ye
tak tertahan KUDRATKU asyik nak turun naik

 benda paling BEST yang aku tengok
ramai yang TADAH air hujan
siap MANDI lagi dengan air hujan tu
berebut nak DAPATKAN air hujan 

tanpamu AKU rasa berpeluh-peluh setiap hari
nak MINUM air pun kena catu
nak MELEPAS HAJAT pun terbantut-bantut
semuanya gara-garamu duhai AIR


~datanglah kepada ku WAHAI AIR
den da ponek tunggu ha......
ketiadaanmu mengajarku ERTI SYUKUR

Tuesday, November 23, 2010

jom join hatikuhati getah giveaway

hari tu baru je kena tag
ni ada tag baru lagi
pape pun thanks ye nuruladhar 
tu tandanya ada org ingat kat aku
sbb tu kena tag
ahaaakkkkssssss O-o

aku bukan tak nak tag kat nama-nama tertentu
tapi aku nak bagi peluang kat semua
baik tak aku
haha
so,sesiapa yg rasa nak join contest ni
sila ke blog cik hatikuhatigetah ye

sebelum aku jawab tag ni
kamu-kamu semua boleh la tengok syarat-syaratnya ye
dah tahu baru buat ye tak?

TERBUKA PADA SEMUA BLOGGER LELAKI & PEREMPUAN
Syarat-Syaratnya : 

  1. Wajib jadi FOLLOWER hatikuhatigetah, yang dah jadi follower pon boleh join :-)

  2. Wajib letak Banner nih kat SIDEBAR kamu.
  3. Reka lah SLOGAN sikit.. Hati ku hati....(tak lebih dari 12 patah perkataan) **contohnya : hati ku hati maggi sebab aku suka makan maggi.

  4. Boleh TAG member-member, ramai lagi best kan !!

SAMPAI 30 NOVEMBER 2010
**JANGAN LUPA TINGGAL LINK ENTRY ANDA KAT SINI**
http://hatikuhatigetah.blogspot.com/

dan sekarang adalah masanya untuk menjawab tag ini ye
aku ni agak kekurangan idea
jadi bila dah fikir-fikir
ini kot slogan terbaeeeeeeeeeekkkkk punyeeeeeeeee dari aku
:
:
:
:
:
:
:
:

" HATIKU HATI AIR BATU KERANA AKU MUDAH TERSENTUH DAN MENANGIS"

knp aku kaitkan dengan air batu? sebab,,,air batu kan mudah cair. cmtu lah jugak hati aku ni. sikit-sikit menangis. huhu. bila la nak jadi kuat ni cik siska oiiii. uweeeeeeeekkk...uweeeeeeeeekkk...macam baby baru lahir tu..aku memang mudah mengalirkan air mata. agak-agak klu aku ni pelakon kat tv tu,da lame kot terkenal sebab dapat gelaran primadona air mata. kire aku boleh je buat air mata aku mengalir. sesaje nak menangis boleh tak?

http://www.emocutez.com

p/s: ingat tak penat ke menangis...tapi dah jadi cm hobi la pulak..hehe ^_^

Sunday, November 21, 2010

ada apa dengan manusia?

YA!!
manusia punya HATI dan punya PERASAAN
apabila seorang manusia tidak diperlakukan seperti manusia
apakah perasaan manusia itu?
memang MENYAKITKAN

pernahkah anda DIBENCI manusia
dibenci oleh manusia yang tidak lagi MENGENALI anda sepenuhnya
PERIT bukan?
terasa seperti diri begitu HINA

bayangkan anda yang BERADA dalam keadaan itu
RASA kan pula keperitannya
anda selalu mengingatkan orang di CORETAN anda sendiri
tetapi ANDA juga seperti itu
bagaimana?

kita semua manusia BIASA
tidak ada TAHAP yang membezakan kita
melainkan KEIMANAN dan KETAQWAAN
  tidak akan ke mana-mana SOMBONG itu
melainkan TERKENA diri sendiri
ketika itu KETAHUI lah
LANGIT TIDAK SELALUNYA CERAH~

p/s: act,aku nak kata yang kita ni tak boleh sombong dalam hidup,selagi kita tak kenal seseorang tu jgn la wat sombong bongkak kan..cube ko plak yang rasa bila orang sombong bongkak dgn ko? tak ke menyakitkan tu.
so,,cuba la kita menerima orang yang ada di sekeliling kita walaupun sukar. pape pun benda ni tak ditujukan kepada kawan-kawan kelasku ye..^_^

"kids & baby photo contest"

saya masih dalam mood exam..tapi cik nadzirah abd halim telah men'tag' saya tuk contest ni ye
jadi tanpa segan silu saya tetap join contest ni 
walaupun buku masih banyak yang menunggu saya 
huhu
banyak lagi tak bace wehhhhhh.......

so,ini senarai insan-insan terpilih tuk contest kali ni.
hope korang join okeh.
jangan malu jangan segan
kepala aku masih serabut
hati aku masih tak pulih
tapi ini salah satu cara
nak hilaaaaaaaaaaaaaannggg stresssssssssss!!!!

1.cik alina
2.cik salwan
3.cik seha
4.cik suhaila
5.cik najihah
6.cik masyitah
7.cik aina
8.cik nadzirah mat khairuldin

syarat -syarat penyertaan.

1. anda mesti menjadi follower blog kedua saya. http://sweetlikekisses.blogspot.com.Selepas ini pemenang akan di umum di blog baru:)..

2. anda mesti tag kepada 8 orang maksimum.tidak boleh kurang.dan bila anda telah tag anda mesti inform pada kawan anda yang mereka telah ditag.:)

3. letakkan banner contest di sidebar anda.

4. anda mesti sertakan satu gambar.tidak kisah gambar anda zaman baby,zaman anda budak budak,gambar adik anda,gambar anak anda,gambar anak saudara anda..

5. hantar link entry anda didalam kotak komen entry contest ini.

6.mesti mulakan title entry dengan nama contest.

7. wajib diberitahu didalam entry tentang contest ini dan hadiah yang bakal diberi kepada pemenang.


tarikh tutup sehingga  30 november 2010 .tetapi terpulang pada saya jika hendak menamatkan tarikh lebih awal:)..so be alert!:)


hadiah yang bakal dimenangi ialah earring dari lazo diamond jewellery.white gold.


mula-mula skali tuk kids & baby photo contest ni confirm la kena letak gambar banner dlukan
ni banner tuk contest ni ye,,wahhh....gambar zaman dulu-dulu la...
like like...^_^


dan ini pula gambar yang saya pertaruhkan
tetttttt
:
:
:
:
:

ini adam
aku amek gambar ni mase tahun 2008 ye..
mase ni aku keje babysitter sebelum aku sambung belajar
ini budak memang manyak degil
tengok muka pun dah tahu
otaiiiiiiiiiiii punyeeeeee
^_^

p/s: aku memang suka budak-budak.

Saturday, November 20, 2010

final exam 2010

di sini saya cik siska menyusun sepuluh jari 
memohon maaf di atas kesalahan dan kesilapan saya
selamat menempuh final exam buat kawan-kawan
semoga kejayaan milik bersama
ameen~


p/s: YA ALLAH berikanlah kejayaan kepada kami semua.

Friday, November 19, 2010

aku bersyukur dan bersujud padaMU~

malam tadi dengan berat hatinya aku meninggalkan KPJ
umi beransur sihat
hatiku tenang bila doktor cakap
umi dah boleh minum banyak mana pun
umi punya progress makin bagus

aku bersyukur YA ALLAH
aku bersujud padaMU
dugaan yang Engkau berikan pada umi mmg berat
tapi Engkau berikan umi peluang lagi
tetapkan hati umi untuk tabah

semoga bila aku balik semula ke N9
keadaan umi menjadi lebih baik lagi
aku harapkan ALLAH berikan yg terbaik buat umi
AMEEN~

Thursday, November 18, 2010

Wednesday, November 17, 2010

Insyaallah~

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way

makna sebuah aidil adha



Makna Hari Raya Aidiladha Makna Hari Raya Aidiladha


Aidiladha dikenali sebagai Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji dirayakan di seluruh dunia.. Ia merupakan hari raya yang terbesar di dalam islam selain Aidilfitri. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah..
Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi Hari Raya Korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua. Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban.Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.
Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin. Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

Sumber : Wikipedia

p/s: kadang-kala kita perlu korbankan jiwa dan raga demi insan-insan yang kita sayangi. YA ALLAH,lindungilah mereka yang kusayangi itu. Berikan mereka kekuatan di atas dugaan yang ENGKAU berikan.

aku bukan siapa-siapa tapi aku risau jugak part 8

alhamdulillah
hati ini lega sedikit walaupun aku masih bersedih
petang tadi umi dah pindah dari ICU ke HDU
kira macam semi ICU lah
suara umi semakin jelas aku dengar
bila progress umi semakin bagus aku benar-benar bersyukur 

 YA ALLAH 
aku panjatkan rasa syukur ini kepadamu
aku masih menghitung hari
bila pula umi nak operate tuk kali ke 3
di bahagian belakang kepalanya
semoga pembedahan itu nanti berjalan dengan lancar
maybe aku tak sempat nak bersama ketika itu
FINAL EXAM menantiku pula

p/s: SELAMAT HARI RAYA HAJI~

Monday, November 15, 2010

aku bukan siapa-siapa tapi aku risau juga part 7

sejak malam semalam aku tunggu kak long datang
akhirnya tepat pukul 12 lebih malam sampai jugak kak long
aku palinh risau kalau kak long menangis teruk
tapi kak long memang tabah
dia tahan je dan sanggup senyum depan adik-adik sume
bersabar ye kak long
ALLAH menguji UMI sebab ALLAH sayangkan UMI

aku tidur kat sini sejak semalam
aku memang menunggu pagi tadi tiba
aku nak tengok progress UMI
alhamdulillah...aku panjatkan kesyukuran kepada ALLAH
hari ni aku dapat dengar suara UMI
hati aku jadi sayu
aku tengok UMI tunjuk kat nurse tu anak saya 6 org
memang UMI sedang kuatkan dirinya untuk sembuh

ayah,kak long dan angah memang kuat sangat
mereka memang tak tunjuk pun kesedihan yang ada kat depan orang lain
aku memang kagum dengan mereka ni
kalau aku yang diuji begitu
hanya ALLAH sahaja yang tahu ketika itu
betapa sedihnya hati aku

YA ALLAH
Engkau lindungilah keluarga ini
Engkau berkatilah keluarga ini
Engkau berikan mereka kegembiraan 
selepas segala kesukaran ini
Sesungguhnya Engkau lah yang telah menentukan 
setiap sesuatu yang berlaku itu
AMIN YA ALLAH~

Sunday, November 14, 2010

aku bukan siapa-siapa tapi aku risau jugak part 6

aku sekarang ada kat KPJ seremban
aku datang dengan mama angkat aku dengan suaminya
3 kali aku tengok umi
aku salam umi masa pertama kali aku masuk
kali kedua aku masuk umi genggam tangan aku 
masa tu aku cakap 'umi kuatkan diri ye'
kali ketiga pula aku datang tuk tutup rambut umi

aku lagi sayu masa tu sebab umi nak air
umi pegang dada dia
nurse tu cakap 'sabar ye puan hasnah'
pagi esok baru boleh minum air 
memang mase tu jugak aku rasa nak menangis
teruk betul perasaan aku

nanti umi kena operate lagi tuk kali ke 3
di bahagian belakang kepala umi
besar betul ujian umi 
ALLAH tidak akan menguji hambanya
melainkan untuk meNILAI
sejauh manakah keTAATAN kita
sebagai HAMBANYA

aku bukan siapa-siapa tapi aku risau jugak part 5

alhamdulillah
aku bersyukur kepada ALLAH
pagi tadi angah mesej aku dalam pukul 7.20 pagi
angah kata umi dah sedar tapi tak boleh bercakap lagi
umi pakai alat bantuan pernafasan katanya

aku sedikit gembira bila dapat tahu umi dah sedar
tapi dalam masa yang sama aku masih bersedih 
angah kata umi kena operate lagi di bahagian belakang kepala umi
tapi kena tunggu umi stabil dulu

aku tak berapa faham kenapa umi kena operate lagi
besarnya ujian yang umi hadapi
hari ini aku dengan mama angkat aku 
nak pergi tengok umi
harap-harap aku tak menangis masa tengok umi nanti

angah aku janji pada mu
bila aku dah habis final nanti 
aku tolong jaga umi ye aku tolong mana yang aku mampu
aku tak nak kau risau,kau kan nak sambung belajar
angah! kuat kan dirimu demi keluargamu

Saturday, November 13, 2010

aku bukan siapa-siapa tapi aku risau jugak part 4

terasa seperti ada beban di kepalaku
sungguh aku begitu tak tenang
solat hajat,doa,dan bacaan surah yasin 
menjadi kekuatan aku hari ini untuk umi angah

umi angah dah keluar dari bilik operation
ada internal bleeding 
ini operation kali ke 2 
alhamdulillah umi selamat tapi masih tak sedar lagi

YA ALLAH
permudahkanlah diri umi untuk sembuh sepenuhnya
jadikan umi kuat dan tabah dengan ujian ini
hanya padaMU aku memohon pertolongan

aku bukan siapa-siapa tapi aku risau jugak part 3

tadi angah mesej aku.
angah kata umi kena transfer kat KPJ
umi angah asyik muntah-muntah je
bila makan n minum
aku betul-betul tak boleh tumpu belajar sekarang ni
aku risau sangat
ya ALLAH permudahkanlah segala urusan kami
umatmu ini

aku lagi sebak bila angah kata dia tak cukup rehat
asyik lap muntah umi malam tadi 
angah itu angah ini angah lah segalanya
ya angah!
kamu orang penting dalam keluarga
walau apa pun yang terjadi
kamu MESTI KUAT untuk menghadapinya

angah tak boleh tunjuk kesedihanmu
semalam angah ada mesej kata dia letih sangat
angah kata dia nak menangis tapi tak dapat
aku kata pada angah
menangislah dengan aku
aku sedia berada di sisimu angah
banyak sungguh pertolonganmu padaku
tak kan lah untuk keluargamu
aku tak boleh membantu?

angah,
aku nak kau tahu
aku akan tetap berada dekat dengan kamu
walaupun dalam senang atau pun susah
itu janjiku padamu angah.

aku bukan siapa-siapa tapi aku risau jugak part 2

hari ni dah ada berita penuh kemalangan semalam. berita pelbagai versi okeh. yg penting umi angah sebenar nya lewat 40-an. dan dua org kanak-kanak itu adalah anak umi. anas berumur 13 thn dan amai berumur 10 tahun. fakta harus tepat ye. jangan main rencah-rencah. nanti timbul fitnah. bukan semuanya dihantar ke hospital tuanku jaafar seremban. umi angah ada di salam specialist hospital di senawang.

ini berita penuh kejadian semalam versi UTUSAN MALAYSIA

"Kereta putus dua, anggota polis selamat"

KUALA PILAH 12 Nov. – Seorang anggota polis terselamat walaupun kereta jenis Proton Wira dipandunya terputus dua dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Jalan Seremban-Kuala Pilah dekat Bukit Putus di sini hari ini.
Kejadian berlaku pukul 9.20 pagi ketika mangsa yang berusia 25 tahun dan hanya ingin dikenali sebagai Amir, memandu keretanya menghala ke Seremban.
Kereta dipandunya itu dikatakan terbabas kerana keadaan jalan yang licin akibat hujan dan berpusing beberapa kali sebelum dirempuh sebuah Proton Gen2 dinaiki seorang wanita dan kanak-kanak dari arah bertentangan.
Berikutan rempuhan itu, kereta berkenaan terputus dua. Bahagian hadapannya terpelanting di laluan arah Seremban, sebelum dirempuh sebuah lagi kereta Proton Wira yang dipandu seorang wanita dipercayai sedang mengandung.
Seorang saksi, Saparul Kamal Othman, 44, berkata, dia dalam perjalanan menuju ke Seremban dan ternampak kereta Proton Wira di hadapannya tiba-tiba terbabas lalu berpusing beberapa kali.
“Kemudian saya nampak kereta itu melintang di tengah jalan dan pada masa itulah, sebuah kereta Proton Gen2 dari arah bertentangan merempuhnya, menyebabkan bahagian hadapan Wira tersebut putus dua.
“Serpihan kenderaan itu pula dilanggar sebuah lagi kereta jenis Proton Wira yang dipandu seorang wanita dari arah Kuala Pilah,” katanya.
Berikutan itu, dia segera memberhentikan kenderaan dan membantu mangsa yang cedera dalam kereta Proton Gen2 dan Proton Wira yang dinaiki wanita berkenaan.
“Saya kemudian menghubungi pasukan penyelamat dan kesemua mangsa yang berjaya dikeluarkan dari kereta yang remuk itu telah dibawa oleh orang awam ke hospital.
“Seorang wanita berusia 50-an bersama seorang budak lelaki berusia belasan yang menaiki kereta Proton Gen2 itu dilihat mengalami kecederaan pada kaki dan kepala.
“Pemandu Proton Wira yang melanggar serpihan bahagian hadapan kereta yang terputus dua itu pula dilihat cedera pada bahagian dadanya,” kata Saparul.
Walaupun kereta dipandu anggota polis itu terputus dua, mangsa cuma mengalami kecederaan ringan pada tangannya.
Sementara itu, Amir berkata, dia masih terkejut dengan kemalangan yang menimpa dirinya.
“Kereta yang saya pandu tiba-tiba tidak dapat dikawal dan berpusing beberapa kali sebelum melanggar sebuah kereta Proton Gen2. Saya tidak tahu apa berlaku kerana jalan licin.
“Saya terkejut kerana kereta ini terputus dua. Alhamdulillah, saya tidak mengalami kecederaan serius,” katanya yang masih trauma dengan kejadian itu.
Berikutan kemalangan tersebut, berlaku kesesakan yang teruk di laluan menghubungkan Seremban dan Kuala Pilah.
Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah ketika dihubungi memberitahu, siasatan berhubung kemalangan itu sedang dilakukan.

dan yg ini pula berita penuh kejadian semalam versi METRO

"Kereta putus dua, pemandu hanya cedera ringan"

KUALA PILAH: Ibarat berpantang maut sebelum ajal, seorang anggota polis hanya cedera walaupun keretanya putus dua dalam kemalangan di Jalan Seremban-Kuala Pilah berdekatan Bukit Putus di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.20 pagi itu, kereta Proton Wira yang dipandu anggota polis berusia 20-an itu dikatakan terbabas akibat jalan licin berikutan hujan renyai-renyai.

Saparul Kamal Othman, 44, yang menyaksikan kejadian itu berkata, dia melihat Proton Wira berkenaan yang berada di depannya tiba-tiba hilang kawalan dan berpusing beberapa kali sebelum melintang ke tengah jalan. Saparul yang dalam perjalanan dari Kuala Pilah ke Seremban, berkata sebuah kereta Gen2 yang dipandu wanita berusia 50-an, iaitu seorang guru besar bersama seorang lelaki berusia belasan tahun dari arah bertentangan, kemudian merempuh kereta anggota polis itu menyebabkan bahagian enjin Proton Wira berkenaan terputus daripada badannya.
“Tiba-tiba sebuah lagi kereta dari laluan sama anggota polis itu yang dipandu seorang wanita hamil berusia 20-an, merempuh bahagian depan Proton Wira yang tercabut itu,” katanya.

Saparul segera memberhentikan kenderaannya dan mendapati keempat-empat mangsa cedera.

“Anggota polis berkenaan hanya cedera ringan di tangan manakala wanita hamil itu cedera di dada manakala guru besar wanita serta budak lelaki bersamanya masing-masing cedera di kaki dan kepala,” katanya yang kemudian menghubungi pihak berkuasa untuk bantuan.
Sementara itu, jurucakap polis berkata, semua mangsa cedera dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan dan punca kemalangan disiasat.

p/s: terus berDOA agar umi angah segera sembuh..

Friday, November 12, 2010

aku bukan siapa-siapa tapi aku risau jugak

pagi tadi lepas sampai seremban aku terus pergi rumah ayah aku. memang dia yang hantar. aku akui. lepas tu, dah nak dekat pukul 10 kot..aku tak tengok jam sebenarnya. kak long telefon aku. tanya angah ada ke tak dengan aku. aku pun cakap la ada dan kak long suruh angah telefon ayah. 

bila angah dah cakap dengan ayah,aku terkejut angah cakap umi dia n adik 2 org kemalangan. aku tergamam,tak tahu nak bagi respon apa. masa tu memang dah nak sampai pedas. aku tak sampai hati nak mintak angah hantar aku sampai rumah. aku pun kata, kita terus jelah pergi hospital.

aku tengok angah macam tak keruan aje. tambah-tambah pulak kereta depan lembab macam siput. sampai seremban terus menuju ke hospital tuanku ja'afar. angah pergi cari tempat parking. aku pulak pergi bahagian kecemasan tanya tentang kemalangan tu. lepas tu aku terus ke bahagian x-ray.

sampai sana, aku masih tak jumpa anas dengan amai. aku dah macam orang gila. manalah mereka ini, huhu. tak lama lepas tu bila angah dah sampai, sorang nurse tu pun tunjuk pada sorang budak di sudut hujung skali bahagian x-ray. budak tu duduk atas kerusi roda. dan bila aku pergi dekat rupanya anas.

aku tergamam tengok darah mengalir je dari kepala anas walaupun dah diletak kain. dengan tak semena-mena anas menangis depan aku dan angah. aku dah mula sebak dah. amai tak nampak lagi masa tu. lepas je anas x-ray n duk kat tempat menunggu. amai pun sampai dengan terbaring atas katil bergerak tu tuk x-ray jugak. kesian aku tengok amai. dia tak selesa dengan leher dia. settle amai x-ray trus g bilik rawatan tuk rehat. 2 kali ye amai x-ray hari ni. dan 22 hb nanti amai ada appoinment lgi. hope dia akan ok sahaja.

ayah angah pulak datang tak lama lepas tu, tengok anas dan amai. darah kat kepala anas tak juga berhenti mengalir. jadi, setiap kali mengalir je aku terus lap. bayangkan lah dari pagi tu sampai la pukul 2 tau darah tu mengalir. klu stop pun kejap je. aku tak pandai sangat urusan hospital ni,tpi hari ni betul-betul mengajar aku.

angah pergi solat jumaat. mase tu lah aku ke sana ke mari ambik ubat, tengok anas n amai. nasib la berhadapan je tempat anas n amai tu. tak de la aku risau sangat kan. mula-mula anas settle dulu. bahagian depan kepala kena jahit 5 jahitan klu tak silap aku. amai pulak settle tak lama lepas tu. cuma dia rasa sengal-sengal badan n tak boleh jalan coz tapak kaki dia sakit.

siap tukar-tukar baju anas dan amai yg dah berdarah tu,kami pun pergi la confirmkan tarikh appointment amai. lepas tu terus pergi hospital salam nak tahu keadaan umi angah. dan sekarang umi angah dalam keadaan stabil setelah wat operation di bahagian peha kanan nya. Alhamdulillah semuanya selamat. tengok lah gambar kemalangan yg berlaku pagi tadi. aku masih bersedih hati dan aku bukan siapa-siapa tapi aku risau jugak. angah,,angah tonggak keluarga selepas kak long. jagalah keluarga angah baik-baik ye. angah mesti tabah juga. kamu hebat di mataku angah. kamu penting dalam hidupku.

ini gambar dari BERITA HARIAN ONLINE


SEORANG lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya terbabas dan merempuh kereta lain dalam nahas di Jalan Seremban-Kuala Pilah, dekat Bukit Putus, Kuala Pilah, hari ini. Dalam kejadian 9.20 pagi itu, mangsa yang memandu Proton Wira hanya cedera ringan manakala kenderaannya putus dua. - Foto Dzulkeffli Mustapha

ini gambar dari UTUSAN MALAYSIA ONLINE
PEMANDU kereta yang juga anggota polis (kanan) hanya dapat melihat keadaan kereta yang di pandunya terputus dua selepas terlibat dalam kemalangan yang membabitkan tiga buah kereta di Jalan Seremban-Kuala Pilah, dekat Bukit Putus. 12 Nov. 2010. - Utusan/ABD RAZAK AID

p/s: pemandu kereta yg terputus dua dan merempuh kenderaan lain itu hanya cedera ringan ye. tolong la berhati-hati ye wahai pemandu,even anda polis sekalipun. jangan disebabkan kesilapan anda,orang lain yang menjadi mangsanya. Marilah sama-sama doakan UMI angah segera sembuh ya.

Thursday, November 11, 2010

wah,,,award lagi ye..thanks miza :D

di kesunyian hati ini. tiba-tiba dapat award. gerak jari suka hati menaip la jawabnya. hehe. terima kasih ye miza bagi award ni. nanti bila dah banyak baru la nak tayang kat sidebar kan. biar hati makin sedap nak menaip. baru best ye tak?


kena pulak cerita 7 benda pasal diri sendiri. aduyai,,nak cerita apa ni.

1.saya suka dunia perdebatan. pernah menjadi pendebat. rindu debat tau. uhuk2..

2.saya suka budak-budak. wah!bakal ibu mithali saya ni. sebab,,,sy pernah bekerja jadi babysitter ok. pengalaman ya adooo.

3.saya suka makan tomyam. best best best...suka sangat-sangat ye.

4.saya suka menulis di blog ini. satu kepuasan ye! haha

5.saya suka warna ungu. sebab sy perasan sy ada banyak baju warna itu. O.o

6.saya tak boleh makan udang n adik-beradiknya...gatal woooooooo. tapi SEDAP. :P

7.saya suka kumpul buku-buku yg bagi motivasi dalam diri sy. seronok membaca tau.

fuhhhhh,,penat nak memikirkannya tau. cukup la tujuh je kan.
cik miza suh saya tag pada 7 org n mesti cerita 7 perkara tentang diri anda.
 tapi saya nak tag pada sesiapa je yang baca entry ni.
so,sesiapa je boleh amek tag ni n tinggalkan link anda pada komen entry ni k. 
sudi-sudikan lah diri ye.
BERBANGGALAH PADA DIRI ANDA~

Wednesday, November 10, 2010

ini zaman tetak menetak ye!

dunia hari ini memang dasyat ye
kalau dulu tengok adegan bunuh-bunuh dalam cerita saje
tapi sekarang kita tengok realiti punya
tidak ada tipu-tipu
tak percaya?
baca akhbar hari ini


apa masalah lelaki muda zaman ini?
saya pun tak tahu
tekanan perasaan ke apa agaknya
bila syaitan menyelubungi diri
semua benda pun kita tak nampak

MyEm0.Com
 
sebab itulah dalam Islam mengajar kita
bila perasaan marah datang dalam diri
segera beristigfar dan duduk
jika tak boleh dikawal lagi
ambil wuduk untuk meredakannya
sebab api lawannya air
marah itu api 
segeralah padam api itu dengan air
iaitu wuduk kita 
kalau tak buat macam tu
kalau bukan kita membunuh
kita pulak yang terbunuh

MyEm0.Com
p/s: dekatkan diri pada ALLAH
pasti kita tak akan buat kerja sia-sia ^_^

Tuesday, November 9, 2010

tag dari miss aina~


ini adalah tag dari miss aina ye..thanks sangat-sangat bagi nice blogger award..soalan agak killer ye sebab sy terpaksa memerah santan kelapa otak untuk menjawabnya. :D
1.are u mature? 
of course lar...kot...hehe. tapi muka tetap maintain macam budak sekolah ye..suke nye bila orang kata sy masih lagi budak sekolah.. ^_^
2. are you can relax and be patient if your intention is not achieved?
tengok keadaan la..ada masa leh sabar bila tak dapat sesuatu..tapi kadang-kadang tu sampai termimpi-mimpi bila tak dapat lagi benda tu..hehe
3. can you hide your hurt and offended feelings by someone and accept it as normal?
huhu...agak susah la jugak nak sorok..biasanya memang nampak la..azam sy memang nak ubah yang ini. biar ku mampu ye sorok kan..
4. can you accept the criticism and misunderstanding of those without enlarge it?
 tengok cara orang yang tegur tu ye. jika berhemah memang boleh insyaallah..tapi kalau macam sengal je caranya memang sakit hati wehhhh...
5. can you be fair and equitable to apply those you do not like?
ingat ni ye,,,kadang-kadang benda yang kita suka tu kita tak dapat dan kadang-kadang ape yang kita tak suka tu kita dapat. ALLAH lebih mengetahui apa yang tidak kita ketahui.

I'm DONE
p/s:boleh dapat markah penuh tak ni miss aina?

GiveAway Domain From MelRomeo.COM

salam..mula-mula nak ucap thanks kepada cik sofia krn meng"tag" saya tuk kali ni. hehe. jasamu dikenang ye. ini ayat copy baikk punyerrr dari blog beliau. sy ambik ye cik sofia..
Sesiapa mahu domain percuma , jangan segan silu dan malu untuk join GIVE AWAY Domain Daripada MELROMEO.COM .. Apa itu domain?? Alaaa… Kalau blog kita tu http://ulyamashkuri.blogspot.com automatik jadi http://ulyamashkuri.com .. waaaa… macam sesuai la domain tu dengan blog aku kan?Nampak bergaya dan elegan.. hahaha.. Jadi, apa yang ditunggu lagi, mari dapatkan segera … Ada rezeki, InsyaAllah..


GIVE AWAY Domain Daripada MELROMEO.COM
Tag 5 Orang Kawan BLOGGERS

mamakembar3
 
MENANG 1 DOMAIN .COM / NET / ORG
GIVEAWAY DARI MELROMEO.COM
Syarat & Peraturan
1. Create 1 Entry bertajuk “GiveAway Domain From MelRomeo.Com
2. COPY Ayat berwarna Merah diatas dan PASTE di blog anda. (PASTIKAN LINKBACK KE ENTRY INI)
3. Tag 5 Orang Kawan Bloggers
4. Comment Entry ini berserta LINK Entry anda dan Siap!

terlerai segalanya di pantai itu

terlerai segalanya di pantai itu. sungguh tiada apa lagi yang tinggal. biar aku yang menanggungnya kerana itu pilihanku. bukan pilihanmu. kau tak merasai apa yang aku rasai. biarkan aku sendiri mengenang memori di pantai itu. petang tadi menjadi titik ingatan ku di pantai itu.

pandai tak saya berkata-kata? haaaaa...haaaaa...mesti dah fikir lain ni kan. ish..ish..ish..apelah berwarna-warni sangat pemikiran anda ni. tidak ada kaitan dengan sejarah hitam mahupun kelam ye. ngee...cuma petang tadi SAYA PERGI PANTAI BATU BUROK. best sangat tau. act,nak pegi petang esok tapi disebabkan ke"sakit"an ke"kepala"an terus pegi hari ni.

mula-mula tgh hari tadi je dah tertekan dek kerana tesisku yg asyik hebat kena baiki  je. entah bila la nak betul. lepas makan tengah hari terus menyakitkan jari menulis banyak kali sebab asyik salah tulis assignment terakhir sebelum FINAL EXAM ni. tiba-tiba kak nana kol pulak ajak pegi pantai. ape lagi berkejar-kejar dalam hujan balik hostel n amek tikar ajaib mengkuang dan menuju ke pantai. 

driver terhormat saya petang tadi ialah cik mirah ye. semangat memandu memang tinggi. hehe :P sape-sape rasa service dia memang tip top ye. kelas gituuuu. sorang lagi yang bersama-sama  kami ialah cik alina. dia ni pulak bagi service kamera la tuk kenang-kenangan. sukerrr.. tangkap gambar puas-puas. lepaskan segala tekanan di pantai. memang hebat.
nak cerita lebih pun tak larat. sampai u tadi pukul 7 lebih. terima kasih la sangat-sangat pada kak nana,cik mirah,cik alina dan diri sendiri cik siska atas aktiviti petang tadi ye. SYOKKKKK. kalau boleh nak pegi pantai lagiiii. haha. lepas ni nak lepaskan ape pulak ye? dan inilah gambar-gambar kenangan kami bersama.

biarkan gambar pula yang berbicara 
^_^

atas kanan:cik siska n atas kiri:cik nana
bawah kanan:cik mirah n bawah kiri:cik alina

 riang gembira di waktu petang
^_^

 siapa paling tinggi? 
teka jgn tak teka...hehe

selamat tinggal pantai batu burok
kenangan indah tersemat di ingatan

p/s:hari-hari yg dilalui ada pasang surutnya.
hadapi dengan tabah
^_^

Sunday, November 7, 2010

hai sang semut pergilah....phuuuuffff...phuuufffff....

pergilah di kau dari sini wahai sang semut.. sekarang ni memang musim hujan je kat terengganu. agaknya bila la nak balik n.sembilan ni. adakah di sebabkan hujan, semut-semut hitam ni berkeliaran? bagi sesiapa yang pakar semut tu tolong bagi sikit info pada saya. agak kesempitan ilmu tentang bab-bab semut ni ye.

masalahnya sang semut ini sudah sampai kat atas katilku. saya nak buat keje pun tak senang. melihat keadaan semut yang berkeliaran ni. nak kata ada makanan manis? tak ada pun dalam bilik ni. apelah masalah semut ni sebenarnya. kalau boleh ditanya mereka ini, nak je saya tanya "tak da tempat lain ke nak bertandang wahai sang semut" saya perlu bersendirian tanpa kamu. :D


apelah cara terbaik nak menangani masalah semut ni? ceeeehhhh,,dah macam perdana menteri la pulak kan. nak kena cari jalan. kalau tak dibanteras alamatnya bilik ku bilikmu jua lah sang semut oiiiiii. saya luahkan kat blog ni je lah. nak bagitahu kamu semut? macam la nak dengar arahanku ini. lagi di ajaknya bala tentera semut-semut malaysia lagi adalah.

tak pasal-pasal saya pulak yang masuk icu gara-gara digigit oleh semut-semut yang ada ni. tak dapat pulak la saya nak sambut raya haji nanti..huaaaaaa,,huuuuaaaaa,,tak mahu memang tak mahu. behave ur self ye sang semut. nak lalu kat lantai tak pe. jangan sampai ke katil saya. hari ni sah-sah saya dah menjadi pembunuh. kerana membunuh semut-semut yang berkeliaran di atas katil. maafkan saya ye semut. :(

p/s: semut oh semut

SUAI KENAL BLOGGER .. ANDA BERMINAT ?

selamat datang ke blog Coretan Hatiku 
kata hati tak mampu menipu
saya ialah cik siska
nama sebenar Norsiska Puspa Murni Samsudin 
masih menuntut di universiti sekitar pantai timur
saya adalah blogger biasa yang baru belajar mengenali dunia blog
sila berikan tunjuk ajar serta idea dan teguran
untuk saya menjadi blogger yang bermanfaat
sampaikanlah ilmu walau sepotong ayat
^_^

Kepada sesiapa yang berminat untuk join , sila klik link di bawah :

korang hidup untuk ape?

saya manusia. awak juga manusia. kita sama-sama manusia. yelah,takkan binatang pulak nak baca entry kat blog kan? ye tak? tapi mungkin ade kot,dalam erti kata lain manusia yang bertopengkan binatang. huhu. tiba-tiba hati tergerak nak bukak topik ini. korang hidup untuk apa? manusia memang banyak keinginan. tapi,apakah erti hidup yang sebenar?

ceeeeeehhhhh......macam la saya tahu sangat bab-bab ni. ape pun sekadar berkongsi ye. jika ada salah dan silap saya mintak maaf terlebih dahulu. sape yang islam? sila angkat jari dan komen ye. haha. saya bergurau je. pertama sekali, ucap syukur dulu sebab korang yang islam ni lahir dalam islam. amin... bersyukurlah kerana anda lahir sebagai islam.

manusia hari ni banyak hidup untuk berseronok-seronok. ape tu yang saya pernah dengar? berjimba-jimba? macam tu ke perkataan tu ye? tak terkecuali saya pun nak juga berseronok. tapi berseronok itu perlu ada batasnya. sebab kita adalah islam. ayat yang selalu kita dengar 'jangan jadi islam sekadar pada nama je'.
“ Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali beribadah (mengesakan ibadahnya) kepada-Ku, Aku tidak mengendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak mengendaki supaya mereka memberi makan pada-Ku, Sesungguhnya Allah Dialah Yang Maha Pemberi rezeki Yang mempunyai kekuatan Lagi Maha Sangat Kuat” (Adz Dzariat:56-58)

teliti ayat Quran ni betul-betul. berdasarkan  kata-kata Al Imam Ibnu Katsir tentang tafsir ayat ini : “Bahawasanya Allah ta’ala menciptakan makhluk untuk beribadah hanya kepadaNya saja tidak ada sekutu bagiNya. Barangsiapa mentaatiNya maka Allah akan membalasnya dengan balasan yang sempurna. Dan barngsiapa yang durhaka (menentang) kepadaNya maka Allah akan mengadzabnya dengan adzab yang sangat dahsyat. Dan Allah memberitakan bahwanya Dia tidak perlu kepada makhukNya bahkan merekalah yang perlu kepadaNya dan Dialah Yang menciptakan dan Yang memberi rezeki mereka.

beribadah ni ade pelbagai cara. selain daripada perkara wajib yang kita buat tu. yg solat 5 waktu, puasa bulan ramadhan  dan membayar zakat tu. kita juga boleh bersedekah, berniat kerana ALLAH setiap kali melakukan sebarang pekerjaan. tapi bukan kerja jahat tau. maksudnya tak susah pun kita nak beribadah ni. senang je. cuma kita ni je yang selalu menyusahkan benda yang senang tu.

dunia ni sebagai wasilah atau pun jalan atau destinasi untuk kita mendapat syurga yang sebenarnya. ustaz saya selalu cakap 'dunia ini adalah syurga bagi yang lalai dan neraka bagi yang beriman,namun dunia ini sebenarnya neraka bagi yang lalai dan syurga bagi yang beriman'. mendalam sungguh maknanya. dunia ini penuh pancaroba. kalau kita tahu erti sebenar kita hidup, alangkan indahnya bagi kita umat Islam!!!


p/s: saya juga dalam proses memperbaiki diri. kita cuma manusia biasa. 
sekadar berusaha untuk mendapat redhaNYA 
^_^

Saturday, November 6, 2010

khas untuk awak~

tahniah awak
akhirnya awak sambung jugak blaja
DIPLOMA OF ENGINEERING TECHNOLOGY IN ELECTRICAL AND ELECTRONICS
saya suka awak sambung blaja
tapi dalam masa yg sama saya juga sedih

MyEm0.Com
saya rasa takut
betul ke ni awk nak sambung blaja lg
dapat tak kita capai matlamat kita berdua ni?
saya masih tertanya-tanya
MyEm0.Com
  
saya tahu perjalanan kita masih jauh
saya tahu banyak lg perkara yg nak kita capai
sebelum sampai kpd matlamat kita
saya doakan semuanya berjalan lancar
MyEm0.Com
tatkala ini saya masih lagi bersedih
awak satu-satunya insan yg dah banyak tlg saya
awak banyak simpan rahsia masalah saya
awak juga lah harapan dan kekuatan saya
selepas 
YG MAHA PENCIPTA
saya berharap selepas awak sambung blaja nti
keadaannya masih sama
tak kan berubah walaupun sekelumit
matlamat kita
semoga tercapai akhirnya
YA ALLAH
seandainya benar dia milikku
satukan diriku dgn dirinya
dan seandainya dia bukan untukku
tetapkanlah hatiku dengan ketentuanmu
amin ya rabbal 'alamin