Fill up this form :) tq.

Name:
Facebook Email Address:
Phone Number
Address
How can I help you? Lose weight
Gain weight
Improve health / skin problem
Healthy breakfast
Business opportunity

Form provided by Freedback.

Monday, December 27, 2010

budak-budah pun dah pandai,,apa cerita?


masih ingat dengan iklan ini
sila tonton okeyh

p/s: kalau budak pun dah pandai, patut la macam2 kes skrg ni!!
nauzubillah~

Saturday, December 25, 2010

kamu nampak berbeza =p

pengunaan bahasa agak berbeza. mood sedang-sedang saja. maka hilanglah kau dan aku. sekarang nak guna kamu dan saya. ececeh. gila ke crazy tak pun pagel. wohooo, jangan la sampai macam tu sekali. kang tak ada siapa nak baca belog cik siska lagi.

kamu nampak lain sangat. mentang-mentang lah nak sambung belajar. segak betul. hampir saya tak kenal kamu lagi. mujur kamu kerja sementara. dapat jugak beli barang keperluan untuk masuk u. selama ni kamu memang seorang yang bersederhana. baju yang kamu pakai tu memang boleh cam punye. kasut atau sandle kamu pun yang biasa-biasa saja. susah nak tengok kamu berhabis duit untuk nampak hebat. apa salahnya sekali sekala nak nampak lain kan. ngee~

berdiri di atas kaki sendiri!!! yupsss, selepas ini memang wajib. masa berlalu begitu pantas. umur pun nak masuk 21 kan. walaupun nampak kecil dari luaran. saiz tak mengira usiakan. semakin hari, semakin banyak perkara yang berlaku. since f5 until now, tak habis-habis mengharap saja. kali ini, saya mesti cuba. kalau saya tak mencari kekuatan untuk hidup sendiri, akan datang saya yang akan susah. boleh jadi terumbang-ambing nanti. kira macam azam tahun baru la.

saya berharap agar kamu,kamu dan kamu juga akan terus berjaya dalam hidup. kamu memang hebat dari segi pelajaran. saya kagum dengan kamu. biarlah orang lain tak hargai pun, yang penting saya tahu kamu hebat. harap lepas kamu dah masuk belajar nanti, kamu adalah tetap kamu. orang yang saya kenali. takut jugak kalau kamu berubah sikap. yelah, kawan-kawan makin ramai. bila dah terikut, susah nak balik ke pangkal. kamu ingat segala pesan saya. itu saja permintaan saya.

untuk terakhir kalinya, kebarangkalian kamu nak baca belog saya ni memang 1 peratus jela. haha. tak mungkin kamu akan baca pun ada jugak. jadinya hanya para blogger saja jadi tukang baca. itu pun jika ada yang sudi baca dan komen. kalau tidak, ibarat di atas belog sahaja taipan ku ini. sekian~

p/s: mood gembira selepas ada kamu. ^_^

Wednesday, December 22, 2010

award dari cik liyana =)

selalu je dapat award. aku dah kepingin nak bagi award kat orang. tapi disebabkan aku ni tak berapa nak kreatif, maka aku simpan dulu hasrat tu ye. tak besh la kalau aku suruh orang yang tolong create kan tuk aku. tak ke gituuuu.

jadi, hari ni cik liyana a.k.a hatiku hati getah bagi award kat semuaaaaaaaa followers dia. terima kasih ye cik liyana. semoga belog anda makin meletup-letup dibanjiri peminat ye. hehe. seakan selebriti lagiiii. aku suka la tengok award ni. chumel tau.

 
inilah award yang chumel itu
merah kuning gabungan menawan
ecececeh

nahas paling ngeri

apabila aku baca akhbar hari tu, terus aku teringat kejadian sebulan lepas. kemalangan di bukit putus yang konon-kononnye semua mangsa cedera ringan. Oh tidak, susah aku nak percaya dengan media. padahal, sampai ke hari ini pemandu kereta gen2 itu belum mampu berjalan seperti sedia kala. sedih dan sayu hati aku melihat dirinya belum mampu berjalan

semalam,berita yang melibatkan kemalangan bas persiaran pula terpapar di dada akhbar. kemalangan paling buruk yang pernah berlaku sepanjang tahun ini. menurut utusan malaysia 'lihat beberapa penumpang terpelanting ke tepi jalan' dan keadaan memang mengerikan bila ramai yang maut. 'berhati-hati semasa memandu, ingatlah orang yang tersayang'. ini slogan mesti ada dalam hati para pemandu.

kadang-kadang bila kita dah berhati-hati, pemandu lain pulak macam tak sedar diri. memandu macam orang gila. setiap hari,ada saja berita kemalangan di sana-sini. Ya Allah,lindungilah keselamatan orang-orang yg hambamu sayangi. Aku memang cukup fobia bila sebut pasal kemalangan. Memang semua itu qada dan qadar Allah. Tapi kita sebagai hambanya mestilah sentiasa berhati-hati.

Saturday, December 18, 2010

ni jawapannye cik fadhilah~

ini jawapan bagi soalan anda
thanks sudi tag yee
^^v

apa benda paling penting dalam hidup korang?
mak ayah la..tak dapat ditukar ganti tau..itu la harta paling bernilai.

benda yang terakhir korang beli guna duit korang?
aku mana ada duit sendiri..belum keje lagi la. 

di mana tempat korang melangsungkan perkahwinan korang?
belum rancang lagi la..nanti kalau aku dah nak kawin. aku sebarkan la kat belog comot aku ni. hehe

adakah korang sedang bercinta?
yappp,,aku sedang belajar mencintai ALLAH..sebab manusia ni lalai.biasanya ingat pencipta bila susah je. masa senang lupeeeee.

berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
mestila selama-lamanya. cinta ALLAH kan kekal abadiiii.

di mana korang selalu jumpa kekasih korang?
aku jumpa masa dalam solat. itu la yang paling kerap..

novel/buku.majalah terakhir korang beli?
majalah solusi. aku jual majalah tuuu.

apakah nama penuh korang?
Norsiska Puspa Murni bt Samsudin.

antara mak n ayah mana paling rapat?
mak la..masa kecik,,aku suka nangis kalau mak pegi mana-mana tak bawak aku.

namakan orang betul2 korang nak jumpa dalam hidup korang?
mestilah rasulullah..teringin sangatttt. 

adakah korang basuh baju korang sendiri?
of course laaa...aku duk kat u tu tak kan mak cik cleaner plak tolong basuhkan. haha

tempat yang betul2 korang nak pergi?
aku betul-betul nak pergi mekah n madinah. dapat tunaikan haji.. moga2 dapat haji mabrul.

pilih salah satu,peluk atau ciuman?
soalan jenis apa ni,,,,tidakkkk. 

bagitau tiga benda orang yang bagi kamu tag?
fadhilah..happening orgnya..mudah mesra..baik hatiiiii..hehe

benda yang disayangi dalam hidup korang?
aku sayang sume benda yang aku ada..haha

lagu yang paling korang suka dengar?
aku suka dengar lagu maher zain..mmg hitzzzzzz la....

bila tarikh lahir korang dan tempat selalu korang sambut?
aku lahir 22 september tahun.....aku tak de sambut pun birthday aku tuu..yg aku tahu umur aku bertambah dan kehidupan aku makin mencabar. itu saja.

list 5 org kena tag
aku fikir japppp..em,,aku nak tag hishmah,syafinaz,suhaila,khadijah dan lyana mastura..

p/s: sila2,,jawab tag ni ye..dah jawab nanti link kat aku tauuu

Thursday, December 16, 2010

menjelang hari tua...

aku memang sayu la. tengok orang tua. hati aku ni dah berkaca-kaca. bukan setakat mata je boleh tau. hati pun pandai jugak. aku tak dapat bayangkan waktu-waktu aku nak melalui hari tua nanti. ujian yang macam mana agaknya ALLAH bagi kat aku. entah-entah tak sempat nak tua aku dah dijemput. YA ALLAH, lindungilah aku, keluargaku serta orang-orang disekelilingku.

sebenarnya aku sekarang ada la jaga kejap seorang nenek ni. mak mertua kepada mak angkat aku. nenek dah nyanyuk. kalau lah tak ada kesabaran dalam diri, jangan harap la dapat jaga. boleh jadi hilang kewarasan tau. hmm, betul lah macam yang aku penah dengar. "apabila seseorang itu telah menjangkau lanjut usia, sikap dan sifatnya boleh menjadi seperti waktunya kecil" maknanya dia akan menjadi seperti kanak-kanak. yang tak tahu apa-apa. dia akan cepat lupa. pergerakkannya akan terbatas.



aku memang kesian sangat kat nenek tu. bila aku ajak makan. dia asyik kata dia dah kenyang. padahal dia tak makan pun. kena la aku pujuk cakap putar sana sini baru dia nak makan. sekali bila nenek makan, memang banyak. Nampak sangat dia lapar. Aku rasa nenek tak dapat bezakan antara lapar dengan sakit perut. Sebab tiap kali tu la dia akan cakap dia sakit perut. kadang-kadang cakap perkara yang merepek-repek. aku sedih sangat tengok nenek tu.

bab solat tak payah sebut la. memang tunggang langgang. nenek tak tahu ambik wudhuk. kejap kang basuh tangan dulu. kena la guide dia. baru boleh. rakaat dalam solat pun macam tu. solat empat rakaat jadi dua rakaat. mengaji tak boleh. nenek baring jela. tak mampu dah nak wat apa-apa keje. memang kena fokus la kat nenek. risau kalau apa-apa jadi kat dia. dan sampai sekarang ni,,masih duduk di sisi nenek. sayu aku tengok nenek. walau apa pun,macam tu la kitaran sebagai manusia. muda sebelum tua. bila dah tua,,macam-macam perkara yang kita tak mampu nak lakukan. tambahlah amalan sebelum terlambat.

p/s: bila pandang nenek,aku renung diri aku balik. perlu berubah lagi sebelum terlambat.~

Wednesday, December 15, 2010

aku dapat award lagi!!!

malam tadi aku dapat award ni. dengan bangga nya aku nak tepek kat sini ye. award ni dari cik nur zaa. sila la lawat-lawat belog beliau. kalau suka apa lagi kan. followwww. hehe. aku ni tah bila la nak buat award nak bagi orang ni. sangat berharap ada masa untuk buat semua tuuu. sabar ye kawan-kawan blogger. nantikannnn. ngee~


bunga lagi tu tau.ros merah jambu yang cukup indah. amat indah dipandang mata. thanks sangat-sangat ye cik nur zaa. suka sangat dapat award ni. moga belog kamu lebih dikenali ramai okeyh. bila diiktiraf ni. hati rasa berbunga-bunga pulak. makin melonjak semangat nak menaip kat belog aku ni. cewaaaahh. semangat konon. harap betul lah bersemangat. takut layu je nanti. haha.

p/s: rindu kamu sayang kamu semua~

Tuesday, December 14, 2010

GiveAway Edy : Terbang Jauh-Jauh...


aku redah belog cik alyaa
sebab dia sudah kasi tag kat aku
rupa-rupanya
wah!!!
giveaway dari e.d.y
klik sini untuk tahu lebih lanjut okeyh

aku teruja sebab GA ni
hadiahnya memang jauh-jauh
dari beijing,padang/bukit tinggi,singapura
sapa tak nak kannnn
pemenang yang dipilih adalah 
seramai 30 org yeee
hope aku bertuah 
ameen

opppss terlupa pulak
aku nak tag kat sorang ni
mari kita undi siapa yang kena
:
:
:
:
:
:
:
p/s: thanks cik alyaa ajak join GA ni
=)

Monday, December 13, 2010

mana engkau menghilang

aku pun bingung. semenjak dua menjak ni,,perasaan malas nak menulis kat belog makin menjadi-jadi. ape kene dengan aku ni ye? aku pun tak tahu. agaknya sebab sekarang aku tengah cuti, maka mood aku pun cuti jugak kot. bila aku cerita kat kawan aku, dia cakap macam ni. "masa exam berasap-asap laptop ko tu,,dok menaip entry je". itu statement kawan aku.

ade ke patut kata laptop aku berasap sebab belog kesayangan aku ni. chaiiiitttt,,jangan sekali-kali. aku nak mencari balik SEMANGAT aku yang dah hilang ni. lost tau. betul-betul lost. entah ke mana semangat tu pergi. hilang ditiup angin jauh nun di sana. cewah,,ayat berbunga-bunga. classic bagai ni ape kes? demam ke cik siska. ini bukan demam tapi buang tebiat kottt. haha..


mungkin gara-gara cuti. maka dengan jayanya aku telah mengembang biak kan sifat malas dalam diri aku. malas nak menulis kat belog. malas nak berfikir. malas nak perah otak ni. maknanya aku nak rehat serehat rehatnya. warggghhhh,,apa sudah jadi ni. sila betul kan keadaan ye. cuti memang cuti. belog tersayang jangan diabaikan. nanti belog merajuk kang. sape nak pujuk. kan cik siska jugak yang susah. aku rasa ini permulaan untuk mencari semangat. bila dah betul-betul jumpa, aku buat entry lain pulak. okeyh...daaaaa....

p/s: kau pergi menghilang hatiku suram bebenor yeeee~

Sunday, December 12, 2010

CHECK 1,2,3 .. BEN ASHAARI

testing testing
1 2 3
belog aku dah wujud la
dalam belog en ben
confirm
^_^

thanks en ben
moga belog kamu
makin meriah ye
dan belog ku juga
makin mencurah idea 
tuk aku mencoret lagi
itu sahaja
sekian~

Saturday, December 11, 2010

susur galur belog cik siska ^_^

adehhh...mula-mula menaip lagi dah pening...ape taknye...aku nak kena perah otak mengingat balik pasal belog aku yang kekunoan ni. ni semua sebab cik wawan dah tag aku laaaa. ape pun,,thanks ye cik wawan. tag anda itu mengingat kan aku kembali pada pembabitan awal aku dalam arena belog ni.hahaha..cewah,,
dasar tak sedar diri ni. macam dah masuk arena dunia seni la pulak..seni ape???? seni penulisan..ececeh.. gituuuu kannn. dan ini soalan-soalan yang telah diajukan.

1.nama blog dan why nama tu dipilih?
nama belog aku ni sekarang "coretan hatiku" ~kata hati tak mampu menipu..waduh2,,kenapa ya gue pilih? nama ni datang tetibe dalam minda aku. lalu aku terjemahkan kat blog ni. aku rasa sebab hati aku ni halus. jadi aku pun kaitkanla dengan hati. mane tahu lain kali tukar nama kan. ikut selera aku laaa.hehe

2.nama blog dan URL n mana datang idea tue?
ini macam soalan berulang ni..bantai la labuuuu. aku ikutkan jugak. url ye? ulyamashkuri.blogspot.com. aku gun nama ulyamashkuri ni sebab aku fanatik gilerrrrrr kat nama tu. maksudnya setinggi kesyukuranku. ini nama anak ustaz aku sebenarnya. disebabkan suka sangat nama ni. aku pun jadikan nama pena dan url belog aku yang tak seberapa ni. unik la katakan.

3.method penulisan blog anda?
method penulisan yeee? hmm,,aku ni menulis gaya bebas,kuak lentang,kuak kupu-kupu, segala bagai ada. aku tulis ikut kata hati aku. kadang-kadang aku tulis pasal diri aku. tak pun aku tulis pasal bab agama tuk menyedarkan aku dan orang lain. tak pun aku tulis la ape-ape yang aku nak tulis. belog aku kan. aku punye gaya laaaa..wahhh,,belagak pulak tu. jangan camtuuu..tak baik tau.

4.perasaan bila lihat blog orang lain lawa dan menarik tapi tengok blog sendiri tak lawa *ayat rendah diri
dengan rasa rendah diri dan penuh kesyahduannya..aku memang teruja la. rasa nak terus je berguru dengan tuab punye belog. hahaha. kasi turun ilmu hias menghias belog kat aku. tapi lawa bagi aku bukan la belog yang banyak-banyak widget tuuu. yang tuuu berpinar mata aku tengok. bagi aku belog yang lawa adalah kemas,tulisan senang nak baca. camtu laaaa.

5.bila blog ini wujud
belog aku ni wujud pada 19.6.2009. bersamaan hari jumaat tu. ambik barakah la katakan. dengan entry pertama aku 'salam ukhwah' .

6.sape orang first yang jadi follower anda?
aku rasa aku kot yg jadi orang pertama tu. dah tu belog aku kan. aku la yg follow dulu. =)

7.sila tag 5 orang dan bagitahu mereka
aku mahu tag pada mereka ini ya,,,maka sila buat tag ini dengan sempurnanya okeyh. aku pantau nanti. tak buat aku cubit yeeee..hehe

>cik liyana
>cik mastura
>cik nadzirah
>cik faezah
>cik ain

p/s: agak-agak jawapan aku tu menepati tak syarat-syaratnya cik wawan..aku rasa ok dah. =)

Thursday, December 9, 2010

award dari cik gebu =)

indah nye malam ni sebab cik gebu bagi award tau..walaupun perutku masih sakit lagi tapi ku gagahi jua tuk tepek award tuuu..award tu cik gebu bagi sebab aku dah undi dia tuk satu contest yg dia join..dia menang tau contest tu...tahniah ye cik gebu...moga gembira selalu dan terhibur di genting nanti..hehe..

3

inilah award pemberian cik gebu
comel gituuuu
hehe
^_^

p/s: mood tuk berbelog agak menurun
akibat masalah kesihatan
harap maaf ye

Wednesday, December 8, 2010

BLOGLIST 2011..SELAMAT DATANG TAHUN BARU


aku nak join jugakkkk
kalau korang nak join
pe lagi kannnn
pegi la kat belog en.ben ni yekk

p/s: aku join ni sebab aku tengok ramai jeee yg join
berkobar-kobar semangat aku
^_^

Tuesday, December 7, 2010

panas: penangan si patung kecil!!!

Patung Barbie boleh disalahguna hasil pornografi kanak-kanak

 LOS ANGELES: FBI mengeluarkan "amaran jenayah siber" untuk patung baru Barbie yang dilengkapi kamera video kecil tersembunyi di bahagian dada, menyatakan mainan itu boleh disalahguna untuk menghasilkan pornografi kanak-kanak.

Laporan yang dikeluarkan pejabat lapangan FBI Sacramento pada 30 November lalu dengan tajuk "'Gadis Video' Barbie Kemungkinan Satu Kaedah Produksi Pornografi Kanak-kanak" itu memberi amaran kamera patung mainan berkenaan merakam video sehingga 30 minit yang boleh dimuat turun ke komputer.

 Amaran itu mendapat liputan media selepas dihantar kepada beberapa oraganisasi berita secara tidak sengaja.

Seorang jurucakap wanita FBI cuba mengawal keadaan dengan menyatakan laporan itu adalah untuk kegunaan penguatkuasa undang-undang.

“Tiada laporan mengenai insiden patung mainan ini digunakan untuk perkara lain selain tujuan asalnya,"

“Sebagai penjelasan, tujuan amaran itu adalah untuk memastikan agensi penguatkuasa sedar bahawa patung mainan itu, sama seperti peralatan dengan keupayaan merakam video, boleh mengandungi bukti dan tidak seharusnya diabaikan ketika sesuatu pemeriksaan," kata jurucakap wanita terbabit yang berpangkalan di Washington, Jenny Shearer, dalam satu kenyataan.

Patung Gadis Video Barbie buatan Mattel Inc dan mula dipasarkan Julai lalu pada harga AS$49.99 itu mengandungi kamera video kecil di bahagian dada yang diselindungi dalam satu loket.
Rakaman kamera video itu boleh ditonton pada layar LCD pada bahagian belakang patung atau dimuat turun ke komputer.

Amaran FBI itu menyatakan tiada tanda-tanda rakam video itu boleh disalurkan terus ke internet.
p/s: Lagi bagus ajar anak-anak membaca daripada main patung ni
huhu

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah buat semua~ =)

Salam Maal Hijrah buat anda semua
semoga tahun baru yang tiba ini akan
memberi perubahan kepada kita
ke arah yang lebih baik
di dunia dan di akhirat

tekadkan azam baru
tambahkan amal ibadah
dewasakan pemikiran
lakukan anjakan paradigma
okeyh???

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.


Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada satu Muharram.


p/s: bacalah doa ini yeee 
^_^

my lovely friends photo contest~

hari ni memang hari bertuah
bertuah kat belog jelaaaa
tapi kat muka aku niiiiii
ada something2 yang aku sendiri tak retiiiiii
nak discribe ape kah yang sedang terjadi
oh mukaaa tolong laaa
doktor pun tak leh bagitahu aku ape dah jadi
huhuhuhuhuhu

cukupppppp 
berhenti cakap pasal muka aku
mula-mula aku nak promote belog ni
silalah beramai-ramai join contest 
yang akak ni anjurkan

akak ni memang happening je 
bila aku tengok tang muka dia laaaa
betul ke kak????
thanks kak coz sudi follow belog sy
yang entah hape-hape niii
dan sekaligus ajak sy join contest akak
suke-suke ^_^
ini banner tuk contest tuuuu
dan ni butiran selanjutnya
yg dicopy susukan oleh sy dari belog akak tuuu
akak izin kan yeee =)

- Terbuka kepada all mummycute’s followers sahaja!

- Anda mesti  mempunyai blog sendiri bukan blog orang lain yer.

        - Tinggalkan link anda  di bahagian comment entry ini .
'di belog mummycute tu ye' 

 - contest bermula dr 26 NOV hingga 11 DEC 2010     
 *pemenang bertuah akan dipilih melalui cabutan….

- hadiahya ialah pakej photoretouching  

p/s: sape tak nak menang weh...tak dapat touch up gne mekap
gune edit picture pun okeyh pe
tuk tatapan sendiri
hehe

Sunday, December 5, 2010

kena tembak dengan penjenayah?

aku kena tembak dengan penjenayah??
hebat betul penjenayah tuuuu
dia tembak aku pakai keyboard laptop dia je
tak pun pakai keyboard komputer kat rumah dia
ooooooooooooo
itu blogger sudah tag aku laaaaa
ini blog dia
http://theanxietythefear.blogspot.com/
tapi mintak maaf ye
aku dah penah buat tag niiiiiiii
sooooooo
untuk tidak mengecewakan mana-mana pihak
aku listkan rulenya dan mana-mana
blogger yang rajin nak perkenalkan diri kat aku
boleh la wat tag ni
then info kat aku ye
aku akan baca entry korang tu dan follow korang
suke takkkkk
^_^

RULE :
once you have been tagged,
you are supposed to write a note with 25 random,
things, facts or goal about you.
at the end, choose 25 people to be tagged.
you have to tagged the person who tagged you.
if i tag you, its because i want to know more about you (:

okeyh la
itu saje tuk malam ni
sekian~

Saturday, December 4, 2010

nama yang pelik dan unik...betul ke??


Hari ni rasa macam nak story mory pasal nama aku. Aku nak jugak story walaupun tak de sapa nak baca. =P
Readers2 sekalian,,ade tak kawan2 korang ke..family korang ke..atau sesapa je la yang korang kenal kan..nama dia pelik. tak pelik pun unik la. Nama aku pun agak la lain kotttt...

Masa zaman aku sekolah, tak de sapa pun yang berkongsi nama dengan aku. Kire dalam sekolah tu aku sorang jela yang ada nama tuh. haha,,,riak betul aku ni. Bukan riak la,,saje nak kongsi2 ape yang aku rasa. Aku ingat lagi masa mula-mula masuk tingkatan 1 dulu,,boleh pulak nametag aku tu salah eja nama aku. Eii,,klu best tak pe jugak. ni tah ape2 jadinya nama aku tuh.
Aku paling tak berapa suka sesi suai kenal. Memang aku kena sebut nama aku banyak kali. Asyik kena wat siaran ulangan. Tu la benda paling malas aku nak buat. Sebab nama pelik punya pasal la. Aduyai,,pastu confirm orang akan tanya nape nama aku pelik. tak pun camne leh dapat nama cmtu. Pening aku nak menjawab soalan yang bertubi-tubi datang kan.. =.=

Dan kawan-kawan bese panggil aku siska. Ada la sekali tu kawan aku panggil aku murni. Sikit pun aku tak toleh kat dia. Nampak sangat aku pending bila kawan-kawan sendiri panggil cmtu. Kalau kat rumah, jiran2 n family aku panggil aku murni. Tu pasal la aku tak alert bila kawan aku tetibe panggil aku murni. kan besenye siska...adeehhh...Masalah...masalah...hoho

so tuk pengetahuan korang,,jangan ingat aku gne nama cik siska tu sesaje tau. dah itu memang nama aku dalam IC..Teringat pulak citer 'bawang putih bawang merah' sinetron TV3 tu....ceh,,,ade ke patut siska dalam citer tu jahat. Dan ade sekali tu masa kat dalam kelas, cikgu BM aku nak bagi kertas ujian. Cikgu tu pun panggil la 'bawang merah'. Aku dengan penuh bangganya pegi bangun dan terus ambik kertas aku tuh. Terus dak2 kelas aku gelakkan aku. Tu la aku...tindakan refleksi akibat kerap dipanggil 'bawang merah'.
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
dan nama penuh aku ialah

NORSISKA PUSPA MURNI BINTI SAMSUDIN

harap maklum ye
ini nama betul mengikut ic aku
^_^
p/s: aku suka nama aku lain dari yang lain

Friday, December 3, 2010

bila dengar lagu sedih....hati pun menangis~

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu
Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan

korang mesti feeling punye la bila dengar lagu macam ni kan...ngaku jelah...betul tak???
tapi bila dengar zikir....sikit pun tak sentap kannn...yela,,mane nak paham ye tak???
sebab dalam bahasa arab...meh la kita berubah ye....klu dengan cinta hati buleh pulak feeling cmni
kalau dengan cinta MAHA PENCIPTA??? hampehhhh...jom la kita bawak2 baca zikir...
mengaji ke...solat sunat ke...stakat melaung2 nyanyi lagu cmni...satu pahala pun tak dapat tauuuu.
so...aku suggestkan kita semua ni ambik satu waktu tuk muhasabah diri kita...
tuk ubah diri kita selagi termampu..sebelum kita menutup mata.

panas!!! : Bekas Permaisuri Agong saman Syed Abdullah, Syed Hussein a.k.a. UNCLE SEEKERS

Uncle seekers ini memang kebal kot. Entry terbaru dia pun ada lenggok gaya macam muka tak bersalah.
Makan ubat kuat ke uncle??? Astagfirullah al azim...bawak-bawak berubah la uncle oiiii. Dia siap menafikan pulak pasal saman tuuu. Tak caye?? Tgok sendiri belog dia tuuuu..dan ini berita dari UTUSAN.


KUALA LUMPUR 3 Dis. – Bekas Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman hari ini memfailkan saman terhadap pakar paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers kerana telah bertindak melanggar maklumat sulit baginda.

Siti Aishah yang juga sebagai plaintif turut memfailkan saman ke atas bapa kepada Syed Abdullah iaitu Syed Hussein Al-Attas yang merupakan defendan kedua.

Berikutan itu, tarikh pendengaran interparte ditetapkan pada 22 Disember ini di Temerloh, Pahang.
Dalam saman tersebut, Siti Aishah memohon perintah injuksi bagi melarang defendan pertama, Syed Abdullah dan defendan kedua, Syed Hussein untuk tidak mendedahkan sama ada secara lisan atau dalam blog-blog, surat khabar atau wakil-wakil mereka sebarang maklumat mengenai plaintif. – Utusan

p/s: manusia bila dah rasa diri tu BAGUSSSSSSS sgt cmtu la jadinya...

award dari syatoza =)

ini award memang gah la
gerak-gerak lagi tuh
nama pun tuan punye belog tu
belajar komputer
memang la pandai kannnnnnn

ape-ape pun
terima kasih daun keladi ye 
adik syatoza
kalau boleh bagi award 
yang lebih gempaq lagi tauuuuu


INI LAH AWARD YG SERBA CUTE BERGERAK-GERAK
^_^

Thursday, December 2, 2010

korang dapat ke cuti macam aku??

ini entry balik kampung
setelah menghabiskan masa di universiti
berakhirlah semester 5
ohhhhhhhhh
akhirnya CUTI laaaaaaa
korang dapat ke cuti macam aku??
lol...lol...lol


masuk tahun 2011 nanti
aku dah sem akhir okeyh
sem 6 bakal hadir
ape pulak lah dugaan masa tuhhh
ohhhhhh
jangan difikirkan lagi yekkk
yang penting 
aku mesti kena kerja 
macam sem2 lepasssssssssss
adehhhhh
lembik bila cakap pasal kerje
=.=

p/s: seronok bercuti penat bekerja

hati dah pandai berbunga-bunga???

 Tiba-tiba tanpa disangka
baru hari ini aku dapat tahu
hati dah pandai berbunga-bunga
memang ini kenyataan
percayaaaaaaaaalaaaaaaaaahhhhh
ini bukan cobaaaaaaaaaannnn
ini betul-betul

tak percaya lagiiiiii
pleaselah yakin dengan cik siska
tak kan cik siska nak menipuuuuuu
kamu-kamu semua wahai para blogger
SEBAB
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
CIK SISKA MENANG CONTEST LAH
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
hari tu aku kena tag
dengan cik nuruladhar ni
memula rasa malas nak buat
coz masa tu tengah final exam
tapi bila fikir-fikir balik
aku pun join la contest tu

contest anjuran cik liyana a.k.a hatiku hati getah
so aku pun tanpa ragu-ragu pertaruhkan slogan 
ececeh....tapi memang aku suka menangis pun
skali rezeki aku kan
ALHAMDULILLAH WA SYUKURILLAH
bersyukur padaMU YA ALLAH

^_^
ini bukan riak 
ini suke-suke sajek

Wednesday, December 1, 2010

tips dapatkan ketenangan~

meh-meh jenguk belog ni
cik siska ada tipsssssssssss
tips tuk dapatkan ketenangan jiwa
zahir dan batin yeeee
antara korang nak buat atau tak nak jeeee
sapa tak buat rugi wehhhhh
rugi dunia dan akhirat tauuuuu
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

wallllllahhhh...hebat tak tips ni?
ni la tips terhebat sepanjang zaman 
sejak zaman wujudnya Islam
sehinggalah ke hari ni
itulah kuncinyaaaaaa
SOLAT
korang tahu tak ape kelebihan solat ni?
banyak sangattttttttttt ye
ini cuma pengenalan jeeee
t kat entry lain aku story mory kat korang sume
INGAT
solat 5 waktuuuuuuuu
JANGAN TINGGAL ye!!!!

p/s: aku pun nak upgrade kan tahap aku bersolat..supaya lepas ni hati aku lebih tenang~
^_^


Monday, November 29, 2010

horrreeeeeeyyyy!!!!

perangai apakah ini
oooohhhhh terujaaaaanyaaaa
kenapa ni
sukaaaaa terlebihhhhhh
ehhhh jangan suka sangatttt
beluuuummmm lagi la
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
kalau memang dah dasar tak sabar-sabar tu
memang macam ni la perangai
issshhhh....isssshhhh.....issshhhhh
ubah la wehhh
sebenarnyakan
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
FINAL EXAM HABIS ESOK

p/s: klu dasar tak sabar2 tu..semua nak cakap awal2...jgn lupa tesis ye...
tengah tunggu tu...dushhh..adehh...lupa daaa...TESIS ku...

Sunday, November 28, 2010

award BEST blog =)

ALHAMDULILLAH
segala puji bagi ALLAH
sila lawat blog dia okeyh?
sebab dia yg bagi sy award ni
hehe

buka je blog
terus tengok shoutbox
sapelah yg sudi singgah blog saya
yang tak seberapa ni
tup2 dapat award BEST blog nih


blog aku ni tak ada yang BEST pun
blog ni cuma tempat aku nak meluahkan segala perasaan aku
apa yang hati aku ada terdetik tu
aku pun tulis kat sini
ada jugak yang sudi memberi komen n nasihat
aku suka sangat bila korang para blogger ni bagi respon
kawan2 di alam maya pun ok pe?
betul tak..hehe

okeyh la ye
so,,aku nak bg award ni pada yg jadi FOLLOWER aku.
bila korang-korang yg dah follow aku tu nampak je entry ni
pe lagi kan
cepat-cepat respon komen kat entry ni ye
dan terus amek award tu
^_^

p/s: terima kasih daun keladi..lain kali bagi award lagi tauuuuuu...  

Saturday, November 27, 2010

macam mana hidup tanpa dugaan?

pada malam yg hening ni,,tiba-tiba aku rasa macam nak membebel pasal benda ni. aku pernah pergi satu program tu,,ingat lagi kata-kata tuan penceramah.."hidup ni macam main bola sepak..kalau tak ada pihak lawan tuk bersaing dengan kita..tak ada makna lah gol tu" ibaratnya..bila main tu tak ada pesaing,,tak ada rintangan dan cabaran,,maka tak seronok lah bermain kan. 

masalah,dugaan,ujian,musibah atau sewaktu dengannya tu adalah perencah dalam kehidupan kita. bayangkan bila kita tengok cerita kan,,jalan ceritanya dari mula sampai akhir tak ada konflik langsung dan terus tamat. konfirm sampai bila-bila pun kita menyampah dengan cerita tu. sebab cerita tu tak ada perencahnya. tawar dan hambar je.oh,,anggaplah masalah itu sebagai sesuatu yang positif. itu adalah kata-kata pakar motifasi ye.

tapi aku tetap aku. sebagai manusia biasa aku juga tak lari dari menghadapi pelbagai masalah dalam hidup. dari masalah keluarga,masalah kawan-kawan,masalah belajar,masalah perhubungan dan masalah masalah lain. tetap akan aku,kamu,mereka dan sesiapa sahaja hadapi. dan sebenarnya aku sedang dalam dilema.
blog ini juga lah jadi tempat aku meluahkan rasa. =.=


kusut..aku betul-betul sedang kusut. aku tak tahu macam mana nak menghadapinya. aku cuba menjadi positif,,tapi aku tak berdaya. aku tetap mengalirkan air mata. hati ini hanya aku yang tahu. perasaan ini hanya aku yang tanggung. apa salah aku? tak boleh ke aku nak menikmati sebuah kebahagiaan. kesian lah pada aku. sejak kecil asyik melihat kehancuran di depan mata. aku fobia dengan keadaan itu. aku tak nak merasainya. perit....teramat-amat perit.

~ sampai bila harus begini..aku sedar ujian datang dan pergi..namun aku perlukan ruang untuk mengecapi sebuah kebahagiaan juga. YA ALLAH,,berikan daku kebahagiaan.

Thursday, November 25, 2010

berapa lama lagi nak SABAR ni?

semenjak hari ahad MALAM hari tu
sampailah ke hari INI
walau setitik pun AIR memang tak keluar 
agak-agaknya sampai bila la blok aku ni tak ada AIR

setiap hari memang bangun AWAL
pukul 5 pagi aku dah macam orang KURANG siuman
mencari-cari AIR di merata-rata tempat
ohhhhhh AIR muncul lah dikauuuuuu

minggu ni musim aku FINAL EXAM
masa-masa macam ni la nak dapat DUGAAN
MENCABAR betul kehidupan aku
aku jadi seorang yang menghargaiiiiiiii AIR

berapa lama lagi nak SABAR ni?
kaki aku dah mula CRAMP bagai
aku duk tingkat LIMA ye
tak tertahan KUDRATKU asyik nak turun naik

 benda paling BEST yang aku tengok
ramai yang TADAH air hujan
siap MANDI lagi dengan air hujan tu
berebut nak DAPATKAN air hujan 

tanpamu AKU rasa berpeluh-peluh setiap hari
nak MINUM air pun kena catu
nak MELEPAS HAJAT pun terbantut-bantut
semuanya gara-garamu duhai AIR


~datanglah kepada ku WAHAI AIR
den da ponek tunggu ha......
ketiadaanmu mengajarku ERTI SYUKUR

Tuesday, November 23, 2010

jom join hatikuhati getah giveaway

hari tu baru je kena tag
ni ada tag baru lagi
pape pun thanks ye nuruladhar 
tu tandanya ada org ingat kat aku
sbb tu kena tag
ahaaakkkkssssss O-o

aku bukan tak nak tag kat nama-nama tertentu
tapi aku nak bagi peluang kat semua
baik tak aku
haha
so,sesiapa yg rasa nak join contest ni
sila ke blog cik hatikuhatigetah ye

sebelum aku jawab tag ni
kamu-kamu semua boleh la tengok syarat-syaratnya ye
dah tahu baru buat ye tak?

TERBUKA PADA SEMUA BLOGGER LELAKI & PEREMPUAN
Syarat-Syaratnya : 

  1. Wajib jadi FOLLOWER hatikuhatigetah, yang dah jadi follower pon boleh join :-)

  2. Wajib letak Banner nih kat SIDEBAR kamu.
  3. Reka lah SLOGAN sikit.. Hati ku hati....(tak lebih dari 12 patah perkataan) **contohnya : hati ku hati maggi sebab aku suka makan maggi.

  4. Boleh TAG member-member, ramai lagi best kan !!

SAMPAI 30 NOVEMBER 2010
**JANGAN LUPA TINGGAL LINK ENTRY ANDA KAT SINI**
http://hatikuhatigetah.blogspot.com/

dan sekarang adalah masanya untuk menjawab tag ini ye
aku ni agak kekurangan idea
jadi bila dah fikir-fikir
ini kot slogan terbaeeeeeeeeeekkkkk punyeeeeeeeee dari aku
:
:
:
:
:
:
:
:

" HATIKU HATI AIR BATU KERANA AKU MUDAH TERSENTUH DAN MENANGIS"

knp aku kaitkan dengan air batu? sebab,,,air batu kan mudah cair. cmtu lah jugak hati aku ni. sikit-sikit menangis. huhu. bila la nak jadi kuat ni cik siska oiiii. uweeeeeeeekkk...uweeeeeeeeekkk...macam baby baru lahir tu..aku memang mudah mengalirkan air mata. agak-agak klu aku ni pelakon kat tv tu,da lame kot terkenal sebab dapat gelaran primadona air mata. kire aku boleh je buat air mata aku mengalir. sesaje nak menangis boleh tak?

http://www.emocutez.com

p/s: ingat tak penat ke menangis...tapi dah jadi cm hobi la pulak..hehe ^_^

Sunday, November 21, 2010

ada apa dengan manusia?

YA!!
manusia punya HATI dan punya PERASAAN
apabila seorang manusia tidak diperlakukan seperti manusia
apakah perasaan manusia itu?
memang MENYAKITKAN

pernahkah anda DIBENCI manusia
dibenci oleh manusia yang tidak lagi MENGENALI anda sepenuhnya
PERIT bukan?
terasa seperti diri begitu HINA

bayangkan anda yang BERADA dalam keadaan itu
RASA kan pula keperitannya
anda selalu mengingatkan orang di CORETAN anda sendiri
tetapi ANDA juga seperti itu
bagaimana?

kita semua manusia BIASA
tidak ada TAHAP yang membezakan kita
melainkan KEIMANAN dan KETAQWAAN
  tidak akan ke mana-mana SOMBONG itu
melainkan TERKENA diri sendiri
ketika itu KETAHUI lah
LANGIT TIDAK SELALUNYA CERAH~

p/s: act,aku nak kata yang kita ni tak boleh sombong dalam hidup,selagi kita tak kenal seseorang tu jgn la wat sombong bongkak kan..cube ko plak yang rasa bila orang sombong bongkak dgn ko? tak ke menyakitkan tu.
so,,cuba la kita menerima orang yang ada di sekeliling kita walaupun sukar. pape pun benda ni tak ditujukan kepada kawan-kawan kelasku ye..^_^

"kids & baby photo contest"

saya masih dalam mood exam..tapi cik nadzirah abd halim telah men'tag' saya tuk contest ni ye
jadi tanpa segan silu saya tetap join contest ni 
walaupun buku masih banyak yang menunggu saya 
huhu
banyak lagi tak bace wehhhhhh.......

so,ini senarai insan-insan terpilih tuk contest kali ni.
hope korang join okeh.
jangan malu jangan segan
kepala aku masih serabut
hati aku masih tak pulih
tapi ini salah satu cara
nak hilaaaaaaaaaaaaaannggg stresssssssssss!!!!

1.cik alina
2.cik salwan
3.cik seha
4.cik suhaila
5.cik najihah
6.cik masyitah
7.cik aina
8.cik nadzirah mat khairuldin

syarat -syarat penyertaan.

1. anda mesti menjadi follower blog kedua saya. http://sweetlikekisses.blogspot.com.Selepas ini pemenang akan di umum di blog baru:)..

2. anda mesti tag kepada 8 orang maksimum.tidak boleh kurang.dan bila anda telah tag anda mesti inform pada kawan anda yang mereka telah ditag.:)

3. letakkan banner contest di sidebar anda.

4. anda mesti sertakan satu gambar.tidak kisah gambar anda zaman baby,zaman anda budak budak,gambar adik anda,gambar anak anda,gambar anak saudara anda..

5. hantar link entry anda didalam kotak komen entry contest ini.

6.mesti mulakan title entry dengan nama contest.

7. wajib diberitahu didalam entry tentang contest ini dan hadiah yang bakal diberi kepada pemenang.


tarikh tutup sehingga  30 november 2010 .tetapi terpulang pada saya jika hendak menamatkan tarikh lebih awal:)..so be alert!:)


hadiah yang bakal dimenangi ialah earring dari lazo diamond jewellery.white gold.


mula-mula skali tuk kids & baby photo contest ni confirm la kena letak gambar banner dlukan
ni banner tuk contest ni ye,,wahhh....gambar zaman dulu-dulu la...
like like...^_^


dan ini pula gambar yang saya pertaruhkan
tetttttt
:
:
:
:
:

ini adam
aku amek gambar ni mase tahun 2008 ye..
mase ni aku keje babysitter sebelum aku sambung belajar
ini budak memang manyak degil
tengok muka pun dah tahu
otaiiiiiiiiiiii punyeeeeee
^_^

p/s: aku memang suka budak-budak.