Fill up this form :) tq.

Name:
Facebook Email Address:
Phone Number
Address
How can I help you? Lose weight
Gain weight
Improve health / skin problem
Healthy breakfast
Business opportunity

Form provided by Freedback.

Sunday, October 31, 2010

kalah bukan bermakna lemah

woitttttttt.....wooooooooooooooiiiiiiiiiiiiiiiiittttttttttttttt
HOBIN JANG HOBIN
biar pun kita kalah yg penting kita dah USAHA
tahun depan cuba lagi ye
^_^


semalam lpas je habis perlawanan bola sepak tu,ade je yg msg...sahih2 lagi confirm la kwn2 yg org KELANTAN. masing2 dok bg msg ckp kelantan menang,'gomo kelate gomo'. aku pun tumpang la gembira. bak kata kwn2 senegeri ngan aku...kito sajo yo bagi monang...

ape -ape pun,kalah menang memang adat la dlm pertandingan. rezeki kita tak de nak menang ye tak? jadi,tahun hadapan masih ade. CUBA LAGI tuk wat yg terbaik. kan hidup ini ibarat roda. kadang-kadang kita di atas,kadang-kadang kita di bawah. itulah LUMRAH HIDUP namanya.


benar,kita ni hamba je. pelah yg kita tahu kan. hanya secubit je benda yg kita tahu dalam dunia ni. ALLAH MAHA MENGETAHUI segala-galanya. jangan lah kita berputus asa ye. waaaaaaaaaaaahhhhaaaaaaaaiiii pasukan negeri sembilan. terimalah kekalahan itu seadanya dgn TABAH dan SABAR.

Thursday, October 28, 2010

saje-saje boleh?


saje-saje nak tepek gambar ni kat BLOG
sebab
aku SUKA tengok 
lagi SATU sem sahaja lgi kita akan BERSAMA
selebihnya?
HALUAN masing-masing
ooooohhhhhhhh
saaaaaaaaaaayuuuuuuuuuuuuu
SAHABAT
penyeri sebuah kehidupan
sunyilah hidup TANPANYA
^_^

bahagia dalam duka

untuk kesekian kalinya
AKU SANGAT SUKA 
^_^
sebabnya
HARI INI
last kelas untuk SEM 5
BAHAGIA
maka bermula lah
CUTI 3 MINGGU
=_=
tetttttt
NAMUN
ke'BZ'an tetap melanda
TESIS
FINAL EXAM
uuuuuwaaaaaaaaaaaaaaaaghhhh
DUKA
LARA
mesti ditempuhi jua
FIGHT FOR FINAL

p/s:wishes to all my friends..DO THE BEST K...ALLAH will always by our side


Wednesday, October 27, 2010

ETP: Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina

NOTA KEPALA: baru je aku cerita pasal mencegah lebih baik daripada mengubati,,tengok2 kerajaan kita nak buat PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI. byk kn kelab malam? spa? inikah yg dinamakan NEGARA ISLAM. wahai PEMIMPIN, ketahuilah ALLAH akan MENYOAL tentang KEPIMPINANMU. banyak lg CARA lain untuk kita MAJUKAN EKONOMI NEGARA. ini sekadar PANDANGAN AKU. pandangan ANDA bagaimana? sila KOMEN.


PETIKAN DARIPADA MALAYSIAKINI.COM  :

Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.

Langkah itu dijangka mendapat bantahan golongan konservatif agama yang sebelum ini telah berulang-kali berdemonstrasi membantah kehadiran penghibur antarabangsa. Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika - Adam Lambert yang seorang 'gay'.

Satu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabnagsa ke negara ini.

Mulai suku terakhir 2010, acara antarabangsa yang menampilkan penghibur antarabangsa yang memenuhi tiga kriteria minimum dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).

Kriteria berkenaan adalah:
  • Penarafan kelas A berasaskan pada kedudukan 100 teratas carta Billboard sejak lima tahun yang lalu;
  • Menarik 2,500 penonton bagi setiap acara; dan
  • Telah membuat pertunjukan di tiga tempat antarabangsa.
Selain mematuhi syarat Puspal, mereka bakal tertakluk kepada “garis panduan yang lebih fleksibel”, pelepasan cukai, perlonggaran daripada imigresen untuk menjadikan Malaysia hub majlis acara antarabangsa.
Untuk meminda garis panduan Puspal, seperti yang dicadangkan, jawatankuasa Puspal akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang terlibat (majlis tempatan, Jabatan Imigresen, dan Kementerian Kewangan). Kementerian Pelancongan akan memantau dan menjejak proses pelaksanaan.

Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan

Lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.

Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

"Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu.

Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan

Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.

Menerusi kerjasama dengan Greater KL/KV NKEA, dipersetujui bahawa lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan baharu ialah kawasan di sekitar Central Market.
Kawasan ini akan direkabentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan.

Tuesday, October 26, 2010

ape patut kita semua buat ?

mencegah atau mengubati?
aku rasa kita patut MENCEGAH
bukan tertumpu semata-mata
dengan MENGUBATI


bukan aku nak CAKAP ikut SEDAP mulut
aku cuba memberi PANDANGAN
harap tak ada yg TERSINGGUNG
ok?

bila kita intai,kita tinjau dan kita teliti satu persatu kes yg melibatkan REMAJA hari ni,fuuuuuhhhhh....memang BANYAK + MENINGKAT. aku tengok kes yg SAMA pun dah naik MELUAT ko tahu. bukan niat aku nak kutuk rakyat negara sendiri tapi FIKIR kan lah,,KENAPA? WHY? LIMAZA? kejadian buang anak,anak lari ikut lelaki,anak itu,anak ini bla bla bla bla......TAK SELESAI LAGI. semua ni sebab kita lebih utamakan MENGUBATI daripada MENCEGAH.

MENCEGAH ni lebih kurang mcm ni la..ko tak sakit pun tapi ko wat senaman,ko makan makanan seimbang, pendek kata ko dah jaga la sumenya untuk mengelak kan ko daripada dapat MACAM2 PENYAKIT. tapi kalu MENGUBATI ni,ko da dapat MACAM2 PENYAKIT barulah ko terhegeh-hegeh nak cari ubat,nak kawal sakit ko,wat rawatan sane sini. tu la BEZA dua benda ni.

bagi pandangan aku la,remaja ni kalau kita didik dgn ilmu agama,cara pergaulan dlm islam,dan semua lah yg islam dah anjurkan.INSYAALLAH,dgn izin ALLAH..kita dapat kurangkan segala masalah gejala sosial ni. tapi,klu kita biar kan,kita tak didik,kita tak tunjuk jalan dan cara yg betul,mmg CONFIRM la masalah yg kita hadapi ni tak kan berkurang sampai bile-bile.

sbb tu la kita ni kene percaya peraturan yg ALLAH dah tetapkan kat dunia ni da cukup terbaik dah. kite ni je yg tak nak ikut sume tu. bile bala bencana dah datang barulah kite nak cari jalan penyelesaian. padahal ALLAH dah bagi dah cara nak mencegah drpd bala bencana tu WUJUD. jadi,jom la sam-sama kita kembali kpd fitrah kita sbg manusia. kita perlukan ALLAH untuk mendidik kita.

p/s:MARI MENJADI HAMBA~
slogan hilal asyraf ^_^



Saturday, October 23, 2010

tanda-tanda hati kita keras

disebabkan sy sangat rajin baca iluvislam.com hari ni,jadi sy pun ambik kesempatan untuk meng'COPY' artikel ini buat peringatan kita semua. so,harap-harap ia memberi iktibar dan manfaat dalam hidup kita ye. ^_^



Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan. Ia juga adalah tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil serta ketenangan dan kebimbangan. Hati merupakan sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati.



Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan
Terutamanya malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunat. Allah telah menyifatkan kaum munafik dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran
Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali. Mereka juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberikan peringatan, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman-Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat
Segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego, individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah
Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah diperlekehkan orang lain, tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

p/s: SAMA-SAMA BERSIHKAN HATI ^_^

feeling 1



saya sedang MENABAHKAN DIRI ini. jadi,sy harapkan SOKONGAN anda  sekalian. bila dah BACA entry ringkas berbentuk PESANAN ini,silalah MEMBERI sy SOKONGAN dan DORONGAN. harap-harapnya ANDA semua MEMBANTU sy. sekian,terima kasih.

p/s: mood adalah seperti lalang...jom NAIK kan SEMANGAT sy OK! ^_^

Friday, October 22, 2010

wajib tabah!

hari ni entry LUAHAN RASA
dri semalam mmg SAKIT KEPALA
aku tak sekuat mane
tah la EMOSI MELAMPAU kot

 tapi cmne aku nak HADAPI
banyak sangat benda yg MENGASAK aku
tuk beKERJA KERAS
sume nak SETTLE minggu DEPAN 

1.test tayyarat ghair islamiyyah
2.present nahu sorof
3.kuiz matan 
4.kuiz nahu sorof
5.assignment fiqh jenayah
6.lakonan mandarin
7.oral test mandarin
8.draft tesis
9.test fiqh

senarai punye la PANJANG menjela-jela
sume GARA-GARA minggu depan minggu last kelas
pastu da START cuti 3 minggu
last skali
FINAL EXAM!


p/s: bagaikan mahu pengsan
aku WAJIB TABAH!
YA ALLAH,berikan daku kekuatan dan ketabahan
AMIN.










Thursday, October 21, 2010

award buatku! ^-^



aku agak EMOSI hari ni. disebabkan HORMON2 yg tak berapa nak stabil...aku nak lepaskan TENSION...maka aku nak mengadap la BLOG aku ni. TETIBE cik nia BAGI aku AWARD. wahhhhhhhhhh,,,cik nia dah mengKOOLkn aku skrg ni. walaupun tak bape ok lg,,pape pun TQ cik nia.

soalan-soalan yg diajukan simple je:

1.slogan nape sy suke memoriseorangpemuda?
 > setelah dinilai2 blog ni agak SEMPOI..

2.reaksi lepas dapat award ni?
> tak sangka sangat2 coz baru pas SEDEY2 tau.

3.tag 15 bogger lain


Monday, October 18, 2010

santapan

sekali lagi aku akan mencoretkan sesuatu di sini. hati berkata jari jemari menterjemah. aku lebih selesa menggunakan kata nama 'aku'. biar org nak kata apa. aku selesa begini.

santapan? benar,,,manusia perlukan santapan. bukan raja-raja sahaja yg bersantap. kita juga perlukan santapan. santapan ROHANI dan JASMANI. jom kita perhalusi satu persatu. apekah bezanya dua santapan ini?

nak tahu ape tu SANTAPAN ROHANI..macam ni ye kawan-kawan. kalau dah namanya pun rohani mestilah yg dalam2 ni.*eh2....yg dah fikir kuning tu sila ubah ye ^-^* maknanya jiwa,dalaman kita,hati kita...segalanya yg tak nampak tu. perasan tak? bila kita dah lama tak bersantap dgn SANTAPAN ROHANI ni ape jadi dgn kita. pasti kita akan rasa kekosongan dlm hidup. seolah-olah tak ada hala tuju.

 alangkah sunyinya hidup tanpanya kan

ape agaknya contoh-contoh SANTAPAN ROHANI ni...em,,misalnya kita dengarlah ceramah agama ke,baca buku-buku yg berunsur ketuhanan,solat,membaca al-quran, semua ni antaranya lah yg boleh men'genyang'kan dalaman kita yg dah lama lapar ni. cume kite je yg tak berapa nak lapar sedar kan diri. ingat lah bahawa tujuan kita hidup kat dunia ni semata-mata untuk berIBADAH kpd ALLAH. 

beralih pula kpd SANTAPAN JASMANI ye..ni tak de kaitan langsung dgn sukan-sukan ni. bila kita bercakap soal jasmani. mestilah fizikal kita kan. makan mmg keperluan sebagai seorang manusia a.k.a makhluk ALLAH kat dunia ni. SANTAPAN JASMANI la maksudnya. tapi MEMADAI lah sekadar yg PERLU sahaja. byk tau yg nabi pesan.

''makan sebelum lapar.....berhenti sebelum kenyang" ni la yg selalu dipesan kat kita. sebab ape tu? sebab bila dah kenyang melampau tahap terduduk,bersandar kat dinding. alamat nya tak de la kite-kite semua ni nak beribadah dgn penuh khusyuk n tawadhuk. tu la sebab kita tak leh makan terus-terusan sampai tak ingat sekeliling.

mmg best bila ckp pasal makan

jadi nye..dah tahu kan beza kedua-dua jenis SANTAPAN ni kan. cuma sebagai kesimpulannya..takut pulak anda semua tak paham apesal lah aku cakap pasal benda ni kan. bila kita nak laksanakan santapan rohani dalam diri kita jgn terlebih-lebih dgn santapan jasmani.

tak memasal semua kerja tak jadi. dan ketahuilah bahawa pentingnya santapan jasmani dalam diri setiap individu muslim. kalau kita nak sejahtera di dunia dan di akhirat. ^-^ ok...

p/s: aku juga sedang memperbaiki diri. sama-samalah kita.

Sunday, October 17, 2010

yalal chin meninggal dunia

ALOR GAJAH: Pelakon dan dramatis terkenal, Yalal Chin meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, Kuala Lumpur pada jam 12.15 pagi semalam akibat sakit jantung.

Allahyarham Yalal atau nama sebenar, Yalal Abu Chin, 67, sebelum ini diletakkan di bawah pengawasan rapi Unit Rawatan Jantung (CCU) HUKM selepas mengadu sakit dada ketika mengambil wuduk untuk menunaikan solat Subuh di rumahnya pada 3 Oktober lalu.
Isterinya, Suriani Mohd Yusof, 37, yang berada di sisi Yalal ketika suaminya itu menghembuskan nafas terakhir, berkata kehilangan pelakon itu memang sesuatu yang mengejutkan. 
"Cuma arwah ada menepuk-nepuk bahu saya sebagai isyarat yang mungkin membawa maksud supaya menjaga diri dengan baik jika dia pergi buat selama-lamanya," katanya ketika ditemui di Taman Paya Rumput Indah, Bertam, dekat sini semalam.

Jenazah Allahyarham dibawa dari HUKM ke Melaka kira-kira jam 3.30 pagi dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kelemak, Alor Gajah, kira-kira jam 11.00 pagi semalam. Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Wira Othman Muhamad dan isteri, Datin Wira Halimah Baba turut melawat.

Suriani yang menetap di Bandar Enstek, Sepang, berkata, dia tidak memikirkan sebarang perkara sejak arwah dimasukkan ke hospital kerana serangan jantung disebabkan doktor memberikan suaminya ubat hingga menyebabkan Yalal berada dalam keadaan separa sedar.

Katanya, arwah bukan koma cuma doktor berbuat demikian supaya dia dapat menenangkan diri, sekali gus menurunkan tekanan darah tingginya, selain percakapannya juga tidak lancar.
"Dia seorang suami yang baik dan kami banyak kenangan indah bersama. Dia juga diibaratkan sebagai tok guru atau cikgu kerana banyak memberi tunjuk ajar terutama kepada mereka yang aktif dalam bidang teater," katanya yang mempunyai 12 anak berusia 16 hingga 48 tahun hasil perkongsian hidup dengan arwah.

Yalal yang pernah muncul dalam filem Paloh dan Wanita Bertudung Hitam turut membabitkan diri dalam bidang pengarahan, pengurus produksi dan jururunding skrip. Beliau baru selesai menjalani penggambaran filem cereka, Misteri Jalan Lama arahan Afdlin Shauki, terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd itu.



p/s: BERITA INI DIAMBIL DARIPADA BERITA HARIAN ONLINE

kekuatan

di manakah letaknya?
di hati
di minda
di seluruh anggota
atau 
di sebalik 

KATA-KATA

pasti
setiap yg bernyawa ada kekuatan tersendiri
jgn dihina
jgn dipandang rendah
jgn disalah erti

KELAK
pahala melayang pergi
dosa bertimbun dibahu kiri

MAHU BEGITU?

Saturday, October 16, 2010

gunakan kelebihan yg ade ( ^^ ,)v

wahai adik2,abang2,kakak2, dan segala yg namenya manusia. Ini ade pesanan buat anda semua. Pesanan ini ditaja sepenuhnya oleh kekuatan jari-jemari utk menaip ye. harap2 anda semua bace........JGN tak bace ye.

begini, PERTAMA SEKALI...cube check diri anda. tgok la gne CERMIN ke,TANYE kwn ke,FIKIR sndiri ke.....apekah kelebihan yg anda miliki? bila dah tahu..senang la keje sy pasni..ngeee...

contohnya ye,,anda ni pandai melukis. tak kire la gne pensil ke...laptop ke..lukislah sesuatu yg boleh membantu dlm berdakwah. wlupun anda rasa tak layak, tpi ape salahnya kita mencuba. bukankah kita ini hamba ALLAH. jom kita sebarkan perkara baik yg ada dlm islam. contohnya mcm dlm blog dr.cinta kita ni..aahaaaaaaaaaa,,,kan bagus salurkan dlm bentuk begini. klu nak thu bkk blog beliau ye. http://dirikudrcinta.blogspot.com/

                                                      
tak pun,,,bakat melukis tak de pulak. mungkin anda pandai bercakap. apelah salahnya kita ckp benda2 baik. ye tak? bukan sy suruh anda bg ceramah. tapi....mulakan dgn diri kita untuk ckp yg baik2..nak pahala free tak? mesti lah nak kan...ni la namenya berdakwah pd diri sendiri..n lg bgus klu dpt wat kpd org ramai.

dan utk yg terakhir skali,,emmm....maksud sy contoh yg terakhir ye...hehe. mungkin anda pandai menulis..ye tak ye kan....menulis. blh jugak kita dpt pahala dri sini. tulis tu biarla benda yg bg manfaat kebaikan pada org lain. mcm penulis2 bahan ilmiah yg ada kat negara kita ni. tu maknanya mereka menggunakan kelebihan yg mereka ada. luahkan potensi diri anda utk mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat ye.



so..kesimpulannya....GUNAKAN KELEBIHAN  YG ADE.
untuk manfaat bersama
JOM MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

p/s semua ini peringatan buat diri sy juga. sy budak baru belajar,mana yg salah sila maafkan.

Friday, October 15, 2010

terkesima aku semalam

SEBAB inilah kali kedua aku mendengar slot ceramah oleh individu yg pd asalnya bukan beragama ISLAM. tetapi setelah diberi hidayah oleh ALLAH maka ALHAMDULILAH akhirnya mereka menjadi seorg muslim.
ohhhh,,,SUNGGUH mmg aku terlopong "terkesima" bila dengar kata-kata mereka.

tajuk yg dibentangkan semalam "KEINDAHAN ISLAM DAN KEAJAIBAN AL-QURAN,APA KATA NON-MUSIM". Beliau iaitu Brother Lim Jooi Soon telah memeluk Islam sejak berumur 27 thn.

apa yg aku nak cakap bukanlah berkaitan dgn tajuk ceramah tu. tpi tentang cara penyampaian brother Lim. beliau yg mualaf pun boleh sebut satu persatu surah n ayat dlm AL-Quran tapi kite? yg dah diberi kelebihan,lahir dlm keluarga islam pun tak mampu lg wat cmtu. bkn stakat brother Lim je, ade sorg lg iaitu ustaz shahkirit. beliau pun mualaf jgk. tapi skill lg hebat dri kita yg azali lg islam.

jadi...meh2 la kite sume yg asli lg pure lg ape lg??? meng'UPGRADE' diri kita sbg seorg ISLAM. jgn jadi islam pada nama tapi jadi lah islam yg sejati bak kata ustaz sy ye....hope2 kite sume ni boleh + mampu + kuat + gagah + DLL utk BERUBAH.

sape lagi weh........nak ubah kite??? cube ckp? DIRI KITA je yg mampu ubah. NIAT KERANA ALLAH tu penting. biar sume perbuatan diberkati. tak nak ke pahala free? bile kita niat je nak wt sstu kbaikan n wlupn tak wat lg malaikat da catat da pahala tuk kita.

ok lah,,celoteh panjang2 nti di lain entry ye... ^-^

Tuesday, October 12, 2010

kEliRu

hati sedang berbolak balik

tak tahu antara dua

kalau aku kata ya

tekanan di sana

kalau aku kata tidak

tekanan di sini

jadi

yang mana harus aku pilih?

ya atau tidak?

p/s: keliru nak balik cuti atau tak...

kemalangan ngeri 10.10.2010

malam semalam sy baca dlm akhbar

berita harian online

ketika itu disahkan hanya 11 org shj yg maut

tiada laporan dibuat di akhbar

bila baca akhbar pagi ni

kesemuanya adalah 12 org

kawasan kejadian

adalah sekitar tempat tinggal sy

gambar2 tak dpt sy upload

sbb ngeri sgt gmbar nya

sy tak ade keberanian

ambil lah iktibar drpd kejadian ni

p/s: kuasa ALLAH adalah kun fa ya kun. ingatlah semua yg berlaku atas kehendak-NYA.
AL_FATIHAH BUAT MANGSA YG TERKORBAN


Monday, October 11, 2010

temperature rising!

dah tak tahan..betul-betul tak tahan. mcm mane aku nak sabar lg. tiap-tiap hari mengadap benda yg sama.

klu anak aku tak pe jugak. tak kisah deh. ni makhluk lain tau. asal bangun pagi je ade, asal habis kelas je ade.

apelah yg ko makan ea...sampai 2 kali sehari pulak tu. klu dapat gaji tak pe jugak. ni tak. menghabiskan tisu aku setiap hari.

adoyai..................................mendidih darah ni. tapi bile fikir-fikir balik. tak dapat ape pun bila aku marah. kene terima je la.

klu ko ade akal tak pe gak. tpi kesian,ko ade otak tapi tak de akal. apelah yg patut aku buat ye??
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
DENGAN CICAK NI!!!

P/S: pecah termometer klu mcm ni je selalu.

Saturday, October 9, 2010

i'm going to kill my self!

bila tak da iman

bila hilang pedoman

bila jiwa sesat barat

bila hati sentap

ohhhhhhhhh

dah tak nampak segalanya

rasa macam nak tumbang

esok

ada tamrin balaghah lg

malah

dgn bangganya

aku!!!!!!!

TAK BACE SEPATAH HABUK PUN

p/s: kepala berpusing 360 darjah...

Friday, October 8, 2010

hajat ~

Alhamdulillah segala puji bagi ALLAH.

semalam hari terakhir utk puasa 6 (^-^) bersyukur kepada ALLAH krn masih diberi ruang dan peluang untuk beribadah kepadanya.

drpd sebelum raya lagi ada hajat di hati yg tak tercapai. bukan krn hajat tu sukar sgt cuma byk halangan-halangan yg menyebabkan hajat terbantut.

disebabkan assignment + test + kuiz + present dll menjadi penyebab sy malas nak bergerak ke pasar malam tuk sempurnakan hajat tu.

bila dah terseksa dan merana ditambah pulak dgn sedikit ruang-ruang kosong yg ada maka sy pun ingat nak la melangkah ke pasar malam smlm.

tapi akhirnya org lain yg tolong sempurnakan hajat sy.

terima kasih daun keladi kpd rumate n classmate kak izzah. diorg la yg tlg sy.hehe. jadi,smlm sy berbuka puasa dgn mereka.

dapat jugak sy makan NASI DAGANG yg dah lama sy hajat kan. ibarat mengidam la jgk. alang-alang tu, sy pesan rangka ayam n coconut shake.



NASI DAGANG tu sbnrnya rm2. tapi sgt la sikit bg sy. jadi smlm beli rm3. hambek ko........
kata nak besarkan badan. jdi,ape salahnya beli mknan byk2 kan. yg penting semua HABIS.

dgn jayanya sy menghabiskan semua itu dan ditambah pula dgn ice cream cornetto ye.

perfect! at last kekenyangan.

p/s: YA ALLAH hambamu bersyukur di atas segala pemberianmu. ameen~



Thursday, October 7, 2010

hitam putih

berkecamuk

berserabut

berserabai

berbulu lak aiiiiiiiiii

tengok soalan test tadi

adoyai

apesal la senang sangat kan

huk huk #_#

kabur biji mata ni

bila dah tahu hitam putihnya nanti

entah-entah

terkeluar pulak

air mata

p/s:mood selepas test macam lalang

Sunday, October 3, 2010

mulakan hari mu

dengan BISMILLAH

niat yg IKHLAS KERANA ALLAH

lantas

SETIAP derapan kakimu itu

adalah PAHALA

tak mahu kah engkau PAHALA PERCUMA

maka

SETIAP PERBUATAN BAIKMU ITU

berNIATlah KERANA ALLAH

sesungguhnya ALLAH ITU MAHA PEMURAH

kepada HAMBA-HAMBANYA =)