Fill up this form :) tq.

Name:
Facebook Email Address:
Phone Number
Address
How can I help you? Lose weight
Gain weight
Improve health / skin problem
Healthy breakfast
Business opportunity

Form provided by Freedback.

Wednesday, July 15, 2009

debaT meNjAna MinDa BeriNtelekTuaL :)



salam perdebatan......
hari ni sy sangat bersemangat untuk menulis..sambil mencari fakta kes untuk DEBAT ALAM SEKITAR yg akan berlangsung di UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS...sy nak berkongsi perasaan dengan anda semua...pernahkah anda terfikir untuk BERDEBAT??? pasti ada yg menyatakan KEBERANIAN mereka utk berdebat...atau 'aku TAKUT la nak cakap depan org,,,DEBAT lagi la tak boleh'...debat bukan lah sesuatu yg mudah kerana apabila kita memilih untuk memasuki dunia perdebatan maka banyak lah perkara yg perlu dikorbankan..
bak kata senior debat sy.."WHEN YOU CHOOSE TO BE DIFFERENT,YOU CHOOSE TO BE DIFFICULT"
itu lah kenyataan yg perlu ditempuhi..sy bukan lah seorang yg hebat dalam dunia perdebatan..sy masih lagi belajar....dan terus belajar untuk meningkatkan keyakinan dan cara sy berfikir...debat itu satu seni yg bukan semua individu inginkan...bagi individu di luar sana yang masih belum mencuba arena perdebatan..marilah mengorak langkah mengatur rentak untuk memasuki arena dunia perdebatan...bagi yang sudah menceburkan diri,janganlah beranggapan anda yang terhebat kerana selagi anda tidak berusaha memajukan diri maka kehebatan itu akan luput begitu saja...debat merupakan satu platform untuk berubah...ayuhlah!!! kita teruskan perjuangan dalam ARENA AKADEMI DEBAT!!!!.............DEBAT MENJANA MINDA BERINTELEKTUAL......

Friday, July 10, 2009

sEsucI sEbUah CinTa :p





Dari cinta lahir kesetiaan, ketaatan dan pelengkap hidup seorang hamba. Rasulullah saw mendidik para sahabat untuk cinta kepada Yang Maha Esa dan Rasul melebihi segala-galanya, jika tidak bagaimana Saidina Ali sanggup meggantikan tempat baginda ketika beliau sedar bahawa nyawanya bakal diambil begitu sahaja. Begitu juga Saidina Abu Bakar, berhjirah bersama-sama baginda ketika peristiwa Hijrah yang penuh liku dan cubaan, bahkan beliau menahan bisanya ular sehingga menitiskan air mata untuk tidak mengejutkan baginda SAW.

‘Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang dia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika dia berkata kepada sahabatnya: Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya) dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.’ (At-taubah:40)

Ketika menjelang Perang Uhud, Abdullah bin Jahsy mengajak sahabatnya, Sa’d bin Abi Waqqash utk berdoa.Abdullah berdoa:

“Tuhanku, berilah aku musuh yang gagah perkasa. Aku berusaha membunuhnya, dan ia berusaha membunuhku. Kemudian ia memotong hidung dan telingaku. Kalau nanti aku bertemu denganMu, Engkau akan bertanya: ‘Man jada’a anfaka wa udzunaka?’ (Siapa yang telah memotong hidung dan telingamu?) Aku akan menjawab bahawa keduanya terpotong ketika aku berjuang di jalanMu dan jalan Rasulullah (fika wa fi rasulika). Dan Engkau, ya Allah akan berkata: ‘Kamu benar!’ (shadaqta).”

Lihatlah sahabat semua, betapanya tingginya cinta mereka kepada agama dan kekasih NYA, betapa besarnya peranan CINTA dalam kehidupan seorang hamba.

CINTAnya Nabi Ibrahim as sehingga sanggup meninggalkan Siti Hajar dan puteranya Ismail di lembah yang tiada berpenghuni kerana mematuhi arahan sang Pemilik segala CINTA. Setelah bertemu semula dengan puteranya, Nabi Ibrahim diarahkan pula oleh Allah swt untuk mengorbankan putera kesayangannya dan berlakulah peristiwa yang membuatkan hati bergetar melihatkan betapa agungnya CINTA seorang kekasih sehingga sanggup berkorban apa sahaja, seperti kata P.Ramlee ‘Berkorban apa saja, harta atau pun nyawa…’

CINTAnya seorang anak sehingga sanggup meninggalkan cita-cita yang menggunung tinggi untuk membantu si ibu dan ayah menyara keluarga, agar adik-adik boleh dihantar ke sekolah untuk meneruskan cita-cita mereka. Tidak boleh dibayangkan oleh akal bagaimana seorang ibu mampu mendidik berbelas-belas orang anak dengan penuh kasih sayang, penuh kesabaran melayan kerenah anak-anak yang tidak pernah habis ditambah dengan sikap anak-anak yang tidak jemu meminta itu dan ini.

CINTA juga membuatkan kekasih junjungan kita Nabi Muhammad saw bertahajjud setiap malam, merintih pada yang satu sehingga bengkak-bengkak kaki baginda, semata-mata untuk menyahut seruan kekasih pemilik CINTA yang Maha Agung.

‘Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajjud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.’ (Al-Isra’:79)

Betapa besarnya kuasa CINTA dalam kehidupan ini membuatkan diri berfikir dan yakin bahawa CINTA lah yang menggerakkan seluruh alam semesta. Seluruh semesta tunduk merendah diri pada Yang Maha Sempurna, bertasbih tanpa henti menurut perlakuan tabiat yang telah ditetapkan oleh NYA begitu juga dengan manusia, sekiranya lahir rasa CINTA tanpa ada had kepada NYA pasti akan berterus-terusan memuji kebesaran Ilahi kerana seorang kekasih tidak akan pernah lupa kepada kekasihnya bukan? Ingin sentiasa bersama-sama dengan kekasihnya dan tidak sanggup ditinggalkan keseorangan walaupun sesaat juga.

Marilah sahabat semua kita refleksi diri kita, setinggi manakah CINTA kita kepada si DIA, si DIA yang sentiasa di sisi tanpa pernah mengenal erti jemu, sentiasa membelai diri dengan penuh kasih sayang malah mengurniakan sang udara tanpa meminta balasannya. Menginginkan untuk bertemu janji (date) lima kali sehari tanpa rasa bosan ,jika kita terlambat si DIA masih menanti dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Sekiranya kita terlupa akan tanggungjawab sebagai seorang kekasih, DIA tidak pernah menutup pintu hati NYA untuk kita kembali kepadaNYA, DIA lah yang selalu ada, sentiasa dekat, lebih dekat dari urat kita, yang sentiasa memerhati di kala kita senang apatah lagi di kala kesusahan. Cukupkah kita mengingati dan menyayangi dan paling utama men CINTAI si DIA?

‘Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). ‘ (At-Taubah:24)



*petikan dari iluv islam

Wednesday, July 8, 2009

sEmanGat bErkoBar???



salam ukhwah...

hati tergerak..tangan bergerak..nak mulakan rentak
bercerita...ada apa dengan semangat??
Semangat ni boleh membuatkan diri saya,anda dan sesiapa
jua bersungguh-sungguh untuk melakukan sesuatu..
Adakah anda merasakan sebegitu?? katakan ya jika benar
dan tidak jika tidak bersetuju...kita akan bersemangat
dalam pelbagai perkara..hatta dalam solat pn kita
mesti bersemangat..kerana kita nak memohon pada sang
pencipta...ALLAH AZZA WAJALLA...bukan mudah untuk kita
terus bersemangat..ada kalanya semangat itu akan luntur
jika kita tak istiqamah..sebagai seorang hamba yang lemah
di sisi ALLAH kita hendak lah sentiasa berdoa agar diri
kita ini sentiasa bersemangat untuk melakukan amal
kebaikan dalam mencari mardhatillah..bak kata pepatah..
jika tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya..
buat mahasiswa mahasiswi sekalian,,memandangkan sekarang
adalah semester baru bagi anda maka semangat yang berkobar
itu jangan disia-siakan..tingkatkan prestasi diri..bersemangat
lah untuk belajar kerana ilmu yang bermanfaat akan membimbing
kita menjadi individu berguna..dengan itu pasti kita semua
tidak akan hanyut dibawa arus..marilah kita sama-sama renungkan
adakah semangat kita pada hari ini membawa ke jalan kebaikan
atau semangat kita itu membawa kita ke jalan yang sebaliknya..