Fill up this form :) tq.

Name:
Facebook Email Address:
Phone Number
Address
How can I help you? Lose weight
Gain weight
Improve health / skin problem
Healthy breakfast
Business opportunity

Form provided by Freedback.

Thursday, January 27, 2011

langit cerah~

 

Ini kisah si langit cerah. Katanya alangkah indah jika langit sentiasa cerah. Langit hendak menyinari alam ini. Nak memberikan kegembiraan kepada semua. Namun impian langit tidak tercapai. Bukankah hukum alam telah menyatakan. Hidup tidak selalunya indah dan langit tidak selalunya cerah. Maka bersedihlah langit kerana tidak mampu memberikan yang terbaik kepada seluruh penduduk alam maya ini.

Langit beranggapan bahawa dia mesti sentiasa cerah. Mesti mampu untuk terus cerah. Langit tetap degil dan tidak mahu mendengar nasihat sesiapa. Satu hari, si bunga ungu menyapa langit. Wahai langit, ingatlah kita semua ada penciptanya. ALLAH lah yang telah menciptakan kita. Mana mungkin kita mampu melawan kehendak dan ketentuanNYA.

Langit terkesima mendengar kata-kata si bunga ungu. Sungguh!!! langit alpa selama ini. Langit telah jauh. Jauh dengan khayalannya. Berangan-angan yang tak mungkin dapat dicapai. Langit akhirnya akur dengan takdir. Sememangnya langit tidak akan selalu cerah. Langit telah menjadi lebih baik dari sebelumnya. Itulah kisah si langit cerah.

p/s: begitu juga kehidupan manusia...~ REDHALAH DAN BERSYUKURLAH~

Saturday, January 22, 2011

tertekan dan tertekan dan terus tertekan!

aku memang betul-betul tertekan. masalah datang bertubi-tubi. aku tak tahu nak hadapi macam mana lagi. memang la orang selalu kata kat aku, zikir banyak-banyak, ambik wudhuk, buat solat sunat, mengaji al-quran, berdoa pada ALLAH dan bla bla bla. itu memang aku tahu. bukan aku tak redha dengan ketentuan ALLAH, cuma aku dah tak tahu macam mana nak hadapi hidup ni lagi.

sampai satu tahap aku dah fikir pasal MATI! aku fikir MATI! aku tahu kita tak patut fikir pasal benda-benda macam tu. aku dah cuba tak nak fikir. tapi kadang-kala keadaan menyebabkan aku tetap fikir pasal itu. aku nak jadi manusia rasional. aku nak jauhkan fikiran aku dari fikir lagi pasal MATI. tapi aku tak kuat nak hadapi macam-macam perkara yang jadi dalam hidup aku.

sia-sia je aku berkorban. tapi tak ada ertinya. sia-sia saja aku menurut kata hati. tapi di akhirnya aku jugak yang terpaksa menitikkan air mata. kalaulah aku tahu ini akibatnya, tak pernah aku pinta untuk itu. kalaulah aku tahu aku yang akan terseksa, tak akan aku dekat. rupa-rupanya derita yang aku dapat. apa gunanya aku sentiasa menjadi seorang yang menerima takdir itu, andai tak ada yang menghagai. ibarat wangian yang aku bagi busuk yang kau balas. ini kah ertinya?

TERTEKAN SEKALIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII~

Friday, January 21, 2011

HATI GETAH NEW YEAR GIVEAWAY!

Hari ini hari cuti di terengganu. Jadi dengan kelapangan yang ada, aku nak menyusun sepuluh jari menaip tag yg diberi khas oleh cik innanie.ariffin. Thanks ye! tehee..Sebelum ni aku pernah join giveaway yang cik liyana buat dan aku menang giveaway tu. Hadiah tu saya suke tau. ^____^ .agak-agak kali ni ade peluang lagi tak untuk menang? ngee~ mode: berharap gituuuu

ini banner tuk giveaway tu 

Seperti biasa kena la ada syarat-syarat penyertaan:

1. DONE! dah jadi follower cik liyana dan lainaz closet

2. DONE! dah postkan entry giveaway cik liyana kite

3. DONE! tag kena kat cik nadzirah abd halim dan cik linda ismail

4. DONE! dah letak banner kat sidebar

p/s: giveaway ni tutup 1.2.2011 jadi sapa-sapa pun boleh join lagi. ^^,

Monday, January 17, 2011

bintang kertas~

aku teringat sesuatu. sesuatu yang penuh dengan pengharapan. dulu,kawan-kawan aku suka sangat buat bintang kertas. katanya,kalau kita buat banyak-banyak dan letakkan di dalam balang ia seolah-olah memberi sejuta harapan. setahyul mana pun kepercayaan ini, ramai juga yang melakukannya. bintang bagaikan harapan yang tinggi sebab bintang kan jauh di langit sana. takkan dapat dicapai dek kita. *cewah,,,puitis lebih ye*



bintang kertas, tetap menyimpul pelbagai rahsia di sebaliknya. kadang-kadang boleh menjadi peneman kita dikala kebosanan. aku sendiri dah lama tak buat bintang kertas ni. oh,,rindunya nak kembali ke zaman persekolahan. lyana mastura...jom kita buat bintang kertas nanti. hehe. aku tetiba rindu kat ko ni. *tak de keje* ngee~ tetiba pulak mention nama ko kat sini. at last! aku menjiwang akibat penangan bintang kertas. ^^,V

p/s: oh bintang hatiku!

Friday, January 14, 2011

BLOGGER GEGARKAN 'U'


Orang lain dah beramai-ramai memeriahkan segmen ni. Aku? terhegeh-hegeh nak join. haha. Ape pun aku tetap nak tumpang sekaki ye. Thanks la abg Ben kita ni. Amat rajin orangnya. Jadi tanpa membazir tenaga aku memikirkan apa nak tulis. Meh kita tengok apa soalan-soalan nya.

1. belajar kat mane?jurusan ape?tahun berape?
belajar kat UnisZa..means Universiti Sultan Zainal Abidin. ape? kat mana? Terengganu ye..maafla,U tak bape nak terkenal. Tapi akan terkenal..Insyaallah..hihi. Jurusan Pengajian Islam pengkhususan Dakwah. Maksudnya dlm Bhs Arab ye. Tahun akhir sem 6. warghhh,,dah nak habis. Tpi bru diploma. Bln 9 ni akan smbg ijazah.

2. asal mane?umur berape?
dengan penuh bangganya aku budak minang....adoii,anak jati Negeri Sembilan yo. Umur thn ni 21. Opss, malu nak cakap. Sebab muka mcm budak-budak. Muahahaha.

3. kenape amek jurusan tuh?
Sebab aku nak sambung bidang kaunseling yg menjurus kpd agama. Tu pasal aku ambik pengkususan Dakwah. Belajar agama dpt pahala tau. Moga-moga aku dapat sambung kaunseling bln 9 ni. Doakan aku tauuu.

 4. cita-cita?
Memula mase kecik-kecik dulu aku nak sangat jadi cikgu.Tapi hakikatnye skrg ni aku nk jadi kaunselor. Aku pun tak mantap mana jati diri. Nak kaunseling org apatah lagi. Harap2nya bila jadi kaunselor aku dapat bentuk lagi diri aku disamping membantu org. ^^,

p/s: Rasa-rasa jumpe tak geng aku kat segmen ni?

Wednesday, January 12, 2011

kenangan itu indah! yang indah itu dalam kenangan!

Kenangan. Mungkin ada yang pahit dan ada yang manis. Tak kisahlah macam mana pun kenangan itu tercipta, yang penting apabila ia ada dalam ingatan kita ia akan tetap menjadi suatu kenangan. Sampai bila-bila pun. Bak kata orang, sampai mati! Hmm, berbicara tentang kenangan..memang banyak untuk diperkatakan. Tapi mungkin sukar untuk aku menyatakannya dengan makna yang tersurat. Biarlah ia menjadi yang tersirat di sini.

Aku seperti biasa. Melalui perjalanan hidup ini dengan pelbagai gerak gayanya. Terkadang aku tersungkur. Terkadang aku gembira. Itu memang lumrah kehidupan manusia. Agaknya sudah sampai masa untuk aku mengakhirinya. Walaupun ada kala aku tetap menanti dengan penuh pengharapan. Namun pada hakikatnya aku cuba berharap pada yang tak nyata. Ia tak mungkin berlaku. Aku yang memilih keputusan itu.

Oh....kehidupan. Aku tidak mengerti. Jauh sekali untuk memahami. Adakah ini yang harus aku tempuhi. Sungguh, kehidupan memang menguji diri ini. Aku tersilap langkah aku juga yang menanggungnya sendirian. Aku tak punya sesiapa. Hanya Allah jadi tempat aku merintih. Menangis air mata darah sekalipun. Semuanya sudah terjadi. Aku tak harus menyesalinya. Aku mesti bangkit dari kegagalan ini.

.:kenangan itu akan tetap ada dalam ingatanku:.

Biarpun sukar untuk melupakan segala kenangan yang telah tercipta. Ya, bukan mudah untuk melupakan memori lalu. Mungkin ia tidak akan luput dari ingatan aku. Aku simpan ia sebagai kenangan silam. Yang tak kan aku buka sampai bila-bila. Aku tetap menanti. Andai kenangan itu dicuit kembali. Mungkin ruangnya masih ada. Tapi, jika memang kenangan itu tidak akan disentuh, akan aku biarkan ia terus menjadi kenangan. Dan berjalan lah aku keseorangan. Tidak ada yang lain aku nantikan selain aku menanti yang itu.

p/s: mungkinkah ia akan terus menjadi kenangan?

Tuesday, January 11, 2011

kejadian siling jatuh!

Kejadian berlaku beberapa hari lepas,tapi hari ni tetibe rasa nak luahkan pulak kat blog. Manusia memang macam tu. Aku pun sama jugak. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Oh, masih berbekas di hati. Tak sampai sehari lepas kejadian siling jatuh tu, aku buat report kat pejabat asrama. Gen tu boleh kata padan muka kat aku. Siap cakap 'tulah..sapa suruh tak tidur masa 4.30 pagi tu, kan da jatuh siling' helloooooooooooooooo, please la be profesional sikit. Aku datang buat report kat pejabat asrama tu kira baik la daripada aku buat report kat surat khabar. hoho. Tak fikir langsung keselamatan pelajar.

Semalam,masa ada pekerja datang kat hostel ni nak baiki kerosakan toilet, alang-alang tu dia tolong baiki siling yang dah berlubang kat bilik aku ni. Terima kasih la ye encik. Berdasarkan penerangan encik tu, baru la aku tahu. Siling kat rumah ni siling gantung. Amat tidak sesuai bagi kedudukan rumah yang berada di tingkat 5. See, ini lah yang aku maksud kan tak fikir pasal keselamatan pelajar. Hei,,bersyukurlah siling tu jatuh kat kerusi. Tapi dah dekat dengan kepala okeyh! Skali melayang kat kepala, agak-agak boleh kot nak saman.

Jari jemari pun dah tak larat nak menaip, aku harus ke kelas sekarang. Korang layan la gambar siling jatuh ni ye. Nak cerita lebih pun tak guna, benda dah berlaku.

serpihan yang jatuh

 
berlubang nih..seram je malam-malam

bucu hujung yg tajam

p/s: macam mana nak lena mlm tu, dgn angin yg kencang..siling terangkat-angkat. lastly, JATUH!

Friday, January 7, 2011

sekali air bah..sekali pantai berubah..BANJIR la!


kan dah kata. ini memang hukum alam. hari itu, masa sedang cuti semester aku tengok je gambar yang kak ziqah upload. pasal kehidupan kat U yang sedang mengalami banjir. sekarang, aku pulak yang merasa. warghhh, itulah. mengelakkan orang lagi. bila sendiri sudah rasa. memang perit. dari semalam sampai sekarang ni, hujan tak reda jugak. kejap lebat kejap renyai-renyai. aku pegi beli makanan pun dengan meredah air banjir yang agak mengelikan itu.

disebabkan banjir tu, teringat pulak aku kat mamat cina sorang ni. aku tak kenal pun. tapi yang paling penting keretanya tersangkut dekat tepi blok aku pagi tadi. walaupun kawan-kawan dia dah datang 5 orang. masih tak dapat jugak nak gerakkan kereta tu. tunggu pulak pengawal keselamatan U ni datang, dan akhirnya dapat jugak kereta tu bergerak. itulah,,nak hantar kekasih punya pasal. sampai begitu jadinya. lepas tu, petang tadi van pulak yang tak boleh reverse. adoii, masa banjir ni la nak tunjuk kekuatan kenderaan masing-masing. =-=

gambar kat bawah ni kredit to kak ziqah. korang rajin-rajin kan diri melawat belog beliau ye. kak ziqah, pinjam gambar ye dear. tak sempat la nak upload. hehe. alamak,,kantoi sudah...nampak sangat tak nak ambik peluang tangkap gambar banyak2 masa hujan ni. tak apelah, esok lusa aku tangkap gambar puas-puas. sekarang pun hujan masih tak reda lagi. aku harap esok bila aku bangun pagi, hujan dah berhenti. wah,,penuh pengharapan tau. kipas pun dah tak payah on kat bilik ni..grrrr,,sejuuuuuuk sangat. stop here now,continue later.~ Zzzzzzz

Thursday, January 6, 2011

entry pertama di tahun baru 2011! apa kes!

ini entry senget sebelah. sebab tuan punye belog ada virus M di dalam dirinya. al-kisah,broadband tidak berbayar semasa meniti hari-hari tahun baru. lantas, virus M masih lagi merebak setelah menjejak kaki ke U pada 2 hb. oh, apakah virus M itu? jawapannya......jeng jeng jeng! MALAS. hahahaha. senang je menjujurkan diri.

orang lain berkobar-kobar, bersemangat, mencurah-curah idea di tahun baru. tapi aku? entah ke mana menghilang. walaupun aura-aura tahun baru mula berlalu melalui hari ke 7 pada hari esok, aku tetap bersemangat nak mengucapkan 'SELAMAT TAHUN BARU' kepada semua rakan2 blogger. bukan aku tak sudi nak menulis awal2. tapi hari tu, aku sibuk menolong angah buat karangan. nak sambung belajar punye pasal. =)

kat terengganu ni macam biasalah, hujan sepanjang hari. boleh dikira banjir la sebab asrama aku dah naik air tau. azam baru dihari ke 6 ni, aku bertekad nak menjadi manusia yang lebih matang. katakan tidak pada sikap kebudak-budakan. cewah, harap bukan sekadar semangat semata-mata. aku pun berazam nak mendekatkan diri lebih baik lagi dari sebelum-sebelum ni kepada ALLAH. oh my lord please guide me. aku harap semua azam aku yg aku tak listkan la semuanya kan kat sini, tercapai. aku nak melalui tahun 2011 ini dengan lebih tabah lagi.

kepada kawan-kawan semua, harap korang pun dapat capai target azam korang tu. aku mintak maaf sepanjang pernah kenal korang,aku telah melukakan hati korang. aku tak nak la korang simpan dendam kat aku. tak tenteram hidup aku nanti. maafkan aku ye kawan-kawan. aku tak mengharapkan korang semua suka kat aku, tapi cukuplah korang boleh terima diri aku dengan tidak membenci aku. aku doakan korang berjaya dalam hidup.



p/s: the beginning of new year 2011