Fill up this form :) tq.

Name:
Facebook Email Address:
Phone Number
Address
How can I help you? Lose weight
Gain weight
Improve health / skin problem
Healthy breakfast
Business opportunity

Form provided by Freedback.

Thursday, March 31, 2011

sakit kepala?

sejak dua menjak ni
aku selalu sakit kepala
sakit yang amat sangat
tak dapat nak gambarkan macam mana
sakit tu kat sebelah kanan

mungkin orang lain rasa biasa
tapi bagi aku sakit kepala ni lain
aku sendiri rasa gusar
kenapa aku selalu sakit kepala
aku tak pernah buat pemeriksaan lagi
takut nak dengar jawapan dari doktor
gerun kalau aku benar-benar sakit
aku sakit ke?


p/s: ade ke yg kisah kalau aku sakit? mungkin ade yg suke. huh!

Saturday, March 26, 2011

Meh sini! ade sesuatu untuk anda.

Phufff,,aku baru balik dari satu bengkel yg unit kaunseling U aku anjurkan. " Teknik Penulisan Resume & Menghadiri Temuduga ". Sepanjang aku menghadiri bengkel ni memang banyak input-input berkesan yg aku dapat. Penat tu xpayah ckp la kan sebab meredah hujan punye pasal. Gambar-gambar non ado ye..kata nak berbengkel bukan bertangkap-tangkap gambar. XD

Ade la satu ayat yang penceramah ni sebut masa dlm bengkel tu. Aku memang sgt tertarik dgn ayat tu. Tetibe wujud ayat tu dari mulut penceramah tu sebab ade sorang ni tanya ape pengalaman pahit yang penceramah tu tempuhi sepanjang memilih kerjaya dlm bidang HR ( pembangunan manusia ). Meh sini aku nak mention ape ayat tu.

" ERASE PROBLEM AND TAKE IT AS A CHALLENGE "


Bagi aku maksud tersirat dari ayat tu mmg sangat mendalam. Selama ni aku selalu menganggap masalah tu suatu perkara yang cukup sukar untuk aku hadapi. Mungkin aku sudah banyak berhadapan dengan pelbagai masalah sejak kecil lagi. Korang ape tahu kan. Yang tak begitu mengenali aku, senang2 je nak hukum aku dengan pelbagai andaian. Tapi andai korang tahu liku perjalanan hidup aku sejak kecil, mungkin korang boleh faham. :)

InsyaALLAH, aku akan berusaha untuk ke arah yg lebih baik. Aku akan berusaha untuk menganggap masalah yang datang dalam hidup aku sebagai suatu cabaran. Dan apabila ia telah menjadi cabaran, maka aku akan cari peluang untuk menjadikan cabaran tu sbg jalan untuk aku mencapai kejayaan. YA! walaupun seseorang tu dah menyebabkan aku rasa putus asa untuk mendapatkan kebahagiaan dlm hidup aku, tapi tak apa. Aku dah anggap benda tu sbg cabaran. Dan pasti dengan izin ALLAH, aku akan berjaya mencapai kebahagiaan itu walau sesukar manapun cabarannya.

p/s: aku keliru dengan kata-katamu,sedangkan aku dapat merasakan apa yg tersirat di hatimu melalui perbuatanmu. Ingatlah, ALLAH tidak pernah melihat darjat seseorang tetapi ALLAH melihat kepada amalannya. Belajarlah menerima org lain dlm hidupmu biarpun sukar krn aku menerima kamu seadanya dirimu itu. ;)

Friday, March 25, 2011

KB MALL menggemparkan lagi!


KOTA BHARU: Tindakan pantas orang awam menyediakan tilam berjaya menyelamat seorang gadis yang terjatuh dari tingkat tiga bangunan kompleks beli-belah KB Mall setinggi 30 meter, petang semalam.

Mangsa berusia 20-an yang dipercayai sebelum itu bergaduh dengan teman lelakinya dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk menerima rawatan.

Sebelum itu, jam 3.50 petang pengunjung KB Mall dikejutkan dengan tindakan gadis itu yang memakai baju putih lengan pendek dan berseluar jeans serta memegang pisau berdiri di tepi tingkat bangunan berkenaan.

Gadis itu berlegar di sudut bangunan sambil memegang pisau kemudian kelihatan bercakap melalui telefon selain menghantar SMS dan secara tiba-tiba cuba menggelar tangan serta lehernya.

Kira-kira 15 anggota Bomba dan Penyelamat dari Kota Bharu serta Pengkalan Chepa yang berada di bangunan itu memujuk gadis berkenaan selama 20 minit, namun gagal menyebabkan seorang anggota menghampirinya itu dalam usaha cuba memujuk mangsa.

Penguasa Bomba Bahagian Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat, Shahrin Yusmal Mat Yusof, berkata anggota Bomba, Mohd Zaki Ismail kemudian turun ke tepi bangunan dan menangkap tangan mangsa.

“Mohd Zaki berjaya menangkap tangan mangsa, namun gadis itu meronta-ronta untuk dilepaskan sehingga separuh badan mangsa hampir terjatuh.
“Oleh sebab tangan mangsa yang licin dan meronta-ronta, pegangan Mohd Zaki terlepas sekali gus mangsa jatuh di atas tilam yang sudah dibentangkan orang awam,” katanya.

Dalam Islam sudah jelas mengenai larangan dan tegahan bunuh diri:

-> firman Allah: Dan janganlah kamu menjatuhkan diri kamu sendiri ke dalam kebinasaan (al-Baqarah, 2:195)

->Dan janganlah kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah amat Penyayang kepada kamu (al-Nisa’, 4:29)

->Di dalam Sunnah Rasulullah s.a.w. kita menemui Hadis-hadis berikut:

1. baginda bersabda: Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu di dunia ini, maka dia akan diazabkan dengannya pada hari kiamat nanti (riwayat Muslim, 1:104; al-Darimi, 2:112 dan Ahmad, 4:33,34)

2. sabdanya lagi: Sesiapa yang menjatuhkan dirinya dari puncak bukit kerana membunuh diri, maka dia akan berulangkali jatuh ke dalam api neraka selama-lamanya, sesiapa yang meneguk racun kerana membunuh dirinya, maka racun itu akan berada di tangannya dan dia akan meneguknya berulangkali di dalam neraka selama-lamanya, sesiapa yang membunuh dirinya dengan menggunakan besi, maka besi itu akan berada di tangannya dan dia akan memukul kepalanya dangan besi itu berulangkali di dalam neraka selama-lamanya (riwayat Muslim, 1:104; al-Darimi, 2:112 dan Ahmad, 4:33,34).

KESIMPULANNYA:

1. Nyawa adalah milik Allah. Dialah yang menghidup atau mematikan seseorang, bukannya orang itu sendiri yang menentukan hidup matinya.

2. Membunuh diri merupakan perbuatan terkutuk yang amat dilarang Allah biarpun di dalam suasana yang lain kadang-kadang kita diwajibkan berkorban hinggakan kepada mengorbankan nyawa sendiri, tetapi ini tidaklah dikira sebagai membunuh diri kerana ada sebab-sebab lain yang lebih besar mengharuskannya, malah kadang-kadang pula diwajibkan kita berkorban seperti berjihad kerana mempertahankan agama, negara dan kehormatan diri dari serangan musuh dan sebagainya.

3. Orang yang membunuh diri akan diazabkan Allah di hari akhirat nanti, dan tidak ada sesiapapun akan terlepas dari azabNya.

Wednesday, March 23, 2011

menjaga hati~


untuk menjaga hati semua orang. 

aku boleh mengundurkan diri.

untuk kebahagiaan orang lain. 

aku sanggup mengorbankan kebahagiaan hidup aku.

pergi jauh-jauh ye.

terbang tinggi-tinggi.

segala perasaan yang empat tahun itu.

kamu boleh tersenyum sekarang.

aku boleh menangis puas-puas pulak.

ye! inilah kehidupan.

ada saja gelanggang lawannya.

aku sudah tersungkur.

biarkan aku tidak bangun lagi.

selamat tinggal.


" hanya ALLAH ada disisiku"
_________________

Monday, March 21, 2011

Marilah berDOA kepada ALLAH~


Selalu diperhatikan doa yang dipohon seolah-olah tidak diperkenankan oleh Allah. Adakah itu tanda doa ditolak?. Sebenarnya, doa manusia yang mencukupi syarat diperkenankan oleh Allah dalam tiga bentuk:


1. Diperkenankan doanya ketika di dunia, dengan diberikan apa sahaja hajatnya.
2. Doanya telah diperkenankan, tetapi hajatnya itu disimpan dan akan diberi di hari akhirat.
3. Doanya telah diperkenankan, tetapi bukan dengan diberikan apa yang diminta, tetapi dengan cara diselamatkan dirinya dari bala bencana.

 
Daripada Abi Sa'id, sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam : "Tidak ada seorang pun muslim yang berdoa kepada Allah Azza wa Jalla, dengan doa yang tidak berunsurkan maksiat atau memutuskan hubungan darah, melainkan diperkenankan oleh Allah salah satu antara tiga : samada dipercepatkan doanya di dunia, atau disimpan untuknya di hari Akhirat, atau dihindari daripada dirinya satu keburukan seumpamanya".

Apabila para sahabat mendengar ucapan baginda itu, mereka lantas berkata : "Kalau begitu Rasulullah, kita perlu banyakkan berdoa!". Kata baginda : "Demi Allah, banyakkanlah berdoa".(Riwayat Ahmad)

Justeru, manusia selalu tidak menyedari, doanya telah diperkenankan oleh Allah, tetapi dalam bentuk lain. Dia perlu meyakini apa yang ditentukan oleh Allah itulah yang terbaik untuk dirinya di dunia dan akhirat.

p/s: semoga DOAku dimakbulkan ALLAH. :)

Saturday, March 12, 2011

BEN ASHAARI : BLOGGER LELAKI vs PEREMPUAN

  1. Dalam memberi pendapat dalam entri , apakah blogger lelaki benar benar ikhlas ?
     
    Ikhlas? bagi aku lelaki biasanya tak pandai nak cakap berselindung. lelaki lebih jujur dalam memberikan pendapat atau pandangan. kalau dah jujur tu, maksudnya mesti ada keikhlasan sekali kan. :)

  2. Blogger lelaki malu nak letak gambar ? Kenapa ?
     
    lelaki malu nak letak gambar? gambar yang macam mana tu? gambar sendiri atau gambar sekadar gambar hiasan. kalau gambar sendiri, lelaki memang agak susah nak tayang sikit. bukan la sebab malu tapi sebab tak penting pun untuk entry diorang. yang penting isinya dan kualitinya.

  3. Pada pendapat anda , kenapa lelaki berblog ? Secara umum ..
     
    lelaki berbelog kebanyakkannya untuk menjana pendapatan. yang ini aku rasa memang konpem. sebab ada kawan laki aku yang bergelar blogger jugak yang cakap mcm tu kat aku. memang tujuan diorang berbelog ni untuk cari duit. tapi ade jugak lelaki berbelog tujuannya untuk sampaikan ilmu yang ada. nak tambah pahala. ^^,V
     
  4. Blogger lelaki lebih mudah dapat ramai follower berbanding perempuan ? Kenapa ?
     
    sebab maybe lelaki lebih kreatif dalam membuat entry. atau bilangan blogger lelaki lebih sikit kot. jadi blogger pempuan ni  rasa curious apelah yg laki ni tulis kan. so,,follow jela. kang lupe url belog laki tu da tak dapat nak tengok entry2 terkini dye. tak gituuuuuuu?

  5. Blog lelaki yang anda wajib masuk setiap hari ..
     

  6. Jika anda blogger lelaki , apakah yang akan anda letak dalam blog anda ..
     
    kalau aku blogger lelaki, aku akan wat belog aku tu sesimple simple belog. tak payah serabut serabut nak blink sana sini. aku akan tulis entry dengan skop yang pelbagai dan boleh bagi ilmu kat orang lain. 
     
    "itu sahaja dari aku. memang letih nak menjawab sume ni. fuhhhhhh, lega aku akhirnya. =) 
    kalau korang nak join, jangan lupe terjah belog en.ben ye."

Thursday, March 10, 2011

korean movie make me crazy!

sampai hari ni aku teringat-ingat lagi cite korea tu. seronok habis la. aku suke lagu losing my mind yang ade dalam cite tu. aku ni bukan la peminat tegar cite korea.

tapiiiiiiiii, gara-gara mengikut cik mirah pegi ambik cite tu dengan cik wawan ni. akhirnya, aku mengalah la. best sebenarnya cite tu. hehehe :)

cewah,,sure korang tertanya-tanya je kan. cite ape lah yang aku dok tengok sampai boleh wat aku jadi gila.

kalau di ikut kan, jalan cite tu jangan la korang percaya. bukan kepercayaan kita pun dalam agama Islam. cite ni tentang kepercayaan dalam agama Buddha.

meh la aku mention tajuknya. kesian pulak aku dengan korang sume ni. " my girlfriend is a gumiho " dikenali juga dengan tajuk " my girlfriend is a nine-tailed fox "

 yang hero ni Lee Seung Ki as Cha Tae Woong & yang heroin ni pulak Shin Min Ah as Gumiho

 
sinopsisnya :
Cha Dae Woong accidentally releases a gumiho, a legendary fox with nine tails that eats the livers of humans. When he finds out that she is a gumiho, he ends up doing crazy things to prevent the girl from eating his liver.

sekian sahaja berita cerita korea dari aku. kalau korang nak tengok, sila download sendiri ye. hehehehe. mana yang dekat dengan aku, sila datang ambil. aku dah gila tengok cite korea.

p/s: nak rehatkan minda~ ZzZzZzZzZz

Tuesday, March 8, 2011

menjadi realiti~

apelah penyakit sejak dua menjak ni. memang tak boleh nak menyabar langsung. nampak tu, nak. nampak ni, nak.

memula ingat nak lupakan je. tapi kalau dah bawak ke mimpi tu. aissshhh, penyakit tu. memang penyakit.

nak salahkan sapa? salahkan badan sendiri jela. nak itu, nak ini. semuanya nak. kalau ade kereta ke, motor sendiri ke kat U ni, boleh jugak aku jadi mendrift atau merempit.

hahahaha,mengarut betul imaginasi aku. "bilalah aku boleh dapat ape yg aku nak nih"

agak-agak apelah yang aku nak kan. bagai pungguk rindukan bulan.


sebenarnya aku teringat-ingat lagi cendol pulut yang aku makan ngan sume geng dakwah kelas aku. semalam punyalah beriya-iya nak beli.

sekali hambekkkkkk ko! non adoooo. TUTUP!.

cessssss, hampa macam hampagas tau tak.

tetibe mesej masuk inbox " Salam siska ptg nie kul 5 ea..aku bwk ko p beli cendol..nk x?" skali aishah yang mesej aku.

suke la gamaknyeeee dalam hatiku ni. tq dear..sudi juga membuatkan mimpi bakal menjadi nyata. =D

mengira detik-detik waktu nak membeli cendollllllllll......bila nak pukul 5 ni?


p/s: tq juga buat afaf coz tlg belikan biskut cheese kegemaran sy tu. sayang korang sume! muahahahah. :)

Tuesday, March 1, 2011

lepaskan!

tak tahu kenapa

aku sendiri tertanya-tanya

sudah beberapa minggu aku menahan

hari ini aku terpaksa lepaskan!


berguguran jua air mata ini

heyyyyyy

siapa kata aku tak kuat!

sekurang-kurangnya aku mampu bertahan

cuma hari ini hatiku tersentuh

lantas tak dapat ku tahan perasaan ini lagi

menangislah! 

untuk kepuasan diri sendiri.

p/s: awk kata sy mcm budak-budak suka menangis.