Fill up this form :) tq.

Name:
Facebook Email Address:
Phone Number
Address
How can I help you? Lose weight
Gain weight
Improve health / skin problem
Healthy breakfast
Business opportunity

Form provided by Freedback.

Monday, April 25, 2011

Keluarga kecilku~

Salam. Minggu ni minggu yang agak pack dengan exam. Minggu depan last paper n minggu terakhir bersama dengan geng dakwah 2008/2011. Terlalu banyak kenangan yang pahit dan manis telah dilalui bersama. Pengalaman mematangkan diri. Pengalaman banyak mengajar hakikat kehidupan di dunia ini. Tak pernah timbul rasa kesal mengenali semua geng dakwah 2008/2011. Korang banyak bagi nasihat & peringatan kat aku. Sayang korang sumeeeeeeeeeeeee. XD

 ~inilah keluarga kecilku~

Dalam gambar tuh tak cukup sorang la...Nanti bile ktorang dah tangkap gambar yg baru. Aku tukar gambar ni okeyh. Dengan keluarga kecil inilah, aku menangis, aku ketawa, aku bersedih, aku gembira. Inilah keluarga kecil yang paling aku sayang. Memang kalau buat program ape pun, kite mesti riang ria sporting habissssssss. Aku sedang menghitung hari untuk detik terakhir kita bersama. Kesedihan yang tak terungkap dek mulut tetapi hati mengetahuinya. 

~ ukhwah kita akan tetap mekar~

Lepas tamat pengajian kat UNISZA ni, korang sume jangan lupe dengan aku ye. Paling penting reunion kelas kitaaaaaaaa 5 tahun dari sekarang tau. Aku nak tengok kite sume dah jadi ape masa tuh. Psssst, mungkinkah suri rumah tangga yang berjaya. kehkehkeh. Atau memasing sibuk dengan kerjaya yang mantap-mantap. * tyme tuh mesti banyak sponser punye. Kan masing-masing dah kerja. Lagi best & meriah reunion kita masa tuh. Eh, aku dah banyak melalut ni. Nanti kite sambung story lagi ye. Wassalam.

 ~lagu bingkisan rindu ni untuk geng dakwah 2008/2011~

p/s: macam mana perasaan korang sume? tsk tsk

Thursday, April 21, 2011

mood swing suam-suam kuku~

salam. hari ini hari pertama exam. paper first memang dah killer subjek. NAHU SOROF. aku dah macam zombi tak dapat nak jawab sangat paper ni. grrrrrr,apesal lah susah sangat soalan tuh. *nama pun exam* memang la susah kan. tapi hakikatnye hari pertama je mood dah tak ok. sume pasal carry mark yang macam hampeh. tak semangat langsung nak jawab exam. =-="

apesal aku macam ni. patutnye sem last ni bersemangat jitu padu kukuh teguh sumelah nak jawab final exam. ni tidakkkkk. maybe sbb paper first yang dah menspoilerkan mood aku ni. bersabo je la yopppp. kalau tidak, mahu giler jadinye kan. ape pun, aku tetap kena "aja2 fighting" dengan diri sendiri jugak. untuk menaikkan semangat aku yang dah luntur hancussss lebusss. 

fighting for final exam!
chaiyok2!

walau ape pun, tetap kena naikkan semangat ini. setakat nak berjuang dalam final exam pun dah lembek mcm jeli, macam mana nak jadi pejuang dalam Islam? ha...ko jawablah sendiri. kene kat batang hidung sendiri kan. jadi, kembalilah wahai semangatku! aku nak habiskan final exam ni sampai 3 mei 2011. okeyh! lepas tuh..horreyyyyyyyyyyyyyyyyyyy. 




p/s: balik kampung oooooo balik kampung ooooooo balik kampung 'nak balik kg' uhuk uhuk.

Tuesday, April 19, 2011

alhamdulillah~

itu sahaja yang mampu terucap buat masa ini


akhirnya tesis telah diterima sepenuhnya


moga-moga dapat A


Insyaallah


doakan yang terbaik buat kami

:)

Monday, April 18, 2011

tesis kami~

tesis kami

hope sumenye berjalan lancar esok

hope penyelia kami "Dr.Daud Ismail" terima tesis kami

YA ALLAH

permudahkan urusan kami sekalian makhlukmu

ameen~

Friday, April 15, 2011

kisah si penjual kasut~

siti: pak cik,kasut cute-cute ni brape harganye?

pak cik: yang tu rm25 je dik. saiz ade sampai saiz 40.

siti: murahnye, sy cube kejap ye. eh, muat la pulak. harga pun murah. pak cik,rm20 la ye.

pak cik: boleh la..boleh la rm20.

tetibe bini pak cik sound pak cik depan siti. eh, knp rm20 pulak. sambik buat muke ketat plus mulut muncung ke depan.

pak cik: ala, tak pe la. bia la harga tu pun.

siti: eh mak cik ni. kang tak beli kang. XD *dlm hati jela* pak cik,nah rm20. terima kasih ye pak cik.

pak cik: sama-sama. pak cik jual.

mak cik masih dengan muke tak brapa puas hati. mungkin dlm hatinya berkata *apelah laki aku bagi harga macam tu, sikit la untung nanti*.


moral of the story: kalau pak cik yang jual memang boley dapat murah tapi kalau mak cik agak-agak boley dapat murah tak? lelaki kalau bab2 berniaga boley berkompromi okey, kalau perempuan agak susah. tapi bukan sume perempuan macam tu. heeee~

Saturday, April 9, 2011

kebetulankah?

macam mana nak mulakan ye. dari semalam rasa nak bercerita kat belog. tapi nak memulakan jalan cerita tu agak samar-samar. takpela,aku cube jugak nak cerita. aku tak pastilah korang penah atau tak, mengalami kejadian seperti ni. kalau ade yang mengalaminya,sila berkongsi dgn aku ye. hee~ bajet macam aku sorang je yang mengalaminya. 

mungkin benda yang berlaku ni kebetulan je. tapi aku memang benar-benar menghargainya. macam ni la. memula aku namakan dulu orang tu sebagai mr.A. sila perasan lebey ye mr.A jika anda membaca post ini. hahahaha...sebab kalau bukan anda yg nak perasan sape lagi kan. XD inilah kisahnya.


kira-kira empat tahun yg lalu,aku pun kenal la mr.A ni. sepanjang aku berkawan ngan dia aku mane penah nak tanye pasal ko lahir bile la, kat mana la, itu la, ini la. *maleh den nak menyibuk hal ekau* sekali selepas setahun kenal,,,caittttt rerupenye mr.A punye tarikh lahir sama ngan aku la. mungkin korang rasa bese je. tapi bagi aku cam best la kan. bukan setakat hari,bulan n tahun je yang sama tapiiiii waktu lahir pun dekat-dekat. mr.A lahir 2 jam awl dari aku. dye lahir pukul 4 lebey pagi, aku plak lahir pukul 6 lebey pagi. 22.9.1990. hahaha,cam dah berjanji plak kan. ;D

yang menambahkan lagi perasaan kebetulan aku tuh sebab jenis darah kami pun sama jugak. yang ni aku tahu mase aku nak sambung blaja. yelah,,kan kene check jenis darah la,,hape la. banyak sangat nak kene check. pastu aku terpikir la nak tanya mr.A kan. Tengok-tengok sama pulak. jenis darah kami " O positif  " walah wehhhh,,,sesenang nanti kalau aku perlukan darah aku cari jela mr.A ni. pssssttt,,mr.A dermakan darah kat i je tau. jgn derma kat org lain tau....weeeeee~

nak tergelak sengsorang je bila aku mengenangkan pasal benda ni. mujur la kite tak sama hospital ye. tapi masih lahir di negeri yang sama la. agak-agak kalau lahir sama hospital,,mau masa hari kejadian mak2 kite berebut bilik bersalin n duk katil sebelah-sebelah je. hahahahaha...boley gak kenal awal-awal sket. *bajet mcm dah pandai berckp je masa tu*.

camtu la ceritanya pasal kebetulankah? aku pun xsure pasal benda2 mcm ni. Aku doakan aku ngan mr.A terus berkawan lagi. ade jodoh kite kawinnnn ye...woi! gatal bebenor nih. takdela,,aku doakan je. kata-kata tu kan doa. ALLAH mendengar segala doa hamba-hambanya. mr.A jgn marah eyhhhhh. Kite pun memang merancang ke arah itu kan. sama-samalah berdoa kepada Yg Maha Esa. =)

p/s: kite sama2 memperbaiki diri ye mr.A. ALLAH tahu jika niat kita baik. Yg penting teruskan berdoa supaya hajat kita dimakbulkan.

Tuesday, April 5, 2011

terus menempuhinya~

Kadang-kadang seperti benar-benar tersungkur. Terus menyembah bumi. Kadang-kadang merasakan langsung tiada kekuatan. Terus sepi seorang diri. Kadang-kadang hilang kewarasan. Terus berfikir yang bukan-bukan. Begitulah manusia. Sedikit dilanda badai seolah dilambung ombak tsunami. Terlalu banyak diuji lantas hilang keyakinan diri.

 

Adat kehidupan di dunia. Terkadang di atas, di bawah dan di atas semula. Semua itu telah ditentukan oleh ALLAH.  Mungkin kita merasakan kita terlalu hebat dan amat mudah untuk menindas orang lain. Mungkin kita merasakan kita terlalu kerdil sehingga terus berdiam diri meskipun ditindas orang lain. Tidak penting siapa menindas atau siapa tertindas. Tapi yang penting ingatlah ALLAH tidak pernah berbuat sedemikian kepada kita sekalian manusia melainkan kita yang menzalimi diri sendiri.

Sewajarnya kita menilai diri sendiri. Sejauh manakah perilaku kita di dunia ini. Melihat kelemahan dan kekurangan diri serta melihat kelebihan dan kekuatan diri orang lain. Supaya kita boleh memperbetulkannya dan sentiasa menerima kehadiran orang lain dalam kehidupan. Bukankah itu lebih baik?

p/s: YA ALLAH,,daku menilai diriku sendiri. Daku terus menempuhinya. Jauhi daku daripada perasaan benci. Dekatkan daku dengan perasaan sayang kepada teman-temanku ini. :)

Saturday, April 2, 2011

counting the day~

macam tak percaya
tinggal sebulan lebih je lagi
setelah 3 tahun menetap di Kuala Terengganu
oh,,tidak ku sangka
pengajian ku di UNISZA bakal berakhir



 bersusah payah mengharungi
pelbagai cabaran hidup di sini
namun kehidupan perlu diteruskan
walau sesukar mana sekalipun
aku tahu aku mampu menghadapinya

dugaan datang dan pergi
silih berganti meniti hari
aku kini mengira detik waktu
andai masih diberi peluang
hulurkan tanganmu menerima diriku
sesungguhnya aku hanya manusia biasa
terimalah aku seadanya

p/s: sayu je rasa bila nak dekat habis blaja ni. YA ALLAH daku bersyukur krn masih diberikan nafas untuk meneruskan perjalanan di dunia ini. Berikan daku ketabahan~