Fill up this form :) tq.

Name:
Facebook Email Address:
Phone Number
Address
How can I help you? Lose weight
Gain weight
Improve health / skin problem
Healthy breakfast
Business opportunity

Form provided by Freedback.

Monday, February 28, 2011

rasa yang ini~

tak mahu minta yang lain
hanya mahu minta yang ini
menghitung hari mahu mengakhiri
hari-hari terakhir 
untuk semester akhir






p/s: nak balik rumah! hukhuk

Thursday, February 24, 2011

kasih suci~

kasih suci? ini bukan kisah cintan cintun zaman cinta monyet okeyh. ini luahan perasaan berkenaan kasih suci seorang ibu dan juga ayah. owww, memang sedang merindui bonda dan ayahanda terchenta yang jauh di mata tetapi dekat di hati. "slogan tv9 la pulak =_=" kasih suci seorang ibu dan ayah yang tak pernah berbelah bahagi. cuma, kadang-kadang kita yang tak bersyukur mendapat seorang ibu dan ayah yang benar-benar memberikan sepenuh jiwa raganya kepada kita. cepat-cepat berdoa pada ibu dan ayah anda sekarang juga selepas membaca entry ni ye! wajib! sayangilah mereka sebelum terlambat.

 
"betapa mudahnya seorang ibu dan ayah berkorban untuk anaknya tetapi betapa sukarnya seorang anak hendak membalas pengorbanan ibu dan ayahnya"

teringat kembali pada bait-bait lagu nyanyian Yusuf Islam yang bertajuk " Your Mother". sayu hati ini apabila mendengar lagu itu. sayu lagi hati seorang ibu dan ayah yang lama dibiarkan kesepian di rumah orang-orang tua. itukah bukti kesetiaan seorang anak pada ibu dan ayahnya! membiarkan mereka meniti hari-hari tua dalam keadaan yang menyedihkan? sampai benar hati anak memperlakukan mereka sedemikian.

Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
 
ingatan buat diriku dan semua, berbaktilah pada kedua ibu dan ayah sementara mereka masih ada. sentiasalah mendoakan kesejahteraan mereka. redha ALLAH terletak pada redha kedua IBU & AYAH. kasih ibu membawa ke syurga kasihnya ayah kekal selamanya. =)

Tuesday, February 15, 2011

.:Setulus cinta Nabi Muhammad:.


 Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap, Rasulullah s.a.w. dengan suara terbatas memberikan kutbah.
"Wahai umatku, kita semua berada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al-Quran dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.
"Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu.
Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya.
Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk. "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah,
Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggil Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega,matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan risau, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: "Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan-lahan ruh Rasulullah ditarik. Seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengadu. Fatimah terpejam. Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.
"Ya Allah, dahsyat sungguh maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya.
"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku (peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.)"
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
"Ummatii, ummatii, ummatiii.. (Umatku, umatku, umatku).."
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai seperti Baginda mencintai kita? Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Sahabat-sahabat muslim sekalian, marilah kita renungkan kembali pengorbanan Rasulullah kepada umatnya, betapanya cintanya Rasulullah kepada umatnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan Rasul-Nya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.
Pernahkah kita menangis untuk Rasulullah s.a.w? Sedangkan di akhir hayat baginda menangis kerana kita. Renungkanlah...

~petikan iluvislam~

Monday, February 14, 2011

Friday, February 11, 2011

jom bercinta!

~jangan mengharap cinta manusia
jika mengabaikan cinta ALLAH~


semalam aku dengar sebuah diskusi mengenai
" Nikah Khitbah: Perkahwinan di Alam Kampus"
panel-panel jemputan memang mantap-mantap ye
terutamanya Ustaz Badlishah
memang tak sangka ustaz ni ex-student u aku
masa tu zaman KUSZA
sekarang sudah jadi UNISZA


ayat yang paling aku ingat berdasarkan diskusi semalam
Isteri bukan macam bola
bila tak dapat kejar,bila dah dapat sepak
Isteri bukan macam papan skateboard
bila tak guna dilap papannya,bila nak guna pijak
Isteri bukan macam bulu tangkis
bila nak pegang,bila tak nak pukul 
TETAPI 
Isteri ni macam bola ragbi
bila tak dapat kejar,bila dah dapat jaga
macam juga hujung jari 
lukanya boleh diubati,hilangnya sukar dicari ganti


.:jangan mengharapkan kesempurnaan dalam perkahwinan tetapi binalah kesempurnaan itu:.
" Semoga perkahwinanmu dirahmati ALLAH di dunia dan akhirat"

Saturday, February 5, 2011

pengorbanan~

banyak yang telah dikorbankan
banyak kali hati disakiti
banyak kali jiwa dilukai
apa lagi yang harus diberi
ahhhhhhhhhh
bosan 
benci
semuanya sama sahaja
aku kau berbeza!

Tuesday, February 1, 2011

Mengimbau nostalgia lama ^^,V

cewah, ayat nak best je. nak yang gempak-gempak macam sup gear box konon. haha. ini betul-betul. bukan main-main. sebut je pasal nostalgia, muka naik la merah padam. apatah lagi kalau orang lain yang membuka lembaran nostalgia tu. nak tergelak besar dibuatnya. kehkehkeh. nostalgia antara aku dengan cikgu sekolah aku dolu-dolu. *mintak izin nak cerita ye datin*

ibarat hikayat cerita seribu satu malam. meh aku bukakan kisahnya. dulu, kira-kira 8 tahun sebulan yang lepas, aku telah mengenali seorang pejuang anak bangsa yang bernama Ustazah Datin Hjh Zakiah bt Kasim.beliau sekarang bertugas sebagai pengetua dan bakal berpencen pada bln 5 ni. huhu. lagi la bertambah susah nak jumpa mcm ni. sadis....sadis...



aku ni dulu rapat la jugak dgn datin ni. masa tu beliau jadi GPK HEM. selalu je aku tido bilik warden kalau datin jadi warden bertugas. pastu aku la yang selalu siram pokok bunge asrama kalau datin suruh. hehe. masa tu zaman budak-budak hingusan tau. bila datin pindah sekolah waktu tu aku form 3, aku siap menangis lagi. sayang punye pasal sampai menangis. huhuhuhu.... apesal aku boleh teringat-ingat kat sume yang penah berlaku ni?

haiyakkkk,,,,mestilah sebab aku ada berjumpa datin. aku suke sangat bila dia masih ingat lagi nama aku. ala, nama pelik. so cikgu-cikgu yg kenal aku memang pasti ingat la nama aku. hehehehe...ini bukan kes riak. tapi suke hati sajoooo. masa aku salam datin siang tadi, terasa sayu je bila datin cium pipi aku. mana tak nya, bersungguh tau datin cium pipi aku. itu namanya ciuman kerinduan.

dah macam karangan sekolah pulak aku melalut ni. inilah nostalgia lama aku. korang ade ke nostalgia macam aku ni? meh la share ngan aku. nak gak tahu ape nostalgia korang masa zaman sekolah. mungkin nostalgia korang lebih hebat lagi gemak kan. hehe.... =)