Fill up this form :) tq.

Name:
Facebook Email Address:
Phone Number
Address
How can I help you? Lose weight
Gain weight
Improve health / skin problem
Healthy breakfast
Business opportunity

Form provided by Freedback.

Thursday, December 31, 2009

ketahuilah ttg 1 JANUARI..tahun baru..

JANGAN Sambut 1 Januari, Kenapa?

Jgn Sambut 1 Januari Kenapa
Posted By : DilaDellila (Dila, Delli


Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh saudara Zulkifli Nordin. Dibawah
ini adalah intipati kuliah beliau yang sempat disalin.

Diantara lain, beliau mengupas ayat 120, surah Al Baqarah, mafhumnya :-
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau
suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka yang
telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk
Allah ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya
jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu
yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah
engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan
memberi pertolongan kepada mu.

Beliau juga menyebut hadith Rasulullah SAW yang berbunyi, lebih kurang :
UmatKu dilalaikan tanpa disedari seperti semut hitam diatas batu hitam
dimalam yang gelap. Siang ia Islam, malam ia kufur; dan siang ia kufur,
malam ia Islam. Yahudi & Nasarah yang tidak redha akan Islam kita akan
menggunakan apa saja cara untuk menyesatkan kita. Sekarang mereka
menggunakan cara yang begitu halus sampai kita sendiri tidak sedar yang
kita telah mengikuti mereka. Tengok saja disekeliling kita ...
Contohnya,haribulan. Berapa ramai yang tahu bahawa cara tarikh Masehi
ini ada kaitannya dengan tuhan mereka

21hb Ogos 2002 AD. Apa maksud AD dibelakang? Makna AD ialah "Anno
Domini" bahasa Latin yang bermaksud "Anno" ialah aku/saya dan "Domini"
ialah tuhan dilahirkan. Jadi 21hb Ogos 2002 boleh diertikan sebagai"...
. beberapa hari setelah tuhan aku dilahirkan. "
Nauzubillah ... . Insaflah kita kerana secara halus kita mungkin
termasukdalam kategori umat Nabi Muhammad SAW seperti diatas. Sebab
tulah kita dianjurkan supaya beristighfar selalu.

Bila sampai 31 Disember, berapa ramaikah umat Islam yang meraikan tahun
baru? Tetapi sedarkah mereka bahawa telah difatwakan oleh
Sheikh-ul-Azhar, Sheikh Tantawi, Sheikh Yusof al-Qardhawi dan ulama2
contemporary bahawa menyambut 31 Dis. bererti menyambut ulangtahun hari
jadi tuhan Yahudi & Nasarah? Bagi mereka yang tidak tahu, hukumnya
fasik, tetapi bagi mereka yang tahu (kita sekarang sudah
tahu) hukumnya ialah MURTAD. Nauzubillah.

Sesungguhnya yang baik itu adalah dari Allah S.W.T dan yang kurang serta
salah dan silap adalah dari kelemahan saya sendiri.

Wallahualam.

No comments: