Fill up this form :) tq.

Name:
Facebook Email Address:
Phone Number
Address
How can I help you? Lose weight
Gain weight
Improve health / skin problem
Healthy breakfast
Business opportunity

Form provided by Freedback.

Thursday, July 4, 2013

Review: Majlis Pertunangan 22.06.2013


Assalamualaikum~

Waaaaaah, lama sangat aku menyepi. Tup tup aku dah pun selamat menjadi tunangan orang. Alhamdulillah. Syukur sebab kami telah melalui satu fasa lagi. Aku dgn en tunang dah berkawan selama 7 tahun setengah. Lama mengenal hati budi masing-masing. :') 

Hari ni tak dela nak cerita semua benda kan. Aku tak rajin macam blogger lain untuk cerita satu persatu. Checklist segala. Haha. Korang yang belum melalui fasa ni atau bakal melaluinya pasti tengah pening memikirkan berapa kos, warna apa, cincin yang macam mana. :O banyaknya nak fikir.

Sebenarnya kos nak bertunang ni bergantung pada individu. Kalau nak buat family-family macam style lama tu memang mudah je. Kalau nak buat sederhana sikit ada la duit yang akan mengalir keluar. Hee..aku memang tak rajin nak survey kos orang lain. Aku & en tunang buat ikut kemampuan kami berdua. 

Aku nak tunjuk baju tunang aku untuk tatapan korang. :D sebagai inspirasi di majlis bahagia korang nanti. Jangan tanya mana aku dapat idea nak buat macam tu. Aku tak cerewet mana bila aku guna servis orang. Sebab aku paham macam mana perasaan orang yang nak memberi servis. 

 ini baju tunang saya sebelum di beading ^___^

Aku tak tahu kenapa aku pilih warna ni. Warna memang pilihan kedua waktu tu. Aku tengok page The Sweet Kurung terus aku jatuh hati dengan design ni. Ada 4 pilihan warna. Pink, orange peach, green mint & kelabu. Tanya kawan-kawan office, diorang pilih yang ini. So, aku terus tanya en tunang dan dia kata OK! Hehe.

Hari-hari aku mengoogle mencari idea mana lah tempat yang sesuai untuk aku tempah tudung. Hari-hari jugak aku memikir warna apa untuk tudung sebab kawan office kata jangan ambik warna sama dengan baju. Kang nampak aku macam pokok. Cessss, pokok?? Adakah sebab aku kurusss.

Syukur aku jumpa jugak orang yang boleh settelkan pasal tudung aku. Aku jumpa page Vivadhea dari belog b2b. Terus aku buat order. Takut tak sempat siap kalau aku masih tangguh-tangguh. Pemilihan warna tudung Vivadhea yang buat. Hanya orang kreatif boleh buat keputusan. Aku yang tak berapa ni hanya mengikut. Dan akhirnya aku dapat la tudung yang ini.

ini shawl halfmoon peach pink saya ;D
 
Nak dijadikan cerita baju aku tu kosong. So memang tak menarik langsung. Aku pun tanya Vivadhea boleh ke beadingkan baju aku. Aku bagi gambaran nak letak kat belah mana untuk baju aku tu. Lace ape, manik macam mana sume aku tak tanya. Ikut lah mana yang nampak cantik di mata. Tak sangka baju yang aku dapat buat aku jatuh hati. Dari rasa nak sewakan lepas guna, terus rasa nak simpan untuk diri sendiri je. Begini jadinya selepas di beading oleh Vivadhea.

saya suka design beading dari Vivadhea. Menarik! :)
 
Kita mesti rasa confident bila orang cakap, eh cantiknye baju kau. Wah, warna menarik lah. Tanya kat mana kau tempah & bla bla bla lagi soalan yang menjela-jela. Alhamdulillah sekali lagi, Allah makbulkan doa kami untuk menjadikan hubungan ini lebih serius. Menghitung hari untuk hari bahagia pulak? Oh belum. Yang itu kami tak hitung lagi. Semoga Allah mudahkan urusan kami untuk mendirikan rumahtangga bersama. :")
 
 
Thanks untuk The Sweet Kurung & Vivadhea yang telah memenuhi citarasa hatiku. Nak tunjuk gambar aku pakai baju tu tapi nanti-nanti lah. Sekian. xoxo.
 

5 comments:

Ruwaida Ridzwan said...

wah! sy pon order shawl halfmoon beads from Vivadea jgk utk majlis nikah sy nanti^^

x sabar nk tgk awk pkai bj tue.cpt la upload :)

cik siska ^_^ said...

ruwaiza: heee...shawl dr vivadea best tau. xrugi tempah dgn dia. ;D
Inshaallah, next entry sy upload.

Unknown said...

thanx siska! for the blog post ^_^

Unknown said...

Boleh tahu kos beading baju and tudung tu? Tq. btw. Both baju and tudung are Very pretty!

cik siska ^_^ said...

utk kos tu kite pm awk k. meh alamat email.. :) btw, thanksss!