KOTA BHARU: Tindakan pantas orang awam menyediakan tilam berjaya menyelamat seorang gadis yang terjatuh dari tingkat tiga bangunan kompleks beli-belah KB Mall setinggi 30 meter, petang semalam.
Mangsa berusia 20-an yang dipercayai sebelum itu bergaduh dengan teman lelakinya dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk menerima rawatan.
Sebelum itu, jam 3.50 petang pengunjung KB Mall dikejutkan dengan tindakan gadis itu yang memakai baju putih lengan pendek dan berseluar jeans serta memegang pisau berdiri di tepi tingkat bangunan berkenaan.
Gadis itu berlegar di sudut bangunan sambil memegang pisau kemudian kelihatan bercakap melalui telefon selain menghantar SMS dan secara tiba-tiba cuba menggelar tangan serta lehernya.
Kira-kira 15 anggota Bomba dan Penyelamat dari Kota Bharu serta Pengkalan Chepa yang berada di bangunan itu memujuk gadis berkenaan selama 20 minit, namun gagal menyebabkan seorang anggota menghampirinya itu dalam usaha cuba memujuk mangsa.
Penguasa Bomba Bahagian Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat, Shahrin Yusmal Mat Yusof, berkata anggota Bomba, Mohd Zaki Ismail kemudian turun ke tepi bangunan dan menangkap tangan mangsa.
“Mohd Zaki berjaya menangkap tangan mangsa, namun gadis itu meronta-ronta untuk dilepaskan sehingga separuh badan mangsa hampir terjatuh.
“Oleh sebab tangan mangsa yang licin dan meronta-ronta, pegangan Mohd Zaki terlepas sekali gus mangsa jatuh di atas tilam yang sudah dibentangkan orang awam,” katanya.
Dalam Islam sudah jelas mengenai larangan dan tegahan bunuh diri:
-> firman Allah: Dan janganlah kamu menjatuhkan diri kamu sendiri ke dalam kebinasaan (al-Baqarah, 2:195)
->Dan janganlah kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah amat Penyayang kepada kamu (al-Nisa’, 4:29)
->Di dalam Sunnah Rasulullah s.a.w. kita menemui Hadis-hadis berikut:
1. baginda bersabda: Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu di dunia ini, maka dia akan diazabkan dengannya pada hari kiamat nanti (riwayat Muslim, 1:104; al-Darimi, 2:112 dan Ahmad, 4:33,34)
2. sabdanya lagi: Sesiapa yang menjatuhkan dirinya dari puncak bukit kerana membunuh diri, maka dia akan berulangkali jatuh ke dalam api neraka selama-lamanya, sesiapa yang meneguk racun kerana membunuh dirinya, maka racun itu akan berada di tangannya dan dia akan meneguknya berulangkali di dalam neraka selama-lamanya, sesiapa yang membunuh dirinya dengan menggunakan besi, maka besi itu akan berada di tangannya dan dia akan memukul kepalanya dangan besi itu berulangkali di dalam neraka selama-lamanya (riwayat Muslim, 1:104; al-Darimi, 2:112 dan Ahmad, 4:33,34).
KESIMPULANNYA:
1. Nyawa adalah milik Allah. Dialah yang menghidup atau mematikan seseorang, bukannya orang itu sendiri yang menentukan hidup matinya.
2. Membunuh diri merupakan perbuatan terkutuk yang amat dilarang Allah biarpun di dalam suasana yang lain kadang-kadang kita diwajibkan berkorban hinggakan kepada mengorbankan nyawa sendiri, tetapi ini tidaklah dikira sebagai membunuh diri kerana ada sebab-sebab lain yang lebih besar mengharuskannya, malah kadang-kadang pula diwajibkan kita berkorban seperti berjihad kerana mempertahankan agama, negara dan kehormatan diri dari serangan musuh dan sebagainya.
3. Orang yang membunuh diri akan diazabkan Allah di hari akhirat nanti, dan tidak ada sesiapapun akan terlepas dari azabNya.
4 comments:
ish~!
ish jugak~! tah hape2 perangai.
baik mati terus.. <--jahat ni! xD
opssss...no komen! XD
Post a Comment