Ade la satu ayat yang penceramah ni sebut masa dlm bengkel tu. Aku memang sgt tertarik dgn ayat tu. Tetibe wujud ayat tu dari mulut penceramah tu sebab ade sorang ni tanya ape pengalaman pahit yang penceramah tu tempuhi sepanjang memilih kerjaya dlm bidang HR ( pembangunan manusia ). Meh sini aku nak mention ape ayat tu.
" ERASE PROBLEM AND TAKE IT AS A CHALLENGE "
Bagi aku maksud tersirat dari ayat tu mmg sangat mendalam. Selama ni aku selalu menganggap masalah tu suatu perkara yang cukup sukar untuk aku hadapi. Mungkin aku sudah banyak berhadapan dengan pelbagai masalah sejak kecil lagi. Korang ape tahu kan. Yang tak begitu mengenali aku, senang2 je nak hukum aku dengan pelbagai andaian. Tapi andai korang tahu liku perjalanan hidup aku sejak kecil, mungkin korang boleh faham. :)
InsyaALLAH, aku akan berusaha untuk ke arah yg lebih baik. Aku akan berusaha untuk menganggap masalah yang datang dalam hidup aku sebagai suatu cabaran. Dan apabila ia telah menjadi cabaran, maka aku akan cari peluang untuk menjadikan cabaran tu sbg jalan untuk aku mencapai kejayaan. YA! walaupun seseorang tu dah menyebabkan aku rasa putus asa untuk mendapatkan kebahagiaan dlm hidup aku, tapi tak apa. Aku dah anggap benda tu sbg cabaran. Dan pasti dengan izin ALLAH, aku akan berjaya mencapai kebahagiaan itu walau sesukar manapun cabarannya.
p/s: aku keliru dengan kata-katamu,sedangkan aku dapat merasakan apa yg tersirat di hatimu melalui perbuatanmu. Ingatlah, ALLAH tidak pernah melihat darjat seseorang tetapi ALLAH melihat kepada amalannya. Belajarlah menerima org lain dlm hidupmu biarpun sukar krn aku menerima kamu seadanya dirimu itu. ;)
2 comments:
suka ini :)
btw, macam ner nak dapat font tulisan macam awk punya niyh? cantik ahh :) ngeeee.
tq dear...ngee~
ow,,font tu ye..awk g kat design > template designer > advanced > tabs text. DONE! =)
Post a Comment