Fill up this form :) tq.

Name:
Facebook Email Address:
Phone Number
Address
How can I help you? Lose weight
Gain weight
Improve health / skin problem
Healthy breakfast
Business opportunity

Form provided by Freedback.

Sunday, October 17, 2010

yalal chin meninggal dunia

ALOR GAJAH: Pelakon dan dramatis terkenal, Yalal Chin meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, Kuala Lumpur pada jam 12.15 pagi semalam akibat sakit jantung.

Allahyarham Yalal atau nama sebenar, Yalal Abu Chin, 67, sebelum ini diletakkan di bawah pengawasan rapi Unit Rawatan Jantung (CCU) HUKM selepas mengadu sakit dada ketika mengambil wuduk untuk menunaikan solat Subuh di rumahnya pada 3 Oktober lalu.
Isterinya, Suriani Mohd Yusof, 37, yang berada di sisi Yalal ketika suaminya itu menghembuskan nafas terakhir, berkata kehilangan pelakon itu memang sesuatu yang mengejutkan. 
"Cuma arwah ada menepuk-nepuk bahu saya sebagai isyarat yang mungkin membawa maksud supaya menjaga diri dengan baik jika dia pergi buat selama-lamanya," katanya ketika ditemui di Taman Paya Rumput Indah, Bertam, dekat sini semalam.

Jenazah Allahyarham dibawa dari HUKM ke Melaka kira-kira jam 3.30 pagi dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kelemak, Alor Gajah, kira-kira jam 11.00 pagi semalam. Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Wira Othman Muhamad dan isteri, Datin Wira Halimah Baba turut melawat.

Suriani yang menetap di Bandar Enstek, Sepang, berkata, dia tidak memikirkan sebarang perkara sejak arwah dimasukkan ke hospital kerana serangan jantung disebabkan doktor memberikan suaminya ubat hingga menyebabkan Yalal berada dalam keadaan separa sedar.

Katanya, arwah bukan koma cuma doktor berbuat demikian supaya dia dapat menenangkan diri, sekali gus menurunkan tekanan darah tingginya, selain percakapannya juga tidak lancar.
"Dia seorang suami yang baik dan kami banyak kenangan indah bersama. Dia juga diibaratkan sebagai tok guru atau cikgu kerana banyak memberi tunjuk ajar terutama kepada mereka yang aktif dalam bidang teater," katanya yang mempunyai 12 anak berusia 16 hingga 48 tahun hasil perkongsian hidup dengan arwah.

Yalal yang pernah muncul dalam filem Paloh dan Wanita Bertudung Hitam turut membabitkan diri dalam bidang pengarahan, pengurus produksi dan jururunding skrip. Beliau baru selesai menjalani penggambaran filem cereka, Misteri Jalan Lama arahan Afdlin Shauki, terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd itu.



p/s: BERITA INI DIAMBIL DARIPADA BERITA HARIAN ONLINE

2 comments:

almutarjimah said...

Tiba masa kita pula nanti menyusul...

cik siska ^-^ said...

ye benar...yg hidup pasti akan mati.