Fill up this form :) tq.

Name:
Facebook Email Address:
Phone Number
Address
How can I help you? Lose weight
Gain weight
Improve health / skin problem
Healthy breakfast
Business opportunity

Form provided by Freedback.

Monday, October 18, 2010

santapan

sekali lagi aku akan mencoretkan sesuatu di sini. hati berkata jari jemari menterjemah. aku lebih selesa menggunakan kata nama 'aku'. biar org nak kata apa. aku selesa begini.

santapan? benar,,,manusia perlukan santapan. bukan raja-raja sahaja yg bersantap. kita juga perlukan santapan. santapan ROHANI dan JASMANI. jom kita perhalusi satu persatu. apekah bezanya dua santapan ini?

nak tahu ape tu SANTAPAN ROHANI..macam ni ye kawan-kawan. kalau dah namanya pun rohani mestilah yg dalam2 ni.*eh2....yg dah fikir kuning tu sila ubah ye ^-^* maknanya jiwa,dalaman kita,hati kita...segalanya yg tak nampak tu. perasan tak? bila kita dah lama tak bersantap dgn SANTAPAN ROHANI ni ape jadi dgn kita. pasti kita akan rasa kekosongan dlm hidup. seolah-olah tak ada hala tuju.

 alangkah sunyinya hidup tanpanya kan

ape agaknya contoh-contoh SANTAPAN ROHANI ni...em,,misalnya kita dengarlah ceramah agama ke,baca buku-buku yg berunsur ketuhanan,solat,membaca al-quran, semua ni antaranya lah yg boleh men'genyang'kan dalaman kita yg dah lama lapar ni. cume kite je yg tak berapa nak lapar sedar kan diri. ingat lah bahawa tujuan kita hidup kat dunia ni semata-mata untuk berIBADAH kpd ALLAH. 

beralih pula kpd SANTAPAN JASMANI ye..ni tak de kaitan langsung dgn sukan-sukan ni. bila kita bercakap soal jasmani. mestilah fizikal kita kan. makan mmg keperluan sebagai seorang manusia a.k.a makhluk ALLAH kat dunia ni. SANTAPAN JASMANI la maksudnya. tapi MEMADAI lah sekadar yg PERLU sahaja. byk tau yg nabi pesan.

''makan sebelum lapar.....berhenti sebelum kenyang" ni la yg selalu dipesan kat kita. sebab ape tu? sebab bila dah kenyang melampau tahap terduduk,bersandar kat dinding. alamat nya tak de la kite-kite semua ni nak beribadah dgn penuh khusyuk n tawadhuk. tu la sebab kita tak leh makan terus-terusan sampai tak ingat sekeliling.

mmg best bila ckp pasal makan

jadi nye..dah tahu kan beza kedua-dua jenis SANTAPAN ni kan. cuma sebagai kesimpulannya..takut pulak anda semua tak paham apesal lah aku cakap pasal benda ni kan. bila kita nak laksanakan santapan rohani dalam diri kita jgn terlebih-lebih dgn santapan jasmani.

tak memasal semua kerja tak jadi. dan ketahuilah bahawa pentingnya santapan jasmani dalam diri setiap individu muslim. kalau kita nak sejahtera di dunia dan di akhirat. ^-^ ok...

p/s: aku juga sedang memperbaiki diri. sama-samalah kita.

2 comments:

Anonymous said...

salam,,

great job !!
setuju ngan entry ni,,

pentingnya makanan jasmani & rohani ..
kedua-duanya pentinng dalam mencari mardhotillah.. kesihatan jasmani penting dalam usaha beribadah, kesihatan rohani perlu dalam mendekatkan diri kepada Allah..

syukran atas pandangan yg bermanfaat ni.. :)

cik siska ^_^ said...

afwan..em,,entry suam-suam kuku je.
yg penting ENJOY!! ^-^