Fill up this form :) tq.

Name:
Facebook Email Address:
Phone Number
Address
How can I help you? Lose weight
Gain weight
Improve health / skin problem
Healthy breakfast
Business opportunity

Form provided by Freedback.

Thursday, January 27, 2011

langit cerah~

 

Ini kisah si langit cerah. Katanya alangkah indah jika langit sentiasa cerah. Langit hendak menyinari alam ini. Nak memberikan kegembiraan kepada semua. Namun impian langit tidak tercapai. Bukankah hukum alam telah menyatakan. Hidup tidak selalunya indah dan langit tidak selalunya cerah. Maka bersedihlah langit kerana tidak mampu memberikan yang terbaik kepada seluruh penduduk alam maya ini.

Langit beranggapan bahawa dia mesti sentiasa cerah. Mesti mampu untuk terus cerah. Langit tetap degil dan tidak mahu mendengar nasihat sesiapa. Satu hari, si bunga ungu menyapa langit. Wahai langit, ingatlah kita semua ada penciptanya. ALLAH lah yang telah menciptakan kita. Mana mungkin kita mampu melawan kehendak dan ketentuanNYA.

Langit terkesima mendengar kata-kata si bunga ungu. Sungguh!!! langit alpa selama ini. Langit telah jauh. Jauh dengan khayalannya. Berangan-angan yang tak mungkin dapat dicapai. Langit akhirnya akur dengan takdir. Sememangnya langit tidak akan selalu cerah. Langit telah menjadi lebih baik dari sebelumnya. Itulah kisah si langit cerah.

p/s: begitu juga kehidupan manusia...~ REDHALAH DAN BERSYUKURLAH~

4 comments: