Fill up this form :) tq.

Name:
Facebook Email Address:
Phone Number
Address
How can I help you? Lose weight
Gain weight
Improve health / skin problem
Healthy breakfast
Business opportunity

Form provided by Freedback.

Thursday, January 6, 2011

entry pertama di tahun baru 2011! apa kes!

ini entry senget sebelah. sebab tuan punye belog ada virus M di dalam dirinya. al-kisah,broadband tidak berbayar semasa meniti hari-hari tahun baru. lantas, virus M masih lagi merebak setelah menjejak kaki ke U pada 2 hb. oh, apakah virus M itu? jawapannya......jeng jeng jeng! MALAS. hahahaha. senang je menjujurkan diri.

orang lain berkobar-kobar, bersemangat, mencurah-curah idea di tahun baru. tapi aku? entah ke mana menghilang. walaupun aura-aura tahun baru mula berlalu melalui hari ke 7 pada hari esok, aku tetap bersemangat nak mengucapkan 'SELAMAT TAHUN BARU' kepada semua rakan2 blogger. bukan aku tak sudi nak menulis awal2. tapi hari tu, aku sibuk menolong angah buat karangan. nak sambung belajar punye pasal. =)

kat terengganu ni macam biasalah, hujan sepanjang hari. boleh dikira banjir la sebab asrama aku dah naik air tau. azam baru dihari ke 6 ni, aku bertekad nak menjadi manusia yang lebih matang. katakan tidak pada sikap kebudak-budakan. cewah, harap bukan sekadar semangat semata-mata. aku pun berazam nak mendekatkan diri lebih baik lagi dari sebelum-sebelum ni kepada ALLAH. oh my lord please guide me. aku harap semua azam aku yg aku tak listkan la semuanya kan kat sini, tercapai. aku nak melalui tahun 2011 ini dengan lebih tabah lagi.

kepada kawan-kawan semua, harap korang pun dapat capai target azam korang tu. aku mintak maaf sepanjang pernah kenal korang,aku telah melukakan hati korang. aku tak nak la korang simpan dendam kat aku. tak tenteram hidup aku nanti. maafkan aku ye kawan-kawan. aku tak mengharapkan korang semua suka kat aku, tapi cukuplah korang boleh terima diri aku dengan tidak membenci aku. aku doakan korang berjaya dalam hidup.



p/s: the beginning of new year 2011

3 comments:

apezs shah said...

insyallah semoga azam tahun 2011 akan tercapai..;)

zacky ~786~ said...

hehe.. oke sy maafkn .. :P

cik siska ^_^ said...

apezs: ameen...moga tercapai..hihi =)

zacky: bgus2..ada jugak yg sudi maafkan..ngee~