aku pun bingung. semenjak dua menjak ni,,perasaan malas nak menulis kat belog makin menjadi-jadi. ape kene dengan aku ni ye? aku pun tak tahu. agaknya sebab sekarang aku tengah cuti, maka mood aku pun cuti jugak kot. bila aku cerita kat kawan aku, dia cakap macam ni. "masa exam berasap-asap laptop ko tu,,dok menaip entry je". itu statement kawan aku.
ade ke patut kata laptop aku berasap sebab belog kesayangan aku ni. chaiiiitttt,,jangan sekali-kali. aku nak mencari balik SEMANGAT aku yang dah hilang ni. lost tau. betul-betul lost. entah ke mana semangat tu pergi. hilang ditiup angin jauh nun di sana. cewah,,ayat berbunga-bunga. classic bagai ni ape kes? demam ke cik siska. ini bukan demam tapi buang tebiat kottt. haha..
mungkin gara-gara cuti. maka dengan jayanya aku telah mengembang biak kan sifat malas dalam diri aku. malas nak menulis kat belog. malas nak berfikir. malas nak perah otak ni. maknanya aku nak rehat serehat rehatnya. warggghhhh,,apa sudah jadi ni. sila betul kan keadaan ye. cuti memang cuti. belog tersayang jangan diabaikan. nanti belog merajuk kang. sape nak pujuk. kan cik siska jugak yang susah. aku rasa ini permulaan untuk mencari semangat. bila dah betul-betul jumpa, aku buat entry lain pulak. okeyh...daaaaa....
p/s: kau pergi menghilang hatiku suram bebenor yeeee~
No comments:
Post a Comment