Fill up this form :) tq.

Name:
Facebook Email Address:
Phone Number
Address
How can I help you? Lose weight
Gain weight
Improve health / skin problem
Healthy breakfast
Business opportunity

Form provided by Freedback.

Thursday, December 16, 2010

menjelang hari tua...

aku memang sayu la. tengok orang tua. hati aku ni dah berkaca-kaca. bukan setakat mata je boleh tau. hati pun pandai jugak. aku tak dapat bayangkan waktu-waktu aku nak melalui hari tua nanti. ujian yang macam mana agaknya ALLAH bagi kat aku. entah-entah tak sempat nak tua aku dah dijemput. YA ALLAH, lindungilah aku, keluargaku serta orang-orang disekelilingku.

sebenarnya aku sekarang ada la jaga kejap seorang nenek ni. mak mertua kepada mak angkat aku. nenek dah nyanyuk. kalau lah tak ada kesabaran dalam diri, jangan harap la dapat jaga. boleh jadi hilang kewarasan tau. hmm, betul lah macam yang aku penah dengar. "apabila seseorang itu telah menjangkau lanjut usia, sikap dan sifatnya boleh menjadi seperti waktunya kecil" maknanya dia akan menjadi seperti kanak-kanak. yang tak tahu apa-apa. dia akan cepat lupa. pergerakkannya akan terbatas.



aku memang kesian sangat kat nenek tu. bila aku ajak makan. dia asyik kata dia dah kenyang. padahal dia tak makan pun. kena la aku pujuk cakap putar sana sini baru dia nak makan. sekali bila nenek makan, memang banyak. Nampak sangat dia lapar. Aku rasa nenek tak dapat bezakan antara lapar dengan sakit perut. Sebab tiap kali tu la dia akan cakap dia sakit perut. kadang-kadang cakap perkara yang merepek-repek. aku sedih sangat tengok nenek tu.

bab solat tak payah sebut la. memang tunggang langgang. nenek tak tahu ambik wudhuk. kejap kang basuh tangan dulu. kena la guide dia. baru boleh. rakaat dalam solat pun macam tu. solat empat rakaat jadi dua rakaat. mengaji tak boleh. nenek baring jela. tak mampu dah nak wat apa-apa keje. memang kena fokus la kat nenek. risau kalau apa-apa jadi kat dia. dan sampai sekarang ni,,masih duduk di sisi nenek. sayu aku tengok nenek. walau apa pun,macam tu la kitaran sebagai manusia. muda sebelum tua. bila dah tua,,macam-macam perkara yang kita tak mampu nak lakukan. tambahlah amalan sebelum terlambat.

p/s: bila pandang nenek,aku renung diri aku balik. perlu berubah lagi sebelum terlambat.~

2 comments:

Safiah Ibrahim said...

takut utk tua.. tapi itulah yg harus dilalui.. (:

cik siska ^_^ said...

jangan takut untuk tua..jom tambah amalan...ngee~