Fill up this form :) tq.

Name:
Facebook Email Address:
Phone Number
Address
How can I help you? Lose weight
Gain weight
Improve health / skin problem
Healthy breakfast
Business opportunity

Form provided by Freedback.

Saturday, December 11, 2010

susur galur belog cik siska ^_^

adehhh...mula-mula menaip lagi dah pening...ape taknye...aku nak kena perah otak mengingat balik pasal belog aku yang kekunoan ni. ni semua sebab cik wawan dah tag aku laaaa. ape pun,,thanks ye cik wawan. tag anda itu mengingat kan aku kembali pada pembabitan awal aku dalam arena belog ni.hahaha..cewah,,
dasar tak sedar diri ni. macam dah masuk arena dunia seni la pulak..seni ape???? seni penulisan..ececeh.. gituuuu kannn. dan ini soalan-soalan yang telah diajukan.

1.nama blog dan why nama tu dipilih?
nama belog aku ni sekarang "coretan hatiku" ~kata hati tak mampu menipu..waduh2,,kenapa ya gue pilih? nama ni datang tetibe dalam minda aku. lalu aku terjemahkan kat blog ni. aku rasa sebab hati aku ni halus. jadi aku pun kaitkanla dengan hati. mane tahu lain kali tukar nama kan. ikut selera aku laaa.hehe

2.nama blog dan URL n mana datang idea tue?
ini macam soalan berulang ni..bantai la labuuuu. aku ikutkan jugak. url ye? ulyamashkuri.blogspot.com. aku gun nama ulyamashkuri ni sebab aku fanatik gilerrrrrr kat nama tu. maksudnya setinggi kesyukuranku. ini nama anak ustaz aku sebenarnya. disebabkan suka sangat nama ni. aku pun jadikan nama pena dan url belog aku yang tak seberapa ni. unik la katakan.

3.method penulisan blog anda?
method penulisan yeee? hmm,,aku ni menulis gaya bebas,kuak lentang,kuak kupu-kupu, segala bagai ada. aku tulis ikut kata hati aku. kadang-kadang aku tulis pasal diri aku. tak pun aku tulis pasal bab agama tuk menyedarkan aku dan orang lain. tak pun aku tulis la ape-ape yang aku nak tulis. belog aku kan. aku punye gaya laaaa..wahhh,,belagak pulak tu. jangan camtuuu..tak baik tau.

4.perasaan bila lihat blog orang lain lawa dan menarik tapi tengok blog sendiri tak lawa *ayat rendah diri
dengan rasa rendah diri dan penuh kesyahduannya..aku memang teruja la. rasa nak terus je berguru dengan tuab punye belog. hahaha. kasi turun ilmu hias menghias belog kat aku. tapi lawa bagi aku bukan la belog yang banyak-banyak widget tuuu. yang tuuu berpinar mata aku tengok. bagi aku belog yang lawa adalah kemas,tulisan senang nak baca. camtu laaaa.

5.bila blog ini wujud
belog aku ni wujud pada 19.6.2009. bersamaan hari jumaat tu. ambik barakah la katakan. dengan entry pertama aku 'salam ukhwah' .

6.sape orang first yang jadi follower anda?
aku rasa aku kot yg jadi orang pertama tu. dah tu belog aku kan. aku la yg follow dulu. =)

7.sila tag 5 orang dan bagitahu mereka
aku mahu tag pada mereka ini ya,,,maka sila buat tag ini dengan sempurnanya okeyh. aku pantau nanti. tak buat aku cubit yeeee..hehe

>cik liyana
>cik mastura
>cik nadzirah
>cik faezah
>cik ain

p/s: agak-agak jawapan aku tu menepati tak syarat-syaratnya cik wawan..aku rasa ok dah. =)

2 comments:

Anonymous said...

salam ukhuwah!!! haha =P

cik siska ^_^ said...

okeyh ape salam ukhwah..hehe =)