Fill up this form :) tq.

Name:
Facebook Email Address:
Phone Number
Address
How can I help you? Lose weight
Gain weight
Improve health / skin problem
Healthy breakfast
Business opportunity

Form provided by Freedback.

Sunday, November 7, 2010

korang hidup untuk ape?

saya manusia. awak juga manusia. kita sama-sama manusia. yelah,takkan binatang pulak nak baca entry kat blog kan? ye tak? tapi mungkin ade kot,dalam erti kata lain manusia yang bertopengkan binatang. huhu. tiba-tiba hati tergerak nak bukak topik ini. korang hidup untuk apa? manusia memang banyak keinginan. tapi,apakah erti hidup yang sebenar?

ceeeeeehhhhh......macam la saya tahu sangat bab-bab ni. ape pun sekadar berkongsi ye. jika ada salah dan silap saya mintak maaf terlebih dahulu. sape yang islam? sila angkat jari dan komen ye. haha. saya bergurau je. pertama sekali, ucap syukur dulu sebab korang yang islam ni lahir dalam islam. amin... bersyukurlah kerana anda lahir sebagai islam.

manusia hari ni banyak hidup untuk berseronok-seronok. ape tu yang saya pernah dengar? berjimba-jimba? macam tu ke perkataan tu ye? tak terkecuali saya pun nak juga berseronok. tapi berseronok itu perlu ada batasnya. sebab kita adalah islam. ayat yang selalu kita dengar 'jangan jadi islam sekadar pada nama je'.
“ Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali beribadah (mengesakan ibadahnya) kepada-Ku, Aku tidak mengendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak mengendaki supaya mereka memberi makan pada-Ku, Sesungguhnya Allah Dialah Yang Maha Pemberi rezeki Yang mempunyai kekuatan Lagi Maha Sangat Kuat” (Adz Dzariat:56-58)

teliti ayat Quran ni betul-betul. berdasarkan  kata-kata Al Imam Ibnu Katsir tentang tafsir ayat ini : “Bahawasanya Allah ta’ala menciptakan makhluk untuk beribadah hanya kepadaNya saja tidak ada sekutu bagiNya. Barangsiapa mentaatiNya maka Allah akan membalasnya dengan balasan yang sempurna. Dan barngsiapa yang durhaka (menentang) kepadaNya maka Allah akan mengadzabnya dengan adzab yang sangat dahsyat. Dan Allah memberitakan bahwanya Dia tidak perlu kepada makhukNya bahkan merekalah yang perlu kepadaNya dan Dialah Yang menciptakan dan Yang memberi rezeki mereka.

beribadah ni ade pelbagai cara. selain daripada perkara wajib yang kita buat tu. yg solat 5 waktu, puasa bulan ramadhan  dan membayar zakat tu. kita juga boleh bersedekah, berniat kerana ALLAH setiap kali melakukan sebarang pekerjaan. tapi bukan kerja jahat tau. maksudnya tak susah pun kita nak beribadah ni. senang je. cuma kita ni je yang selalu menyusahkan benda yang senang tu.

dunia ni sebagai wasilah atau pun jalan atau destinasi untuk kita mendapat syurga yang sebenarnya. ustaz saya selalu cakap 'dunia ini adalah syurga bagi yang lalai dan neraka bagi yang beriman,namun dunia ini sebenarnya neraka bagi yang lalai dan syurga bagi yang beriman'. mendalam sungguh maknanya. dunia ini penuh pancaroba. kalau kita tahu erti sebenar kita hidup, alangkan indahnya bagi kita umat Islam!!!


p/s: saya juga dalam proses memperbaiki diri. kita cuma manusia biasa. 
sekadar berusaha untuk mendapat redhaNYA 
^_^

4 comments:

gnesop said...

semoga kita hidup seperti yg telah digariskanNya dan mengikut amalan Rasul :)

cik siska ^_^ said...

amin..semoga begitulah hendaknya.. :)

Safiah Ibrahim said...

fia pun nak baiki diri...

dunia byk betul dugaan..

harap kita sama2 berjaya menghadapi cabaran-cabaran hidup ni.. :)

cik siska ^_^ said...

manusia tak pernah terlepas drpd cubaan-cubaan dlm hidup..yg penting kita tak pernah mengalah menghadapi semua cabaran tu. :P