Fill up this form :) tq.

Name:
Facebook Email Address:
Phone Number
Address
How can I help you? Lose weight
Gain weight
Improve health / skin problem
Healthy breakfast
Business opportunity

Form provided by Freedback.

Tuesday, November 9, 2010

terlerai segalanya di pantai itu

terlerai segalanya di pantai itu. sungguh tiada apa lagi yang tinggal. biar aku yang menanggungnya kerana itu pilihanku. bukan pilihanmu. kau tak merasai apa yang aku rasai. biarkan aku sendiri mengenang memori di pantai itu. petang tadi menjadi titik ingatan ku di pantai itu.

pandai tak saya berkata-kata? haaaaa...haaaaa...mesti dah fikir lain ni kan. ish..ish..ish..apelah berwarna-warni sangat pemikiran anda ni. tidak ada kaitan dengan sejarah hitam mahupun kelam ye. ngee...cuma petang tadi SAYA PERGI PANTAI BATU BUROK. best sangat tau. act,nak pegi petang esok tapi disebabkan ke"sakit"an ke"kepala"an terus pegi hari ni.

mula-mula tgh hari tadi je dah tertekan dek kerana tesisku yg asyik hebat kena baiki  je. entah bila la nak betul. lepas makan tengah hari terus menyakitkan jari menulis banyak kali sebab asyik salah tulis assignment terakhir sebelum FINAL EXAM ni. tiba-tiba kak nana kol pulak ajak pegi pantai. ape lagi berkejar-kejar dalam hujan balik hostel n amek tikar ajaib mengkuang dan menuju ke pantai. 

driver terhormat saya petang tadi ialah cik mirah ye. semangat memandu memang tinggi. hehe :P sape-sape rasa service dia memang tip top ye. kelas gituuuu. sorang lagi yang bersama-sama  kami ialah cik alina. dia ni pulak bagi service kamera la tuk kenang-kenangan. sukerrr.. tangkap gambar puas-puas. lepaskan segala tekanan di pantai. memang hebat.
nak cerita lebih pun tak larat. sampai u tadi pukul 7 lebih. terima kasih la sangat-sangat pada kak nana,cik mirah,cik alina dan diri sendiri cik siska atas aktiviti petang tadi ye. SYOKKKKK. kalau boleh nak pegi pantai lagiiii. haha. lepas ni nak lepaskan ape pulak ye? dan inilah gambar-gambar kenangan kami bersama.

biarkan gambar pula yang berbicara 
^_^

atas kanan:cik siska n atas kiri:cik nana
bawah kanan:cik mirah n bawah kiri:cik alina

 riang gembira di waktu petang
^_^

 siapa paling tinggi? 
teka jgn tak teka...hehe

selamat tinggal pantai batu burok
kenangan indah tersemat di ingatan

p/s:hari-hari yg dilalui ada pasang surutnya.
hadapi dengan tabah
^_^

4 comments:

Amni said...

ada kata hati yang boleh menipu.. hati yang penuh dengan noda.. hehe...

All the best dear! thesis tu pon sebahagian dari ujian idup kan?=)

cik siska ^_^ said...

hati yg sy maksudkan hati yg tulus suci..hehe.. :P

aah,,thesis sbhgian dri ujian hdupku..doakn sy tabah!! thanks amni..

rieyana ynn said...

wah...santek nyer pandangan...indah rasa...;d

cik siska ^_^ said...

pantai memang tempat mencari ketenangan kan~ hehe ^_^