Fill up this form :) tq.

Name:
Facebook Email Address:
Phone Number
Address
How can I help you? Lose weight
Gain weight
Improve health / skin problem
Healthy breakfast
Business opportunity

Form provided by Freedback.

Friday, November 12, 2010

aku bukan siapa-siapa tapi aku risau jugak

pagi tadi lepas sampai seremban aku terus pergi rumah ayah aku. memang dia yang hantar. aku akui. lepas tu, dah nak dekat pukul 10 kot..aku tak tengok jam sebenarnya. kak long telefon aku. tanya angah ada ke tak dengan aku. aku pun cakap la ada dan kak long suruh angah telefon ayah. 

bila angah dah cakap dengan ayah,aku terkejut angah cakap umi dia n adik 2 org kemalangan. aku tergamam,tak tahu nak bagi respon apa. masa tu memang dah nak sampai pedas. aku tak sampai hati nak mintak angah hantar aku sampai rumah. aku pun kata, kita terus jelah pergi hospital.

aku tengok angah macam tak keruan aje. tambah-tambah pulak kereta depan lembab macam siput. sampai seremban terus menuju ke hospital tuanku ja'afar. angah pergi cari tempat parking. aku pulak pergi bahagian kecemasan tanya tentang kemalangan tu. lepas tu aku terus ke bahagian x-ray.

sampai sana, aku masih tak jumpa anas dengan amai. aku dah macam orang gila. manalah mereka ini, huhu. tak lama lepas tu bila angah dah sampai, sorang nurse tu pun tunjuk pada sorang budak di sudut hujung skali bahagian x-ray. budak tu duduk atas kerusi roda. dan bila aku pergi dekat rupanya anas.

aku tergamam tengok darah mengalir je dari kepala anas walaupun dah diletak kain. dengan tak semena-mena anas menangis depan aku dan angah. aku dah mula sebak dah. amai tak nampak lagi masa tu. lepas je anas x-ray n duk kat tempat menunggu. amai pun sampai dengan terbaring atas katil bergerak tu tuk x-ray jugak. kesian aku tengok amai. dia tak selesa dengan leher dia. settle amai x-ray trus g bilik rawatan tuk rehat. 2 kali ye amai x-ray hari ni. dan 22 hb nanti amai ada appoinment lgi. hope dia akan ok sahaja.

ayah angah pulak datang tak lama lepas tu, tengok anas dan amai. darah kat kepala anas tak juga berhenti mengalir. jadi, setiap kali mengalir je aku terus lap. bayangkan lah dari pagi tu sampai la pukul 2 tau darah tu mengalir. klu stop pun kejap je. aku tak pandai sangat urusan hospital ni,tpi hari ni betul-betul mengajar aku.

angah pergi solat jumaat. mase tu lah aku ke sana ke mari ambik ubat, tengok anas n amai. nasib la berhadapan je tempat anas n amai tu. tak de la aku risau sangat kan. mula-mula anas settle dulu. bahagian depan kepala kena jahit 5 jahitan klu tak silap aku. amai pulak settle tak lama lepas tu. cuma dia rasa sengal-sengal badan n tak boleh jalan coz tapak kaki dia sakit.

siap tukar-tukar baju anas dan amai yg dah berdarah tu,kami pun pergi la confirmkan tarikh appointment amai. lepas tu terus pergi hospital salam nak tahu keadaan umi angah. dan sekarang umi angah dalam keadaan stabil setelah wat operation di bahagian peha kanan nya. Alhamdulillah semuanya selamat. tengok lah gambar kemalangan yg berlaku pagi tadi. aku masih bersedih hati dan aku bukan siapa-siapa tapi aku risau jugak. angah,,angah tonggak keluarga selepas kak long. jagalah keluarga angah baik-baik ye. angah mesti tabah juga. kamu hebat di mataku angah. kamu penting dalam hidupku.

ini gambar dari BERITA HARIAN ONLINE


SEORANG lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya terbabas dan merempuh kereta lain dalam nahas di Jalan Seremban-Kuala Pilah, dekat Bukit Putus, Kuala Pilah, hari ini. Dalam kejadian 9.20 pagi itu, mangsa yang memandu Proton Wira hanya cedera ringan manakala kenderaannya putus dua. - Foto Dzulkeffli Mustapha

ini gambar dari UTUSAN MALAYSIA ONLINE
PEMANDU kereta yang juga anggota polis (kanan) hanya dapat melihat keadaan kereta yang di pandunya terputus dua selepas terlibat dalam kemalangan yang membabitkan tiga buah kereta di Jalan Seremban-Kuala Pilah, dekat Bukit Putus. 12 Nov. 2010. - Utusan/ABD RAZAK AID

p/s: pemandu kereta yg terputus dua dan merempuh kenderaan lain itu hanya cedera ringan ye. tolong la berhati-hati ye wahai pemandu,even anda polis sekalipun. jangan disebabkan kesilapan anda,orang lain yang menjadi mangsanya. Marilah sama-sama doakan UMI angah segera sembuh ya.

6 comments:

Unknown said...

subhanallah..
dasat gak iksiden tu..
kete putus 2 tp owner still ok..smoga dia sedar bahawa ajal maut ditangah Allah. masih boleh sedar kan diri dan jadikan peringatan buat diri.

Pada awak..jgn sedey..smoga segalanya ok orait..Amin..

cik siska ^_^ said...

memang dasyat pun..thanks ye ncekyus bg semangat.doakan ye..amin..

anazira said...

yaALLAH DASYAT NYE MAK OI XCDENT NI....
SABAR YEW CIK SISKA......AU DOA MOGA2 SUMER SELAMAT....
AMEEN......B STRONG INSIDE ANGAH.....

anazira said...

banyak2 sabar

mamashikin said...

kes yang sama berlaku kt my hubby,kete terbabas sb jalan licin pastu dirempuh ngn kete lain..syukur suami takde apa2..
sabar yer cik siska..Allah sedang menguji..

cik siska ^_^ said...

anazira: aku memang cube bersabar ni. tapi ahli keluarga angah lebih lagi rasa peritnya.

shikinn: Allah sedang uji umi sebab umi org baik-baik. semoga umi tabah kan.