Fill up this form :) tq.

Name:
Facebook Email Address:
Phone Number
Address
How can I help you? Lose weight
Gain weight
Improve health / skin problem
Healthy breakfast
Business opportunity

Form provided by Freedback.

Saturday, November 13, 2010

aku bukan siapa-siapa tapi aku risau jugak part 2

hari ni dah ada berita penuh kemalangan semalam. berita pelbagai versi okeh. yg penting umi angah sebenar nya lewat 40-an. dan dua org kanak-kanak itu adalah anak umi. anas berumur 13 thn dan amai berumur 10 tahun. fakta harus tepat ye. jangan main rencah-rencah. nanti timbul fitnah. bukan semuanya dihantar ke hospital tuanku jaafar seremban. umi angah ada di salam specialist hospital di senawang.

ini berita penuh kejadian semalam versi UTUSAN MALAYSIA

"Kereta putus dua, anggota polis selamat"

KUALA PILAH 12 Nov. – Seorang anggota polis terselamat walaupun kereta jenis Proton Wira dipandunya terputus dua dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Jalan Seremban-Kuala Pilah dekat Bukit Putus di sini hari ini.
Kejadian berlaku pukul 9.20 pagi ketika mangsa yang berusia 25 tahun dan hanya ingin dikenali sebagai Amir, memandu keretanya menghala ke Seremban.
Kereta dipandunya itu dikatakan terbabas kerana keadaan jalan yang licin akibat hujan dan berpusing beberapa kali sebelum dirempuh sebuah Proton Gen2 dinaiki seorang wanita dan kanak-kanak dari arah bertentangan.
Berikutan rempuhan itu, kereta berkenaan terputus dua. Bahagian hadapannya terpelanting di laluan arah Seremban, sebelum dirempuh sebuah lagi kereta Proton Wira yang dipandu seorang wanita dipercayai sedang mengandung.
Seorang saksi, Saparul Kamal Othman, 44, berkata, dia dalam perjalanan menuju ke Seremban dan ternampak kereta Proton Wira di hadapannya tiba-tiba terbabas lalu berpusing beberapa kali.
“Kemudian saya nampak kereta itu melintang di tengah jalan dan pada masa itulah, sebuah kereta Proton Gen2 dari arah bertentangan merempuhnya, menyebabkan bahagian hadapan Wira tersebut putus dua.
“Serpihan kenderaan itu pula dilanggar sebuah lagi kereta jenis Proton Wira yang dipandu seorang wanita dari arah Kuala Pilah,” katanya.
Berikutan itu, dia segera memberhentikan kenderaan dan membantu mangsa yang cedera dalam kereta Proton Gen2 dan Proton Wira yang dinaiki wanita berkenaan.
“Saya kemudian menghubungi pasukan penyelamat dan kesemua mangsa yang berjaya dikeluarkan dari kereta yang remuk itu telah dibawa oleh orang awam ke hospital.
“Seorang wanita berusia 50-an bersama seorang budak lelaki berusia belasan yang menaiki kereta Proton Gen2 itu dilihat mengalami kecederaan pada kaki dan kepala.
“Pemandu Proton Wira yang melanggar serpihan bahagian hadapan kereta yang terputus dua itu pula dilihat cedera pada bahagian dadanya,” kata Saparul.
Walaupun kereta dipandu anggota polis itu terputus dua, mangsa cuma mengalami kecederaan ringan pada tangannya.
Sementara itu, Amir berkata, dia masih terkejut dengan kemalangan yang menimpa dirinya.
“Kereta yang saya pandu tiba-tiba tidak dapat dikawal dan berpusing beberapa kali sebelum melanggar sebuah kereta Proton Gen2. Saya tidak tahu apa berlaku kerana jalan licin.
“Saya terkejut kerana kereta ini terputus dua. Alhamdulillah, saya tidak mengalami kecederaan serius,” katanya yang masih trauma dengan kejadian itu.
Berikutan kemalangan tersebut, berlaku kesesakan yang teruk di laluan menghubungkan Seremban dan Kuala Pilah.
Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah ketika dihubungi memberitahu, siasatan berhubung kemalangan itu sedang dilakukan.

dan yg ini pula berita penuh kejadian semalam versi METRO

"Kereta putus dua, pemandu hanya cedera ringan"

KUALA PILAH: Ibarat berpantang maut sebelum ajal, seorang anggota polis hanya cedera walaupun keretanya putus dua dalam kemalangan di Jalan Seremban-Kuala Pilah berdekatan Bukit Putus di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.20 pagi itu, kereta Proton Wira yang dipandu anggota polis berusia 20-an itu dikatakan terbabas akibat jalan licin berikutan hujan renyai-renyai.

Saparul Kamal Othman, 44, yang menyaksikan kejadian itu berkata, dia melihat Proton Wira berkenaan yang berada di depannya tiba-tiba hilang kawalan dan berpusing beberapa kali sebelum melintang ke tengah jalan. Saparul yang dalam perjalanan dari Kuala Pilah ke Seremban, berkata sebuah kereta Gen2 yang dipandu wanita berusia 50-an, iaitu seorang guru besar bersama seorang lelaki berusia belasan tahun dari arah bertentangan, kemudian merempuh kereta anggota polis itu menyebabkan bahagian enjin Proton Wira berkenaan terputus daripada badannya.
“Tiba-tiba sebuah lagi kereta dari laluan sama anggota polis itu yang dipandu seorang wanita hamil berusia 20-an, merempuh bahagian depan Proton Wira yang tercabut itu,” katanya.

Saparul segera memberhentikan kenderaannya dan mendapati keempat-empat mangsa cedera.

“Anggota polis berkenaan hanya cedera ringan di tangan manakala wanita hamil itu cedera di dada manakala guru besar wanita serta budak lelaki bersamanya masing-masing cedera di kaki dan kepala,” katanya yang kemudian menghubungi pihak berkuasa untuk bantuan.
Sementara itu, jurucakap polis berkata, semua mangsa cedera dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan dan punca kemalangan disiasat.

p/s: terus berDOA agar umi angah segera sembuh..

2 comments:

shahazrin said...

ajal maut ditangan tuhan.. kita merancang tuhan yang menentukan...
nice entry

cik siska ^_^ said...

ya,,ALLAH yg menentukan.
tq..