Jamil (tengah) dan Bukhari (dua dari kanan) bersama-sama wakil syarikat penerbitan yang membekalkan kandungan untuk saluran TV Alhijrah.
Saluran TV yang dikhususkan untuk program bercorak kerohanian
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kewujudan stesen televisyen berlandaskan Islam itu sebagai memberi pilihan kepada penonton yang menekankan nilai Islam di dalamnya.
“TV Alhijrah ini adalah untuk memberi pilihan kepada penonton tempatan dan mensasarkan kepada semua peringkat usia. Golongan muda, remaja dan kanak-kanak adalah golongan terbesar yang menonton iaitu sebanyak 63 peratus dan selebihnya adalah penonton biasa.
“Saluran TV ini mengutamakan kandungan yang memberi manfaat kepada penonton dan pada masa yang sama menarik golongan sasar. Walaupun baru beroperasi, 60 peratus daripada kandungan adalah terbitan tempatan, 40 peratus adalah kandungan asing. TV Aalhijrah sendiri menerbitkan 30 peratus daripada jumlah keseluruhan,” katanya pada majlis sidang media pertama TV Alhijrah untuk diperkenalkan kepada media baru-baru ini.
Menurut Jamil Khir, kandungan yang terkandung di dalam TV Alhijrah tidak hanya menumpukan kepada rancangan berbentuk panduan dan bimbingan semata malah merangkumi pelbagai bentuk.
“Bahan-bahan yang terkandung di dalam saluran TV ini juga turut meliputi drama, filem, ehwal semasa, dokumentari, berita, animasi dan hiburan yang menjanjikan kelainan.
“Bagi golongan bukan Islam, TV Alhijrah akan memperincikan mengenai Islam sebagai agama yang menggalakkan melakukan kebaikan, keadilan dan perpaduan,” katanya.
TV Alhijrah yang juga stesen televisyen percuma (FTA) akan berpusat dan bersiaran penuh dari Pusat Islam Kuala Lumpur.
Menyentuh soal dana penubuhan TV Alhijrah, beliau berkata, sebagai permulaan memang kerajaan menyalurkan sumber kewangannya. Disebabkan perancangan sudah dibuat dengan teliti dan mengambil kira pelbagai aspek, dana sebanyak RM60 juta dilaburkan untuk penubuhan TV Alhijrah.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Alhijrah Media Corporation, Bukhari Che Muda, berkata lokasi yang strategik di ibu negara menjadikan ia stesen televisyen pertama dilahirkan dari inspirasi bercirikan Islam.
“TV Alhijrah juga bakal ditonton melalui siaran Astro dan melalui medium baru seperti internet serta telefon bimbit. Lima transmisi bersedia memancarkan siaran di Lembah Klang, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak. Ini mencakupi 55 peratus penonton di negara ini,” katanya.
Bukhari menambah, setakat ini persediaan rapi sudah dilakukan untuk menyertai stesen TV lain menyalurkan pelbagai maklumat serta program ilmiah kepada masyarakat.
“Bersandarkan ruang dan peluang yang ada, saya akan memastikan penonton mendapat apa yang mereka mahu. Saluran TV ini juga akan berusaha gigih memberikan yang terbaik dan memenuhi kehendak penonton.
“Terima kasih kepada karyawan dan penggiat seni tanah air yang sudi bekerjasama dengan TV Alhijrah bagi menyemarakkan industri penyiaran tanah air. TVAH sentiasa membuka peluang kepada karyawan tempatan menghasilkan produk mereka untuk disiarkan,” katanya.
Pada majlis itu juga, 11 syarikat penerbitan diberikan penghargaan untuk membekalkan kandungan untuk TV Alhjirah iaitu Nissay Ventures Sdn Bhd, Zeel Production Sdn Bhd, KL Motion Sdn Bhd, Miracle Media Sdn Bhd, Rumah Karya Citra, Karyawan Bestari Sdn Bhd, Wayang Studios Intl, Ezar Sdn Bhd Manjafilm Sdn Bhd, dan Les Copaque Production.
p/s: sumber berita harian online
4 comments:
wah..dah banyak cter psl berita yek..senang cket nak baca..xpayah bukak online harian dah..heheehe..
haha...aku kan bercita-cita nak jadi pemberita...^_^
harap2 TV ni byk memberi ilmu yang manafaat...tp belum jumpa lagi channel nya..hehe..
:-)
tu la..channel baru nak mula kn,, ^_^
Post a Comment